Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Buku Jingga yang dilancarkan oleh pembangkang mengandungi beberapa janji jika mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu umpan politik.

Beliau berkata pembangkang mampu membuat pelbagai janji untuk memancing undi rakyat kerana mereka bukan kerajaan yang memerintah negara pada masa ini.

"Bila tak ada kuasa memanglah boleh buat janji macam-macam, kalau dia menang pun bukan dia nak jadi kerajaan pusat. Kalau tak jadi kerajaan pusat dia tidak boleh buat apapun, jadi bolehlah janji," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Rabu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang menggunakan Buku Jingga dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.

Buku Jingga yang yang diperkenalkan pada tahun lepas mengandungi tawaran termasuk menaikkan elaun guru, menghapuskan sistem tol dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.



HINDRAF kini sudah kurang ajar dan mencarut.tak habis-habis lagi berkenaan buku interlok,mereka telah mengeluarkan satu video yang cukup memeranjatkan anda semua.nak tahu apakah video itu ????


bila saya ingin cuba menghuraikan berkenaan video dia atas,rakan saya blogger sayaFLYING KICK telah mengeluarkan isu yang sama.sila baca artikel di bawah ini.marilah kita bersatu untuk mempertabatkan Bangsa Melayu dan hancurkan misi HINDRAF untuk berkumpul di KLCC pada 27 februari ini

HINDRAF tidak sepatutnya dilayan sebagai sebuah kumpulan pembangkang kecil-kecilan lagi. Kecenderungan HINDRAF untuk mewujudkan ketegangan kaum dan melancarkan serangan ke atas orang Melayu serta masyarakat Malaysia yang mereka anggap sebagai musuh, bukan lagi satu perkara tersembunyi.

Terbaru,perhimpunan dan perarakan pada 27 Februari ini yang kononnya untuk mendesak kerajaan mengharamkan INTERLOK kerana didakwa menghina,ternyata satu alasan yang sangat cetek untuk menghalalkan perbuatan mereka.Apa yang mereka inginkan ialah, penghapusan orang Melayu sepenuhnya dan mereka diberikan kebebasan yang tiada hadnya.

Kumpulan ini seharusnya dilayan seperti pengganas komunis yang bermaharalela membunuh sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan perjuangan mereka seperti pada zaman darurat dahulu. Tindakan lebih keras juga perlu diambil terhadap kumpulan ini seperti perlucutan hak kewarganegaraan dan kerakyatan mereka selain menghalau mereka terus dari Malaysia.

Apa yang mereka inginkan ialah berulangnya kembali Peristiwa Berdarah Babri yang menyaksikan puluhan ribu umat Islam India dibunuh sebelum masjid purba zaman Moghul dimusnahkan dengan alasan paling bingai, di tapak masjid itulah seorang dewa mereka telah dilahirkan. Tanpa sebarang bukti untuk menyokong dakwaan terbabit melainkan sebuah mimpi seorang pemuda, Masjid Babri yang berusia ratusan tahun diratakan, dan puluhan ribu umat Islam dibunuh secara kejam, termasuklah dibakar hidup-hidup di dalam gerabak keretapi.

Dalang utama kejadian tersebut adalah Bharatiya Jannata atau BJP yang menggunakan lambang hampir sama dengan HINDRAF malah menggunakan warna oren sebagai identiti mereka yang kononnya warna yang digalakkan dalam Hindu... yang menjadi masalahnya, sejak bila pula Hindu ada warna? Dan sejak bila pula Hindu merupakan sebuah agama yang berakidah satu kerana perkataan Hindu itu sendiri hanya wujud pada awal abad ke-18 menerusi lidah Inggeris yang tidak tahu apa agama sebenar penduduk di benua India selain Islam yang mereka lihat menyembah pelbagai berhala dan objek.

Sudah selayaknya,kumpulan tersebut bukan sahaja dibanteras, sebaliknya dikenakan hukuman yang berat. Kalau kumpulan-kumpulan sesat di dalam Islam boleh dikenakan tindakan keras sedangkan mereka tidak bersifat subversif, mengapa HINDRAF sekadar ditangani dengan penuh sopan santun walhal mereka kian menunjukkan belang subversif mereka yang tersendiri,terutama apabila khabar angin wujudnya pertalian Tamil Eelam Sri Lanka dengan kumpulan terbabit.

