Ikut ceritanya ramai orang yang sudah lupa perjalanan bicara kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ini kerana ding dong kes ini yang macam-macam dan tak sudah-sudah. 

Jumaat pagi Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan keatas usaha Ketua Umum PKR itu hendak mengugurkan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebagai hakim kes liwatnya. 

Penal tiga hakim terdiri dari Datuk Low Hop Bing, Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara memutuskan menolak rayuannya. 

Keputusan itu dibuat kerana perkara itu tidak boleh dirayu. 

Anwar membuat rayuan ini setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan itu pada 6 Disember lalu. 

Selesai satu daripada beberapa siri bantahan menggunakan alasan teknikal ini tarikh perbicaraan kes ini akan ditetapkan semula oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...