Kenyataan balas laporan berita MalaysiaKini bertajuk "SU Guan Eng perjelas isu 'pertikai' kerakyatan" - Dr Novandri Hasan Basri


Portal berita MalaysiaKini hari ini melaporkan berita tentang kenyataan Cheong Yin Fan, Setiausah Akhbar Lim Guan Eng yang mendakwa saya telah membuat fitnah di dalam artikel saya bertajuk "Lim Guan Eng semakin bersikap perkauman" yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia hari ini.

Di antara laporan tersebut :-


Merujuk kepada rencana Dr Novandri Hasan Basri di Utusan Malaysia hari ini, Cheong mendakwa pemimpin dan akhbar Umno itu sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah terhadap Lim -seterusnya.

Entri MalaysiaKini seterusnya melaporkan Cheong telah memetik kembali ucapan Lim dalam konvensyen di Pulau Pinang itu yang didakwa beliau tidak pernah mempertikaikan kerakyatan mana-mana warganegara Malaysia.

Malangnya, MalaysiaKini gagal (atau disengajakan?) melaporkan satu perenggan utama di dalam ucapan tersebut yang menimbulkan pelbagai persoalan. Jika kita rujuk blog Guan Eng, beliau berkata tentang 'siapa yang bukan Malaysia sebenarnya? Who are not the real Malaysian?'.

Di antara lain Guan Eng mengatakan :-


Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).

Perenggan ini yang gagal dilaporkan oleh MalaysiaKini dan tidak ditekankan oleh Setiausaha Akhbar Lim Guan Eng. Kenapa? Why? 为什么 ?

Padahal perenggan tersebut adalah bukti asas ke atas kenyataan saya di dalam Utusan Malaysia. Perenggan itu senang untuk difahami, jika mengikut pandangan Guan Eng, 'sesiapa yang mendokong dan meminati Utusan Malaysia, bukanlah Malaysia yang sebenarnya'.

Mudah sahaja, Tidak ada sumber fitnah pun seperti yang didakwa oleh Guan Eng. Dan seperti yang saya tulis di dalam blog MIM sebelum ini :-

Apakah Lim Guan Eng juga bermaksud, 4,082,411 pengundi yang menyokong dan mendokong BN semasa PRU-12 bukanlah rakyat Malaysia sebenarnya?
-seterusnya

Segala kenyataan saya adalah berdasarkan kepada ucapan Guan Eng sendiri yang terdapat di dalam blog beliau. Jika tidak percaya, blog MIM ini meletakkan link blog Ketua Menteri .

Dan kenapakah Guan Eng cepat melenting dengan menuduh saya menabur fitnah sedangkan sumbernya datang sendiri daripada ucapan Guan Eng and it's documented ? Atau apakah Lim Guan Eng tidak berapa tahu apa yang beliau ucapkan semasa Konvensyen tersebut?

Kepada Lim Guan Eng,

Saya sarankan supaya baca balik teks ucapan anda itu sekali lagi dengan betul-betul. Baca perenggan yang saya maksudkan itu dan anda akan tahu yang anda sebenarnya telah membuat kesilapan yang sangat besar.


Tidak perlulah Guan Eng dan Setiausaha Akhbar beliau memutarbelitkan isu dengan menuduh saya menabur fitnah. Ianya menyerlahkan lagi sikap beliau dan pemimpin pembangkang yang hanya tahu menyalahkan orang lain padahal diri mereka itu yang tidak betul.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Dr Novandri Hasan Basri.


Tabik Spring Bro!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...