SILA LIHAT DI BAWAH.SAYA NAK BERITAHU ANDA SEMUA SUPAYA KITA INGAT KEMBALI APA YANG TERJADI


4 MELAYU YANG DI BUNUH OLEH LAWYER HINDRAF 



POSTER DI ATAS JELAS MENUNJUKKAN HINDRAF CUBA MEMBUNUH UMNO DAN MELAYU.MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PERKARA YANG SAMA BERLAKU PADA 4 MELAYU DI BANTING YANG DI BUNUH DENGAN KEJAM OLEH LAWYER HIDRAF ??? SILA LIHAT MUKA DI BAWAH


ADAKAH INI YANG ANDA MAHU ???



RENUNG-RENUNGKAN LAH


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam wakil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung larangan menyamakan Islam dengan agama lain.

Dr Mohd Asri ini, semua pihak tidak kira fahaman politik harus mengambil tindakan itu kerana "soal persamaan nilai adalah soal akidah".

"Kenyataan PM bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan antara Islam dengan agama lain di sudut akidahnya adalah sesuatu yg benar. Sesiapa yang menyanggahi kenyataan itu merosakkan imannya," kata Dr Asri.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Asri berkata, memang benar Islam menghormati agama lain, tetapi tidak mengiktiraf persamaan dengannya di sudut kewahyuan dan kedudukannya di sisi Allah.

Najib semalam dilaporkan berkata beliau menghormati agama lain yang diamalkan di negara kerana ia mempunyai hak di segi undang-undang dan Perlembagaan Negara tetapi tidak boleh disamakan dari segi akidahnya.

Meminta supaya tiada salah faham, Najib berkata beliau tidak bermaksud menidakkan atau merendahkan agama lain, cuma membezakannya daripada segi akidah bahawa "kefahaman mengenai pluralisme ini salah dari segi agama Islam".



Tidak ada apa yang tersembunyi lagi di kalangan anak-anak Sarawak, terutamanya yang berpengkalan di luar negara seperi salah seorang pengguna Facebook di bawah yang menyampaikan api-api ravolusi ke atas negeri yang dipimpin oleh pemimpin paling lama memerintah negeri di Sarawak.

By Charles Santiago We saw images of people in Tahrir Square crying, laughing, kneeling and kissing the ground as news of Egypt’s dictator, Hosni Mubarak’s, resignation spread. Pr...
a few seconds ago ·  ·  · Share



Ini menunjukkan kepada kita bahawa Mesir menjadi medan rujukan puak-puak ini yang telah lama mahukan Taib Mahmud supaya berundur.

Harap mesej yang tersampai tidaklah umpama taufan dan ia ditanggapi tidaklah seperti melayan bayu petang.

Setiap kita mahukan pentadbiran yang lebih baik, maka manifestasi seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah pengguna Facebook yang sebelum ini digunakan di Mesir, kali ini di pergunakan di Sarawak.

Mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tun Hanif Omar mengakui beliau yang mendesak mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohammad supaya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang 1987.
Hanif juga berkata, Mahathir dan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyuarakan cadangan untuk menghapuskan ISA, tetapi beliau yang menghalang mereka.
“Saya yang menghalang mereka (Mahathir dan Anwar) daripada menghapuskan ISA,” kata Tun Hanif ketika bercakap sebagai salah seorang ahli panel forum Cabaran Semasa sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan parlimen, Khamis.
Menurut Hanif, cadangan memansuhkan ISA itu dikemukakan oleh Anwar dalam mesyuarat keselamatan sebelum beliau bersara sebagai Ketua Polis Negara.
“Anwar kata kita patut mansuhkan ISA dan Tun Mahathir kata okay. Tetapi saya menasihatkan kedua-duanya supaya menimbang semula keputusan itu demi keselamatan negara.
“Tun Mahathir sejak awal sentiasa konsisten membantah ISA. Sebaik Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, saya diingatkan oleh Tun Musa Hitam (yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri) supaya jangan bangkitkan isu ISA kerana Dr Mahathir tak suka,” kata Hanif.
Baru-baru ini pembangkang mempersalahkan Mahathir dalam Operasi Lalang 1987 di mana 104 orang, termasuk Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng ditahan di bawah ISA.


