Bersyukurlah BN telah menang dengan cemerlang mengaut undi majority lebih baik dari PRU12. Mohd Azahar  menagatasi Normala dengan majority 3707 undi. Tahniah diucapkan kepada seluruh jentera BN yang bekerja kuat mencapai kemenangan itu.

Terdapat tiga daerah mengundi diDUN Tenang majoritinya masyarakat Cina. Labis, Labis Tengah dan Labis Timur.  Berikut adalah keputusan ditiga daerah mengundi tersebut :

LABIS
Keluar mengundi          53.0 %    
BN            380 undi
Pas            337 undi
Majoriti      43 undi

LABIS TENGAH
Keluar mengundi          30.0 %
BN                  365 undi
Pas                  851 undi
Majority           486 undi

LABIS TIMUR
Keluar mengundi         51.4 % 
BN                   669 undi
Pas                   632 undi
Rosak               16
Majoriti             37 undi

CATATAN PINGGIR

Pertama, kehadiran mengundi hanya 30 ke 53 % sahaja.  Alasan hujan sepanjang hari. Ada lapuran mengatakan  tindakan boikot kerana kenaikan harga barang. Dan ada juga mengatakan tidak mahu menunjukan kemana aliran sokongan.

Kedua,  Peti  undi Labis dan  Labis Timur majority tipis  37 – 43 undi sahaja atas dasar kurangnya jumlah keluar mengundi.  Peti undi Labis Tengah keluar mengundi  30 %  BN kalah teruk dengan mendapat 365 undi sahaja daripada 1216 pengundi.  Bagaimana mungkin jika 70% keatas keluar mengundi ?. Peti undi itu dijangka kalah lebih besar lagi !.

Ketiga, jika dikira jumlah yang hadir mengundi dari tiga daerah mengundi itu adalah 3,250  BN mendapat 1,414 undi  Pas  1,836 undi. BN tewas ditiga peti undi itu  422 undi. Dengan andaian lebih 70% keluar mengundi maka BN  dijangka kalah sekitar 1000 undi di tiga daerah mengundi tersebut.

Keempat,  sebagai mana  kajian Merdeka Centre dan Ilham Centre bahawa  trend sokongan masyarakat Cina terhadap BN 50-50 adalah lebih berasas dan benar. Jika begitu keadaanya,  BN dalam kedudukan yang  masih lagi tidak setabil untuk menghadapi PRU 13. Peratusan itu terlalu sensitif jika bergerak kebelakang  iaitu kurang dari 50%.

Kelima, rumusnya,  keyakinan kepada MCA masih berbelah bagi. MCA tidak dapat meyakinkan masyarakat Cina  agar menambah sokongan kepada BN. Kedua, Masyarakat Cina juga sebahagiannya begitu percaya kepada janji-janji manis  Pakatan Pembangkang  jika mereka dapat mengambil alih Negara ini.

Terlalu kuat isu perkauman yang dihasut oleh pihak lawan dengan model kejayaan diSelangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, dan Perak hingga menyebabkan pengundi Cina menjadi serba salah untuk keluar mengundi akhirnya sebilangan besar tidak mengundi.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...