Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts



Perbicaraan kes liwat membabitkan  Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguambela meneruskan soal balas terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.

Peguambela, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum itu pada jam 2.47 petang melalui pintu utama.

Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008.

Dalam video itu, mahkamah mengenalpasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.

Sankara cuba membuat provokasi dengan mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden.

Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan.

Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.

Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat salinan terhadap cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.

Ketua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib (kanan) yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan tepat tiada lewat walau seminit pun.



Anwar dikatakan mengamuk sakan apabila dikatakan DNA lelaki 'Y' sama dengan DNAnya. Malam tadi beliau memangggil semua peguam yang mewakilinya iaitu Karpal Singh, Sankaran Nair dan beberapa peguam lagi bagi membincangkan bagaimana mereka nak memutarbelitkan fakta tersebut. Anwar dikatakan berang terhadap peguamnya kerana gagal menyoal balas saksi yang juga  pakar DNA. Diberitakan Anwar akan berjumpa dengan pakar DNA dari Australia bagi membincangkan apa yang harus dibuat bagi mematahkan fakta itu.


Anwar yakin mereka akan dapat mengenepikan fakta tersebut di akhir perbicaraan nanti.

Disini aku nak komen, kemana lagi kau nak lari Anwar satu Malaysia dah tahu kau yang meliwat Saiful walau apapun yang kau cakap rakyat tidak akan percaya kerana fakta yang kau nak sudah terbukti.
Hanya orang yang bodoh saja yang percaya kau tak meliwat. Siapa lagi yang kau nak mengadu, Ummi kata Resort Sungai Buluh sudah menunggu.


Kelancaran Ummi berceramah berdasarkan fakta-fakta yang tepat membuatkan dakwaan Ummi Hafilda Ali terhadap Anwar Ibrahim, Samsidar Taharin dan Azmin Ali adalah benar walaupun penyokong tegar Anwar menafikannya. Sehingga kini ketiga-tiga mereka masih membisu tanpa sebarang kenyataan hanya sesekali terdengar dakwaan sinis dari Anwar Ummi adalah nyamuk baginya.

Tetapi harus diingat dalam masa yang sama betapa takutnya Anwar terhadap dakwaan Ummi yang penuh fakta tanpa sedikit pun kekeliruan. Beberapa blogger nyamuk pakatan rakyat membuat tafsiran bagi pihak Anwar menyatakan Ummi sudah tidak diterima keluarga adalah bohong belaka.

Apa pun yang paling menarik perhatian kenyataan Ummi adalah Allah tetap akan memberikan kemenangan besar buat yang benar dan yang teraniaya, sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH MAHA MENDENGAR.Tiada jihab diantara langit dan bumi terhadap doa-doa orang yg teraniaya.


Allah Yang Maha kuasa, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang, telah berfirman dalam al-Qur'an bahwa Dia dekat dengan manusia dan akan mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Nya.
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ (١٨٦)

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).

Allah memiliki kekuasaan dan pengetahuan yang tiada batas. Dialah Pemilik segala sesuatu di seluruh alam semesta. Setiap makhluk, setiap benda, dari orang-orang yang tampaknya paling kuat hingga orang-orang yang sangat kaya, dari binatang-binatang yang sangat besar hingga yang sangat kecil yang mendiami bumi, semuanya milik Allah dan semuanya berada dalam kehendak-Nya dan pegaturan-Nya yang mutlak. Walau sepandai mana pun Anwar mengelak dengan menggunakan agen peguam handalnya seperti Karpal Singh dan Sankara Nair tidak mampu melebihi dari kekuasaan Allah.

Apa pun diminta adik Saiful sentiasa berdoa banyak-banyak kepada Allah kerana tiada hijab antara Allah dan doa orang yang teraniaya.


Berapa kali Anwar Ibrahim telah mencabar maruah mahkamah dan kehakiman negara ini? Contempt of court seolah-olah bahan jentikan sahaja bagi beliau? Kenapa?

Dan kenapa pihak berkuasa menutup mata dan membiarkan sahaja Anwar Ibrahim memburuk-burukkan mereka, bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negeri!


