Malu sungguh kedua-dua pemimpin Melayu dalam Pakatan yang hanya tunduk kepada Karpal Singh.

Berbelit2 N.Ajis, Hadi dll pemimpin PAS bercakap mengenai hukum hudud dan negara Islam, tapi tidak berani diungkit di Konvensyen PR semalam. Semua kerana Karpal Singh yang cacat pernah berkata, Langkah mayat saya dulu baru boleh negara Islam dan hukum Hudud dijalankan."

Suatu masa dahulu Karpal pernah membelasah Anwar Ibrahim hingga menyuruh Anwar Ibrahim perlu bertaubat. Semalam, Karpal Singh membelasah Anwar Ibrahim kaw-kaw lagi.

Dia memberi amaran kepada Anwar supaya hanya meletak calon yg boleh dipercayai pada pilihanraya akan datang. Beliau memberitahu pernah beri amaran kepada Anwar bahawa spy seperti Zaid Ibrahim tidak boleh diterima tetapi beliau degil.

Zaid memang munafik, bodoh Anwar. Konon perjuangkan reformasi keadilan semasa jadi Menteri tapi Karpal dedahkan Zaid pernah mahu bakar bangunan Majlis Peguam pada tahun 1989.

Zahrin juga disentuh sebagai tidak boleh dipercayai. Elleh ... Lim Guan Eng tu boleh percaya ka, amanah ka, tidakkah kaki pembohong?

Karpal langsung berkata Anwar boleh dimaafkan kerana pada masa itu tiada calon yg sesuai. Apabenda kena mengena Zaid dengan calon?

Macam-macam Baiyi yang diguna Cina ini cakap. Pasal depa semua nak guna Anwar. Kata Karpal, "Jangan pergi Ke PUTRAJAYA jika DSAI bukan sbagai PM."

Jadi kalau dia masuk Sg Buloh, hangpa tak mahu terima kuasa ka? Kah kah kah ...

Karpal berkata dia akan gunakan segala kekuatan beliau dalam bidang undang2 utk bebaskan Anwar dari tuduhan palsu. Betoi ka? Awat hang dok tunda-tyudna dan takut nak cross examination? Itu bukan kuasa tapi takda power?

Ini juga dia cakap dan hakim case perlu dengar Karpal cakap besar. Dia kata,"Hakim tidak berani ambil tindakan terhadap beliau walaupun beliau pernah tuduh hakim menipu."

Lepaih tu dia temberang pasal penggantungan Anwar. Dia tak beritahu dialah penyebab Anwar tidak dipanggil masuk ke mesyuarat dan dia undur diri dari penulisan usul. Kalau Karpal kata "penggantungan idak boleh dilakukan dimana2 dewan sekalipun", jawab kenapa berlaku di Selangor dan Pulau Pinang?

Karpal Singh akan failkan permohonan ke mahkamah pada Jumaat ini. Failllah, apa takut? Sure kena reject!

Sebelum kena reject dia sudah kata sistem kehakiman tidak bebas. Memang tidak bebas apabila ada lawyer yang permainkan dan tidak homrati mahkamah sperti Karpal danpeguam2 penyokong pembangkang.

Lepas tu dia balun PAS pasal negara Islam.

Ucapan Karpal mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan. Tak sakit hati ka PAS diperlecehkan?

Melihat tepukan gemuruh, Anwar yang memang sama ular terus sebut terima teguran Karpal dan meminta maaf atas apa yangg telah terjadi dalam PKR. Semenatra itu ada 20-30 orang Melayu dan India protes diluar tentang pemilihan PKR.

Malunya Melayu PAS dan PKR ... malu sekali!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...