Hanif menjelaskan peristiwa berdarah yang berlaku apabila prebet Adam Jaafar mengamuk pada 1987, mendorong beliau mempertahankan Akta ISA kerana situasi ketika itu di luar kawalan.
“Dr Mahathir pada mulanya membantah. Tetapi dia mengalah apabila saya menegaskan, sekiranya kita tidak bertindak tegas, peristiwa lebih serius daripada 13 Mei 1969 boleh berlaku.
“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ketua Polis Negara ketika itu untuk menjamin keselamatan negara. Sebagai Ketua Polis saya patut menurut arahan Perdana Menteri, tetapi kesetiaan saya bukan kepada Perdana Menteri tetapi kepada undang-undang,” katanya.
Terdahulu, Mahathir yang juga salah seorang panel forum berkenaan, berkata, beliau memang pernah menyokong supaya ISA dihapuskan, tetapi setelah mendapat nasihat daripada KPN dia yakin akta itu perlu demi keselamatan negara. Bagaimanapun dia bersetuju supaya beberapa perubahan dibuat.
“ISA perlu dalam keadaan tertentu, tapi jangan disalahguna dan jangan tangkap orang tanpa sebab,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mahathir berkata, perlembagaan negara adalah adil dan tidak memihak kepada sesiapa tetapi ada kalanya perlu dipinda untuk permudah perlaksanaan majukan negara.
“Tapi ada perlembagaan yang tak boleh dipinda, terutama hak rakyat. Oleh itu kita kena bijak elak halangan-halangan yang ada dalam perlembagaan untuk menjayakan Wawasan 2020,” katanya.
Tun menganggap tuduhan bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi, sebagai tidak berasas. Katanya perubahan lanskap politik membuktikan sistem demokrasi di negara ini adil.
“Apakah sepanjang 53 tahun kerajaan kita tak demokratik? Pada pilihanraya umum PRU 2004 kita menang lebih 90% dan pada 2008 rakyat berpendapat mempunyai parti lawan itu penting maka pada ada 2008 kita tak dapat satu pertiga kerusi Dewan Rakyat.
“Ini menunjukkan rakyat mempunyai pilihan. Sistem demokrasi kita tepat, iaitu kuasa diberi kepada rakyat memilih siapa mereka nak. Tetapi demokrasi bukan sistem yang sempurna kerana kita memberi rakyat hak memilih.
“Tetapi kadangkala rakyat tidak cekap memilih atau dipengaruhi sentimen dan putar-belit,” katanya.
Tun berkata, salah satu kecacatan sistem demokrasi ialah disebabkan rakyat merasakan mereka berhak memilih, mereka juga rasa berhak membuat demonstrasi dan menjejaskan ekonomi.
Menjawab cadangan Ahli Parlimen Pasir Pas, Datuk Ibrahim Ali, ketika sesi soal balas, Mahathir berkata dia bersetuju supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada antara lapan hingga 10 tahun.
“Tahun pertama baru nak belajar. Pemimpin baru nak mula mempelajari selok belok pemerintahan. Tahun kedua pula dia merangka dan menyusun program manakala tahun ketiga untuk melaksanakan apa yang dirancang.
“Manakala tahun keempat sudah nak kena bersedia untuk pillihanraya akan datang pula. Jadi mana nak sempat nak lakukan apa yang dirancang.
“Mungkin halangan kita untuk majukan negara ialah kerana kita terlalu tumpukan perhatian kepada politik untuk mengekalkan kepimpinan,” katanya dalam nada berseloroh.
Katanya cadangan mengehadkan perkhidmatan Perdana Menteri itu boleh dipertimbangkan kerana jika tempoh kuasa Perdana Menteri dihadkan, contohnya cuma untuk satu penggal, ia tidak membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang,” katanya



KUALA LUMPUR: Orang Melayu pada masa kini berhadapan dengan dilema yang besar apabila mereka tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.

"Kita jadi serba salah, kalau diam diri maka pendapat yang dikeluarkan mungkin akan diterima, kalau kita jawab mungkin akan dituduh rasis, saya bukan rasis saya cuma sebut benda yang benar, bila sebut bangsa kita maka kita akui bangsa itu, kita patut bermegah kita adalah orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Simposium Dilema Melayu 'Perspektif dan Konklusi' anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)di sini pada Sabtu.

Dr Mahathir berkata sifat mudah mengalah itu sebenarnya akan merugikan orang Melayu dan sekiranya mereka terus berpegang dengan nilai hidup sebegini, lama-kelamaan kedudukan orang Melayu di negara ini akan terhakis.