Pada 10hb Februari yang lepas, ketika berucap di forum “The Future of Democracy in the Islamic World”, anjuran sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, New America Foundation, Anwar Ibrahim sekali lagi menghina institusi mahkamah dan kehakiman negara.

Kita boleh rujuk video tersebut : http://www.youtube.com/watch?v=XoXiDsxbYq8. Beliau dengan sinisnya berkata,

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan." KLIK SINI

Kenyataan beliau itu memang jelas contempt of court dan tidak bertanggungjawab. Malah, ianya menjadi bahan lawak negara asing. Dan adalah sungguh memualkan apabila kesinikalan Anwar Ibrahim dinyatakan di depan spektator yang menyetujui free sex, perkahwinan sesama jenis, gay dan lesbian.

Sudah tentu mereka tiada masaalah jika Anwar Ibrahim seorang gay dan minat meliwat!
Seperkara lagi yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah mengganggap bahawa pornografi dan Playboy adalah isu remeh dan kecil sedangkan isu itu sangat penting dan hangat diperdebat serta dibangkang hebat di negara jiran! Minatnya Anwar dengan bab porno ni! 

Persoalannya, jika Anwar benar-benar mahu mengamalkan free expression, freedom of speech, kebebasan berasaskan kebiasaan hati iaitu keyakinan dan kepercayaan terhadap kebebasan tabiat semulajadi kemanusiaan, negara bakal hancur!


AKHIRNYA Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Satu episod krisis di negara itu sudah pun selesai. Apakah yang akan berlaku di Mesir selepas ini - sama ada kembali aman atau terus bergolak.

Hosni tidak menunggu sehingga September ini untuk berundur. Rakyat Mesir gembira dengan peletakan jawatan Hosni yang telah 30 tahun memerintah. Beliau tumbang bukanlah kerana faktor pemerintahan yang terlalu lama semata-mata. Kualiti kepimpinan juga menjadi isu yang menyebabkan Mesir berdepan dengan banyak masalah terutama ekonomi yang telah lama membelenggu rakyat. Mesir adalah nama yang hebat dalam sejarah ketamadunan lampau. Tetapi dalam sejarah moden, negara itu tidak diurus dengan cemerlang. Pengurusan yang lemah adalah antara punca banyak negara Islam gagal memakmurkan rakyat dan memajukan negara.

Mujur Malaysia tidak berada dalam kelompok negara sedemikian. Rekod kepimpinan yang cukup baik sejak merdeka, tradisi membela rakyat dan komitmen penambahbaikan sepanjang masa menjadikan Malaysia negara Islam contoh. Pengiktirafan dunia terhadap kecekapan pengurusan Malaysia lebih ketara di bawah kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad.

Namun apa yang berlaku di Mesir harus menjadi pengajaran bernilai. Gejala rasuah, pengangguran dan tekanan kos hidup, jika tidak ditangani dengan berkesan boleh membawa padah.

Kita perlu bersyukur kerana Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak berorientasikan rakyat dalam pentadbirannya. Pendekatan dan gaya kepimpinannya lebih menyakinkan bagi Malaysia menangani cabaran amat kompleks pada masa kini.

Bukan mudah untuk memimpin negara dalam pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang penuh dengan pembangkang yang mahu memastikan apa yang dirancang oleh kerajaan akan gagal, tetapi Najib telah membuktikan keupayaannya setakat ini meskipun banyak lagi yang perlu dilakukan. Melihat cara Perdana Menteri mengolah kepimpinannya secara strategik yang hasilnya sudah pun kita rasakan.

Dr. Mahathir turut mengakui kebolehan Najib dalam ucap utamanya pada Simposium Dilema Melayu di PWTC, Kuala Lumpur semalam. ‘‘Ada harapan baru (di bawah kepimpinan Najib),’’ katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin.

Maka sebarang cubaan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim untuk menyamakan situasi di Mesir dan di Malaysia, tidak akan berjaya sama sekali . Realitinya Malaysia bukan seperti Mesir.

