Tajuk artikel ini tentunya mendatangkan persoalan. Ianya timbul daripada ucapan Lim Gaun Eng semasa Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Dan ucapan beliau itu benar-benar menyentak dan mencabar kesabaran kita semua tidak kira sama ada kita ahli politik atau tidak.


Guan Eng, KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang dengan angkuhnya berkata :-

Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians?

Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar.

Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).
Persoalan asasnya, apakah Lim Guan Eng bermaksud, 4,082,411 pengundi yang menyokong dan mendokong BN semasa PRU-12 bukanlah rakyat Malaysia sebenarnya?

Apakah di antara OKU di dalam foto ini yang bukan 'real Malaysian' seperti yang di label oleh Lim Guan Eng?

Berani sungguh Lim Guan Eng memperlekeh-lekeh dan memperkotak-katikkan kewarganegaraan 4 juta orang rakyat Malaysia ! Mungkin bukan berani tetapi kurang ajar dan bacul!

Bagaimana pula dengan pembaca lebih 200,000 naskhah sehari Utusan Malaysia? Apakah mereka juga boleh diperlekehkan sebagai bukan rakyat Malaysia tulen seperti tuduhan Guan Eng?

Dan sudah tentu kita tidak dapat lari daripada memikirkan bahawa Guan Eng semakin benci dengan kaum Melayu kerana orang Melayulah yang membaca Utusan Malaysia!

Realitinya, Guan Eng adalah seorang diktator yang tidak mahu menerima sebarang kritikan meskipunia bertujuan memperbetulkan sikap beliau yang rasis dan berat sebelah. KLIK : Guan Eng Semakin bersikap Perkauman

Hari ini Guan Eng bukan sahaja berdepan dengan UMNO dan BN sahaja tetapi rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu. Tetapi bak perpatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya!

LIM GUAN ENG MESTI MEMINTA MAAF !!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...