Guan Eng malahan berkata, pendokong dan peminat Utusan Malaysiajuga bukan rakyat Malaysia sebenar kerana akhbar itu dituduh menggunakan fahaman ekstremis.-selanjutnya klik sini Kenyataan Guan Eng ibarat khawarij PAS menghukum mana mana umat Islam yang tidak menyokong mereka adalah kafir.Rasis chauvanist ini bukan saja menyerang bangsa melayu secara konsisten malah mempertikaikan hak orang lain. Pisau pernah mendedahkan betapa angkuh dan sombongnya Guan Eng apabila beliau sendiri berkata tidak perlukan undi melayu dan india untuk memerintah Pulau Pinang,siapakah yang rasis sebenarnya: KLIK SINI Ancaman kepada rakyat Malaysia adalah pakatan rakyat,terutamanya DAP yang bersekongkol dengan parti pemerintah temasik PAP. Mereka tidak akan senang duduk selagi melihat melayu menjadi penguasa dinegara ini.Pakatan semahunya cuba menyerang sehabis mungkin tanpa memikirkan colateral damage yang menjadi mangsa adalah marhain. Serangan terhadap Utusan menandakan mereka gusar dan resah apabila pendedahan demi pendedahan terhadap kerja jahat pakatan mendapat perhatian rakyat di seluruh negara. Utusan menjadi penyebar kebobrokan pakatan apabila lantang dan berani mendedahkan wajah sebenar pakatan haprak.Kerana Utusanlah akhbar The roket,suara keadilan dan harakah seringkali nampak bodoh apabila pembohongan mereka dipatahkan dengan fakta bukan auta . Pisau bersetuju dengan pendapat Naib Presiden Umno,Ds Zahid Hamidi betapa DAP memperlihatkan sifat bacul mereka menyerang lawan semata mata mahu menutup kejahatan yang mereka sendiri lakukan.
Chauvanist ultra kiasu rasis Lim Guan Eng ibarat mengeluarkan fatwa baru kepada penganut fahaman politik pakatan haprak. Dalam ucapan beliau mana mana pihak yang menyokong BN dan membaca Utusan adalah bukan rakyat Malaysia.Utusan-
mendakwa BN bukanlah rakyat Malaysia sebenar kerana menurutnya parti itu hanya memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persoalan mengenai taraf kerakyatan itu sepatutnya dilemparkan kepada Guan Eng dan DAP sendiri kerana dakwanya, parti itu menterjemah agenda negara asing di sebalik amalan demokrasi di Malaysia.
Sambil menuduh Guan Eng dan DAP sebagai bacul kerana cuba menyembunyi niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain, beliau berkata, golongan cauvinis tidak akan dapat mengubah hakikat sejarah bahawa institusi dan parti politik Melayu bertanggungjawab secara langsung membangunkan negara ini.
"Guan Eng yang sepatutnya menyoal diri sendiri adakah DAP sebuah organisasi politik yang mewakili rakyat Malaysia sejati atau mereka bertindak menterjemah agenda negara asing, mahu pun menjadi alat kepada negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi.
"Cuba menutup niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain adalah bacul. Sedangkan, DAP yang bertindak menanam kebencian masyarakat Cina kepada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini-Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses so far.
Post a Comment