Anwar dalam satu ucapan di Amerika Syarikat baru-baru ini menyatakan bahawa ramai individu seperti Hosni di Malaysia. Beliau sebenarnya kecewa kerana banyak cubaannya untuk menggerakkan demonstrasi jalanan tidak mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini. Mengapa demonstrasi jalanan tidak memercikkan gelombang besar adalah kerana Anwar sendiri mempunyai banyak masalah serius termasuk isu moral yang agak kritikal. Agaknya cubaan itu tidak mendapat keberkatan kerana orang yang memimpin itu sendiri pun tidak betul.

Malah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mendakwa kenyataan Ketua Pembangkang itu sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.

Antara persamaan antara Anwar dan Hosni adalah, Anwar tidak kurang mewahnya dan mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Hosni. Ini berdasarkan gaya hidupnya termasuk kekerapan ke luar negara. Jika dihitung Anwar lebih banyak berada diluar negeri. Nampaknya strategi pre-emtif Anwar menggunakan isu Hosni bagi mengalihkan perhatian sebenar kepada banyak isu yang menimpa beliau, ternyata makan tuan. Jika dilihat daripada perspektif lebih meluas, Anwar lebih menjadi ancaman kepada umat Islam berbanding Hosni. Setidak-tidaknya rakyat Mesir tidak mempunyai pemimpin seperti itu di negara mereka.


Aktiviti perniagaan dan pejabat milik Anwar Ibrahim yang beroperasi sebanyak US 2 juta setahun di Washington terus menjadi tandatanya. KLIK SINI

Jika kita rujuk web UserInstinct KLIK SINI, Anwar Ibrahim memiliki business di namakan Anwar Ibrahim Associates Llc. Selain Washington, pejabat milik Anwar Ibrahim juga ditempat di Dubai dan Kuala Lumpur. 


Pejabat Anwar Ibrahim terletak di 585, Grove Street, Herndon, Virgina, Amerika Syarikat. Bandar Herndon pula terletak 2 batu ke timur LApangan terbang Internasional Washington Dulles dan 22 batu ke barat bandar Washington, DC. 



Aset dan aktiviti perniagaan Anwar Ibrahim di Washington turut menjadi tandatanya.

Jika merujuk kepada web The Global Network Of Interpreneur, terdapat seorang Charter Member yang bernama Mirza Braig yang sekarang merupakan Chief Executive Officer of Legal Advantage, LLC.
 

Yang menariknya ialah Mirza Braig pernah bekerja sebagai Managing Director di dalam Anwar Ibrahim and Associates (AI&A's). Mirza terlibat di dalam mencari peluang perlaburan di Turki dan Asia Selatan.



He leveraged deep networks in the media, technology, business services and VC/PE communities in the region to locate, vet and evaluate opportunities consistent with AI&A’s risk-return profile.
Miraza Baig turut menjadi Koordinator Global AI&A's dengan memainkan peranan sebagai penasihat kepada pemilikan syarikat pembekal telekomunikasi yang bernilai $4 bilion.
At AI&A, Baig led a number of investment opportunities including being the global coordinator for AI&A’s buy-side advisory role for the $4bn+ acquisition of a telecom operator.
Penglibatan aktif Anwar Ibrahim di dalam perniagaan di luar negeri bukannya datang menggolek. Dan kita tidak pasti dari mana datangnya segala wang untuk pelaburan yang mencecah jutaan US dollars.

Tetapi semuanya dipercayai terbuka luas tatkala Anwar Ibrahim memegang jawatan penting di dalam kerajaan BN sebelum ini. Beliau adalah kroni BN dan UMNO. Dan hari ini, beliau berlagak kononnya tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme. Sungguh memualkan!

Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.
"Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat.
Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.

"Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.”katanya.

Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.
Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.
Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.
"Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.
Agendadaily difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.
"Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya



Sokongan dan Bantuan kewangan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor kepada ADUN Sri Muda Suhaimi Shafiei tepat dan selaras dengan prinsip mereka yang menjadi petualang kepada Raja-Raja Melayu yang dijulang Pakatan Rakyat.