Beliau berkata orang Melayu perlu mengamalkan nilai hidup yang lebih berkualiti dengan berusaha, menuntut ilmu dan sentiasa merebut peluang yang ada kerana elemen itulah yang akan menentukan maju atau mundurnya sesuatu kaum itu.

"Kita diberi peluang, tetapi tidak ambil peluang itu, saya tertanya-tanya bila pergi universiti mengapa ramai mahasiswa wanita, mana pergi lelaki, adakah mereka ini bodoh atau tidak rebut peluang untuk baiki masa depan mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata sekiranya orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan sebaiknya, mereka bukan sahaja akan mendapat 30 peratus kekayaan negara malah lebih daripada itu.

Beliau berkata DEB perlu diteruskan kerana orang Melayu belum mencapai kuota yang ditetapkan, untuk itu, orang Melayu perlu terus berusaha bagi mengelakkan mereka menjadi bangsa termundur di negara ini.

"Pihak tertentu iaitu kerajaan akan pertahankan kedudukan kita, tetapi akan sampai satu hari nanti mereka tidak dapat lagi hendak pertahankan dasar-dasar negara.

"Ini boleh berlaku kerana orang Melayu begitu ghairah dengan majoriti yang ada pada mereka sehinggakan nak jadi Perdana Menteri, nak pergi Putrajaya, kalau hendak pergi sangat, pergilah," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata orang Melayu kini sanggup menggadai apa sahaja yang mereka ada untuk mendapatkan kuasa dan memecah belahkan orang Melayu sehingga menjadi lemah.

Mengenai ketuanan Melayu yang sering disebutkan mutakhir ini, katanya orang Melayu perlu berusaha, mempunyai sumber kewangan yang halal dan cukup sekiranya mahu mengekalkan konsep tersebut.

"Kalau nak jadi tuan kena lengkapkan diri dengan ilmu dan kecekapan, apakah dapat jadi tuan sedangkan orang lain suruh kita buat kerja yang bukan kerja tuan, kalau nak majukan diri, mesti tolak nilai hidup yang tidak sesuai dengan kemajuan pada masa kini," katanya.

Dr Mahathir juga mengingatkan orang Melayu agar tidak terlalu taksub untuk menambah pendapatan walaupun negara kini berhasrat untuk mencapai negara berpendapatan tinggi kerana ia boleh mendorong kepada perbuatan rasuah.

"Kita perlu teruskan perjuangan untuk beri tempat yang mulia, ataupun takut dituduh sebagai rasis dan berdiam diri, biarkan orang lain menidakkan hak kita di Semenanjung Tanah Melayu," katanya.

Dr Mahathir berkata sekiranya dilema Melayu hendak diselesaikan, orang Melayu perlu memikirkan sifat-sifat yang ada pada diri mereka dengan membuang segala sikap buruk dan menambah sikap yang lebih baik yang tiada dalam diri orang Melayu itu sendiri.-


Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara berkenaan. 

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.
Pada 2008, memo diplomatik AS yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman internet WikiLeaks melaporkan, David Hacham, penasihat kepada Kementerian Pertahanan Israel memberitahu pegawai AS bahawa Israel mengjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai pengganti Presiden.
“Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu. 

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya.


Jika DUN Tenang tidak hujan, statistik pilihanraya di sini tentu berbeza dan bertambah sengit. Jika merujuk kepada kawasan-kawasan yang majoritinya kaum Cina seperti Labis, Bandar Labis Tengah dan Bandar Labis Timor, peratusan yang mengundi sangat rendah (Labis 53.0%, Labis Tengah 30.0%, Labis Timor 51.4%) jika dibandingkan dengan dengan peti-peti undi yang lain.

Beberapa andaian yang boleh dikemukakan. 1. Hujan 2. Kaum Cina boikot.

Jika tidak hujan, peratusan yang turun mengundi tentu lebih tinggi di kawasan-kawasan orang Cina ini. Dan jika merujuk kepada politik kaum Cina, parti BN kalah dek kaum Cina!

Apakah jawapan Chua Soi Lek selepas ini? Dan apakah strategi parti BN selepas ini apabila terbukti bahawa majoriti kaum Cina sudah menjauhi parti BN?

Alasan mereka mudah dan logik. Harga barang naik, minyak naik, semuanya naik! Pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Teo 'aerobik' Nie Chin mengapi-apikan isu tersebut di dalam kempen mereka di sini. Apakah itu alasan mereka sebenarnya atau ada yang lain?

