Dengar cerita, akan ada usul undi tidak percaya ke atas MB Selangor. Memang teman sokong sangatlah sebarang usul undi tidak percaya ke atas MB Selangor yang mahu dibawa oleh mana-mana ADUN Selangor dalam Sidang DUN Tergempar 24 Januari ini.

Tahap desperate ADUN PKR Selangor telah melampaui batas dengan mengugut untuk akan meneruskan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor walaupun tidak mendapat sokongan dua pertiga.

Prediksi mereka, ianya akan dibawa ke mahkamah dan mereka dikatakan telah bersiap sedia untuk itu.

Barangkali, ada ADUN PKR sendiri yang tidak senang dengan MB Selangor ini. Tidak terkecuali PAS Selangor yang dibungkam suara mereka dan DAP yang sedang mengupah 'tukang nangis' kerana kononnya kuasa rakyat di Selangor bakal dikembalikan kepada Sultan.

Khalid sebagai seteru BN juga menghadapi kecaman PR kerana menyatakan sokongan ke atas pembinaan Menara Warisan Merdeka, bertentangan dengan agenda bodoh Pakatan Rakyat yang menentangnya.

Maka, sekiranya ada usul Undi Tak Percaya kepada MB Selangor, nescaya dua pertiga akan menyokongnya. Hahaha.

Lain dua pertiga yang dicari, lain dua pertiga yang bakal dia dapat. Maka cubalah usulkan.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...