Sebab paling jelas Kerajaan Selangor membantu Suhaimi ialah kerana beliau menghadapi tuduhan yang kononnya  menghalang kebebasan bersuara. Dalam hal itu sahaja, Pakatan Rakyat Selangor, sebagai kerajaan yang menyokong demokrasi penuh, berkewajipan menyokong dan mempertahankan beliaunya

Semalam  dakwaan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang dan Pengerusi NGO, Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairudin dalam portal Malaysia Kini kelmarin bahawa bantuan membiayai kos guaman Suhaimi sebagai membazir dan melambangkan korupsi.

Suhaimi dituduh dibawah akta Hasutan 1948 kerana penulisan di blognya didakwa biadap dan menderhaka kepada Sultan Selangor dan kini telah disokong 100% oleh pakatan rakyat Selangor lebih-lebih lagi DAP.


Lim Kit Siang sudah bersuara begitu juga Anwar Ibrahim dan pencacai-pencacai parti pembangkang yang lain. Mereka akan putarbelit dan kaitkan apa sahaja tentang kerajaan UMNO/BN dengan krisis politik Mesir, walau pun ada kalanya tidak masuk akal dan menyerlahkan kekontangan otak mereka.

Baru-baru ini, Lim Kit Siang telah cuba mengaitkan Krisis Mesir dengan Suhaimi Shafie dengan DS Najib Razak walau pun ianya tidak masuk akal dan tangkap muat sahaja. KLIK SINI

Seperti yang kita tahu, Lim Kit Siang adalah merangkap bapa Lim Guan Eng merangkap Penasihat DAP merangkap orang penting mempermudahkan anak beliau sendiri naik di dalam politik DAP, 

Jika benar Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan lain-lain begitu seronok sangat mengaitkan krisis Mesir, apa pula yang mereka akan katakan tentang perletakan jawatan Gamal Mubarak, anak Presiden Hosin Mubarak?

Difahamkan bahawa perletakan jawatan beliau semalam dianggap sebagai satu langkah positif Presiden Hosni Mubarak untuk meredakan kemarahan Rakyatnya.

Selain daripada kenaikan harga barangan di Mesir, nepotisme dan kronisme di negara Teluk itu telah menjadi barah yang sangat merbahaya. Rata-ratanya, rakyat Mesir menolak terang-terangan konsep nepotisme iaitu cubaan Presiden Hosni Mubarak untuk mempermudahkan anak beliau mengetuai dan memerintah Mesir.

Maka, MP menyarankan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Nik Aziz dan yang lain supaya cermin diri mereka. Lim Guan Eng, Wan Azizah, Nurul Izzah dan yang lain mesti letak jawatan dahulu. Beranikah? Atau buat-buat tak tahu?

Jangan sampai ludah terpalik ke mudah sendiri yang sudah penuh dengan air ludah!


Anwar dalam blognya tiba-tiba hendak menjadi hero tua ala Rajinikand dalam isu membabitkan Raja-raja Melayu. Dia menuduh UMNO yang mempelekeh raja-raja Melayu dengan peristiwa tahun 1993.

Jika hendak dibawa kisah tahun 1993, kenapa tak boleh berfikir bahawa dari tahun 1993 hingga 1998, dia yang menjadi orang kedua terpenting dalam kerajaan, tidak membawa apa-apa kebaikan ke atas institusi raja.

Malah, Anwar sebaik jadi TPM, telah mencetuskan pindaan perlembagaan 1993 ini dan umum mengetahui bahawa, sifat anti-feudal Anwar itulah yang membuatkan pindaan 1993 itu berlaku.

Sifatnya itu masih belum pudar hingga hari ini di mana dia masih berani menyebut idea republik sebagainya selepas PRU 12. Hanya setelah mendapati orang Melayu tidak suka perkara itu, Anwar mengambil langkah ke belakang.