Realitnya, BN tidak bertindak populis seperti parti pembangkang. Memang benar kita perlu berdasarkan kepada fakta dan kenyataan tetapi apakah sehingga tahap menggugat kekuasaan politik di negara ini?

Pembangkang menjanjikan bulan dan bintang tetapi apakah rakyat peduli tentang detail bagaimana bulan dan bintang itu bolah didapati?


BN perlu berbuat sesuatu. MCA mesti digerakkan dari tidur mereka. Mereka mesti buat sesuatu yang ajaib atau pun miracle. Bertindak populis tetapi logik!

Dan hati-hati kepada klinik-klinik di sekitar Labis dan Segamat. Ada orang yang akan mencari MC sehari dua ini!



Syabas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun dikritik beliau tentu tidak akan marah dan pasti jawapan daripada beliau adalah “depa ada mulut biak pi (biarkan) apa depa nak kata”.

Tetapi warga Singapura tentu tersilap orang untuk dikritik. Mereka kritik negarawan ulung yang telah menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pencetus idea Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar F1 Sepang, Menara Berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, kereta nasional, LIMA Langkawi, Le Tour de Langkawi, hingga menjadikan Malaysia disegani khususnya oleh negara-negara Islam di Asia Barat. Itulah satu-satunya anak Melayu di dunia yang hanya ada di Malaysia.

Benar kata Dr. Mahathir bahawa ada Melayu yang mudah lupa, lebih-lebih lagi Melayu yang tidak tinggal di Malaysia. Mereka lupa bahawa ‘rumah’ yang mereka diami yang pada asalnya mereka punya tetapi akhirnya mereka jadi penyewa.

Tidak dinafikan bahawa memang rakyat Melayu Singapura hidup mewah, tetapi kesenangan dan kemewahan mereka adalah disebabkan pertama, nilai mata wang mereka tinggi. Kedua, mereka mempunyai jiran yang menjual komuniti dengan harga yang murah. Sekiranya nilai mata wang mereka sama dengan ringgit Malaysia, hidup mereka mungkin lebih papa daripada rakyat Malaysia.

Kebanyakan mereka seronok berbelanja di Johor Bahru dan Melaka. Ada juga sehingga ke Padang Besar, Langkawi atau Golok. Tidak ketinggalan ke Batam atau Jakarta. Lebih teruk lagi, mereka lupa yang mereka juga mendapat tempias daripada barangan bersubsidi yang sepatutnya hak rakyat Malaysia sahaja. Nak berbangga biarlah bertempat.

Mereka berani mengutuk Tun tetapi tidak berani mengutuk pemimpin mereka kerana mahkamah akan menunggu. Mereka tidak boleh buat silap dan perlu akur terhadap segala peraturan. Kadang-kala, ada peraturan yang tidak diredai tetapi terpaksa dipendamkan sahaja.

Sepatutnya mereka berbangga masih ada Melayu yang berjaya walaupun bukan warga negara mereka. Jika terdapat apa-apa teguran sepatutnya jadikanlah iktibar atau pembakar semangat untuk maju, bukannya menangkis dengan mengutuk yang akhirnya terpercik ke muka sendiri.

Rakyat Melayu Malaysia perlu bersyukur mempunyai ramai usahawan Melayu yang tidak hanya berniaga di pasar-pasar tetapi menjadi usahawan bertaraf dunia, di samping jawatan tertinggi dalam angkatan tentera dan jabatan kerajaan.

Teman bukan nak menempelak kreativiti pengarah filem Melayu sekarang. Makin hari makin bagus. Cuma teman benci dengan ekploitasi ayat-ayat Al-Quran di dalam filem hantu Melayu ni. Pendapat teman dipersetujui ramai dalam Facebook peribadi teman.

Bayangkanlah, dewasa ini, anak muda bukan Islam yang mengikuti filem Melayu, contohnya serani Melaka dan bumiputera Sabah dan Sarawak, yang mencari-cari rahsia kebenaran Islam, mula menganggap Al-Quran itu merupakan kitab yang hanya diguna untuk menghalau hantu!

Ini sudah salah! Malah mereka menyebut berasa seram sejuk apabila mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran di masjid-masjid. Astaghfirullahalazim. Salahkah mereka berasa demikian? Mereka bukan orang Islam. Mereka tidak salah. Yang salah ialah kita orang Islam yang sepatutnya mendidik dengan cara yang betul, tetapi memilih untuk mendidik dengan cara yang salah!

