Isu pelantikan Mohd. Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) makin panas. Walaupun pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim tidak berpuas hati dan terus "mengaruk".
Pentadbiran Khalid dari PKR yang dipengaruhi kuat oleh DAP membantah pelantikan tersebut. Semalam, Khalid turut menyalahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd. Sidek Hassan.
Perasaan Awang juga mendidih apabila beberapa blog menyiarkan kenyataan ringkas ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafei. Beliau dipetik sebagai berkata:
''Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyakketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor."
Jika benar kata-kata itu daripada Suhaimi, beliau sesungguhnya amat biadap dan mesti ditentang habis-habisan. Janganlah gertak institusi raja apatah lagi seorang Sultan.
Pada Awang, dia sudah melampau kerana mengheret Sultan Selangor ke kancah politik dan kenyataannya itu menghina. Awang juga tidak faham mengapa beliau mahu mengaitkan rakyat dan menghasut mereka supaya bangkit menentang Raja dalam isu terbaru.
Ini bukan isu rakyat tetapi isu kerajaan Selangor yang sebenarnya membelakangkan undang-undang tubuh negeri. Siapa yang sebenarnya tidak adil kalau bukan Khalid dan konco-konconya. Pihak yang sepatutnya ditentang kerana ketidakadilan dan tidak menghormati institusi diraja adalah kerajaan negeri itu sendiri.
Ternyata tindakan Khalid dan Shuhaimi bercanggah dengan semangat Perlembagaan yang patut dijunjung. Mereka lebih terbawa-bawa aspirasi DAP yang kita tahu apa motifnya. Selama ini pun nama sahaja Khalid menjadi Menteri Besar berkuasa tetapi DAP yang banyak membuat percaturan.
Realitinya para pemimpin DAP terutama bos mereka, Anwar Ibrahim berada dalam cengkaman DAP atas banyak sebab. Kalau mereka berkuasa memerintah negara, Malaysia akan dihalatujukan menjadi negara republik. Kepada Khalid dan khususnya Shuhaimi, hentilah menjadi barua DAP.
Awang mahu mereka segera memohon ampun ke atas baginda. Jika tidak, sah mereka bukan sahaja barua malah penderhaka yang mesti diajar. (SETERUSNYA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses so far.
Post a Comment