Umum mengetahui bahawa pindaan 1993 berlaku akibat kejadian pada 1992 yang melibatkan jurulatih hoki bukan Melayu dikasari oleh seorang Raja. Jika itu berlaku hari ini, siapa yang akan menjuarai kes itu? UMNO atau PKR?

Anwar perlu berhenti dari memainkan isu 1993 kerana hari inipun dia tidak memberi sebarang komen mengenai perbuatan ADUN Sri Muda.

Seratus perkataan Anwar keluarkan, Seribu pembohongan tersingkap. Jangan cakap banyak lah.

“Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”
Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita… kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.
“Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat… (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”
Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.
“Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya. - Blog Anwar Ibrahim 



Sebagai tokoh biseksual paling terampil di Malaysia, DS Anwar Ibrahim seharusnya memainkan lebih peranan dalam usaha menghalang kemajuan wabak AIDS serta jangkitan HIV pada peringkat nasional.

Tambah pula, baru-baru ini, dikatakan jumlah wanita dijangkiti HIV melonjak ke tahap 30% dari keseluruhan pesakit yang dilaporkan. Adalah dikatakan bahawa terlalu ramai isteri menjangkiti HIV dari suami mereka yang berzina secara rambang!

Kehebatan ketua Pembangkang kita terserlah melihat DS Wan Azizah bebas dari jangkitan HIV walaupun DS Anwar tertuduh 'masih cerdas' sebagai peliwat.

Tambah pula, rekod beliau yang bebas penyakit walaupun sudah lama berlaku 'rambang', seperti diakui ramai, termasuklah hakim-hakim yang membebaskannya, menimbulkan persoalan; ada kah ilmu yang harus diperturunkan oleh DS Anwar kepada yang sejenis dengannya?

Baca seterusnya di sini.

Wan Azizah kata dulu Anwar pernah kena cucuk Aids. Mampu bertahan sampai sekarang. Memang patut dapat anugerah!


Semalam, Anwar memberi alasan bahawa rumah pakar DNA Australia yang di BAYAR Anwar untuk membantunya dalam prosiding mahkamah dilanda banjir. Bila YA Hakim tanya dia tinggal di bahagian mana di Australia; peguam Anwar hanya cakap ‘ Australia’. Bukannya seluruh Australia yang banjir. Queensland. Gold Coast adalah banjir sedikit.

Dan kita tahu, pakar DNA bertaraf dunia yang dibayar oleh Al Gore Foundation tersebut bukannya tinggal di rumah kecil. Dia tinggal di sebuah kondo mewah. Apa kena mengena dengan banjir.
Inilah perangai Anwar yang memualkan. Sikit-sikit cari alasan nak tangguh. Rakyat makin bosan. Rakyat anggap mahkamah dah jadi macam medan ‘ejek-ejek’ oleh peguam Anwar. Tak ada yang berani membantah perangai busuk peguam Anwar ini.

Adakah logik, hanya kerana ada banjir sedikit di Queensland, terus sebabkan kes liwat tangguh. Apakah ini mahkamah yang sebenar – atau sengaja bergurau dengan alasan-alasan bodoh pihak Anwar ini? Apakah kita tak tahu bahawa mereka tergelak besar apabila dapat penangguhan dengan alasan-alasan yang sebodoh itu?

Sudahnya, Hari Valentine dijadikan ‘pertemuan semula kekasih lama’, Anwar dan Saiful. Mereka akan berjumpa semula di mahkamah dengan harapan agar semuanya dapat diselesaikan dalam tempoh yang terdekat. Betul, kita tak mahu Anwar dijadikan sebagai kambing hitam – dan dianiaya. Tapi, bagaimana pula dengan Saiful?

Anwar WAJIB berani tampil ke hadapan 14 Februari ini; dan jangan beri alasan bodoh yang lain. Flight pakar DNA terkandas. Kucing Pakar DNA bersalin. Pakar DNA sakit perut dan sebagainya. Come on lah Anwar; janganlah jadi bacul. Berani ‘sodok’; berani ‘tanggung’ lah – Gelagat Anwar


alt 
Mana boleh lawan debat dengan penipu?

Pelik jugak dengan Anwar Ibrahim ini....dia sibuk ajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat...
Bila ia tidak dilayan...Anwar canang satu dunia...kata PM takut berdebat pasal ekonomi dengan dirinya.....
Iyelah...Anwar kan hebat...Pengajian Bahasa Melayu siot......mesti lagi hebat daripada dulu Najib yang setakat ambik industrial economics daripada University of Nottingham.....
Sebab itu dulu Anwar beriya-iya nak ambik pinjaman daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).....itulah pengurusan ekonomi dia...yang sebenarnya tak kreatif dan ambil jalan paling mudah...
Dalam hal debat ni kan....PM memang sama sekali tidak boleh menyahut cabaran Anwar....Ketua Pembangkang negara ini....
Lojiknya mudah sahaja....kita semua tahu Anwar adalah penipu dan pembelit (selain peliwat tegar)...
Kita semua tahu bahawa memberikan harapan palsu atau gula-gula kepada rakyat adalah sebahagian daripada kaedah berpolitik Anwar....well....di mana jua pun di dunia ini...memang sifat ahli politik untuk menjajikan macam-macam kepada para peng
undi sebagai kaedah untuk mereka terpilih dan menang...itu normal...Satu Hala pun akui....
Cuma yang tak kena dengan Anwar...dia boleh bagi janji yang keterlaluan.....lepas itu dia boleh buat bodoh aje....dan reka alasan-alasan yang tidak masuk akal....
Contohnya projek 16 Sept.....datang dan berlalu begitu sahaja....berapa ramai penyokong Anwar yang kecewa.....termakan janji dan harapan palsunya....
Jadi...sikap menipu dan memberikan harapan palsu adalah amat sinonim dengan Anwar Ibrahim....tiada siapa yang waras di negara ini boleh menafikan perkara itu....
Jadi...bagaimana PM atau Naiib hendak berdebat dengan Anwar mengenai janji 100 harinya....macam mana nak menang?
Bayangkan kalau berlaku debat......
Anwar seperti biasa boleh berkata, berhujah dan berjanji ke atas macam-macam perkara....Anwar yang tidak perlu bertanggungjawab ke atas kedudukan kewangan negara boleh berkata apa sahaja semasa berhujah....
Tapi...kalau PM berdebat nanti...PM perlu berpaksi kepada kenyataan...PM sebagai pihak yang memegang kuasa dan  bertanggungjawab ke atas kedudukan kewangan negara tidak boleh main cakap sebarangan.....tidak boleh janji sebarangan
Sudah tentu janji-janji dibuat Anwar ketika berdebat tidak perlu ditunaikan masa itu, maka jugak janji penipu dia akan nampak jauh lebih hebat dan menarik daripada janji PM...kerana PM tangan dan kaki beliau terikat dengan realiti pentadbiran....sedangkan Anwar tidak...Anwar boleh lanyak cakap apa sahaja....
Di mata rakyat...kalau berlaku debat .....tentu Anwar nampak hebat.....janji Anwar nampak lebih cool.....
PM pastinya tak boleh main sebut atau janji apa-apa...kerana kalau beliau buat begitu....dalam masa beberapa hari sahaja selepas debat itu berlangsung...maka rakyat akan mula mengungkit dan meminta beliau melakukan apa sahaja yang beliau janjikan atau sebutkan dalam debat itu.....
Anwar boleh buat bodoh aje......dan mengenali Anwar....lepas pilihan raya umum kalau dia menang jadi PM....dia akan buat bodoh dan bagi alasan-alasan yang retorik....bukannya kita tak pernah ada pengalaman tengok dia buat camtu....
Jadi kalau berdebat...Najib mesti kalah sebab Anwar akan menipu ikut sedap hati.....macam mana kita nak lawan dengan orang yang main janji ikut mulut....
Tapi kalau Anwar hendak....debatlah dengan KJ...dia pun bukannya ada jawatan apa sangat dalam kerajaan....dan KJ pun sama macam Anwar..kaki belit....


alt

Mana mungkin aku lupa......
Ya...perisikan Singapura yakin Anwar meliwat....terperangkap atau tidak...tapi yang pasti Anwar cair tengok bebudak muda, tinggi dan muka jambu...perangkap pun tak kisah asalkan dapat merasa...
Sekarang ini banyak sangat tumpuan kita yang cuba dialihkan oleh Anwar dan penyokong mereka daripada isu sebenar....iaitu Anwar adalah seorang peliwat.....dan isu yang menarik ialah apakah kita mahu melantik seorang peliwat menjadi pemimpin kita? Percayalah.....kalau kita tahu dan bantu buat camtu...maka bala Tuhan yang menanti kita semua....seperti yang berlaku kepada Bani Saadum....
Tak kisah lee kalau Anwar kononnya 'ahli ekonomi' hebat yang boleh majukan negara ini....tapi aku tak mahu peliwat jadi pemimpin OK!!!
Bercerita pasal Singapura....adalah samdol-samdol penyokong Anwar yang kata...."Selama ini kita tak pernah nak dengar kata Lee Kuan Yew (LKY)...selama ini kita kutuk...nape sekarang nak dengar lak....kah kah kah..." Ada lak kah kah kah kat hujung komen tu kan...
Soalnya kalau perisikan dia kata betul...aku terima bulat-bulat....aku tang liwat meliwat ni kalau nampak dah macam ada bukti...aku terima terus....tak kisah sapa cakap pun...
Dan mengapa..... apa yang dipercayai LKY itu perlu kita terima? ....jawapannya seperti berikut;
Kita harus faham...apa sekali pun...LKY dan Singapura pastinya menyebelahi Anwar selama ini....bukan sebab Anwar pun sangat tetapi kerana Anwar sepakat dengan DAP...
Anwar berkuasa...maka DAP berkuasa...bila DAP berkuasa...bapak mereka iaitu parti PAP yang memerintah Singapura akan mendapat faedah yang terlalu banyak...
Dan bila Anwar berkuasa...bukti liwat yang ada pada Singapura akan dijadikan bahan ugutan....
Bayangkan....DAP memerintah negara ini dengan Anwar menjadi boneka Singapura......aku tak kata Melayu aje yang musnah...negara ini dan semua kaumnya akan musnah ketika itu...
Kemusnahan Melayu akan membawa petaka kepada semua kaum nanti....
Harus kita ingat.....pendirian Singapura iaitu Anwar meliwat sebenarnya terlepas secara tidak sengaja...ia didedahkan oleh Wikileaks....jadi hakikatnya selama ini Singapura tahu perangai Anwar tapi tak dedahkan.....sebabnya....satu untuk memastikan Anwar berpeluang menjadi Perdana Menteri agar DAP dapat memegang kuasa sebenar di negara ini....kemudian menggunakan segala bukti teknikal aktiviti liwat Anwar....Singapura mengambil sepenuh kesempatan ke atas Malaysia....
Jangan terperanjat dengan campur tangan Singapura....Malaysia akan menjadi negara Cina yang kedua di Kepulauan Melayu.....jangan ingat minoriti tidak boleh memerintah majoriti.....
Kalau tak percaya....cubalah bagi kuasa kat Cina sekali...aku nak jugak tengok kalau Melayu boleh dapat apa yang diaorang dapat sekarang......
Jadi....jangan lupa ok...hakikatnya...secara tidak sengaja...melalui Wikileaks...kita tahu bahawa Singapura memiliki bukti bahawa Anwar gemar meliwat....bukannya ia sengaja dimaklumkan...tetapi ia bocor secara tidak sengaja....
Peringkat ini Singapura cuba bantu Anwar....tidak dedahkan rahsia...mereka simpan semua bukti teknikal....namun, kalau Anwar berjaya jadi PM....dah jenuh aku terangkan kat atas tu kan apa yang akan berlaku....jadi....lu pikirlah sendiri!
Dan sekali lagi...jangan kita lupa bahawa ANWAR ADALAH PELIWAT....isu lain adalah isu sampingan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...