Hampir semua cerita hantu Melayu mengeksploitasi ayat Al-Quran. LPF buat apa? Bukankah itu juga unsur yang merosak pemikiran?

Andai kisahnya merupakan gangguan jin yang tidak terlihat riak hantunya kerana ditabir oleh Allah di dalam dunia ghaib, kisah-kisah kerasukan, maka ada ampun jugalah kalau ayat Al-Quran untuk diperlihatkan sebagai perubatan cara Islam. Itu pun bukan dengan bacaan terpekik terlolong!

Tapi kalau hantu yang ditonyoh mukanya oleh jurumekap sampai sehodoh mungkin, mencekik orang sampai mampus, apa kejadahnya tu? Ia sebuah rekaan. Atau kata lain, KEBOHONGAN.

Mengapa kita biarkan ayat Al-Quran dimain-mainkan dengan KEBOHONGAN? Mengapa kita biarkan pembuat filem menyekutukan ayat-ayat suci dengan pembohongan?

Jika hendak membuat cerita bohong, wujudkan pawang pembohong dengan membaca jampi serapah bohong juga. Itukan lebih bagus!

Al-Quran bukan kitab penghalau hantu. Ia adalah kitab panduan umat akhir zaman dalam meningkatkan keimanan dalam mengesakan Allah SWT. Bacaannya dilagukan, bukan dengan terjerit-jerit.

Sebaik-baik ayat untuk mengelak gangguan jin ialah ayat ke 255 Surah Al Baqarah yang dibaca dalam hati dengan iktikad bahawa makhluk tidak mempunyai kuasa. Hanya Allah empunya kekuasaan.

Kita jangan lupa bahawa pendakyah anti-Islam sejak dahulu memfitnah bahawa Rasulullah dirasuk syaitan semasa mendapat wahyu dan kononnya Al-Quran itu wahyu dari syaitan. Nauzubillah.

Mengeksploitasi ayat Al-Quran dalam cerita-cerita hantu hanya memburukkan lagi persepsi bukan Islam, malah satu hari nanti, mungkin anak-anak muda yang dilahirkan Islam yang tidak berpendidikan Islam akan berfikiran serupa.

Filem hantu Melayu hari ini benar-benar sesat lagi menyesatkan. Tidak berlebihan untuk menyebut, ia memang memalukan seluruh umat Islam di mata orang bukan Islam.


Kalau dah bukan Islam, jangan masing-masing nak tunjuk sapa lebih champion bercakap tentang Islam. Baik Chua Soi Lek, mahupun Teng Chang Kim, dua-duanya munafik. Dua-dua patut diam.

Chua Soi Lek menjadi tumpuan di Facebook apabila kenyataannya disebarkan. Dia menyebut "Apa yang bagusnya mengenali ajaran Islam sedangkan saya tak menganut agama itu." Agak celaka jugalah ayatnya.

Chua Soi Lek memang diketahui sejak menjawat jawatan Menteri Kesihatan sebagai Cina anti Melayu apabila menolak khidmat pemandu Melayu yang disediakan oleh pihak pengurusan kementerian dan mengambil pemandu India.

Di ruang Facebook, para pengguna yang dikenali menyokong BN juga mula menyelar Chua Soi Lek dan tidak diketahui itu mempengaruhi corak pengundian mereka atau tidak. Mereka menyebut, kerana tidak Islam lah Chua Soi Lek tanpa rasa malu naik jadi Presiden MCA walaupun satu negara melihat anu nya.

Teng Chang Kim, Speaker DUN Selangor pula dalam memberi reaksi kenyataan Chua Soi Lek menyebut "Inilah bukti rendahnya pemahaman yang ada diantara parti dalam Barisan Nasional yang kononnyatelah berjaya mengintegrasikan berbagai kaum."

Teman nak tanya, DAP dan PAS telah berjaya kah? Teresa Kok masuk masjid dengan keadaan yang tidak dibenarkan Islam menunjukkan pemahaman yang baik kah DAP ke atas Islam?

Ronnie Liu membantah larangan orang Islam bekerja di premis arak tu, pemahaman yang baik mengenai Islam kah?

Pokok pangkalnya, orang Cina lebih baik diam daripada menyanggah sesama sendiri berhubung siapa yang lebih memahami Islam.

Ini kerana mereka tidak kira dalam kerajaan mahupun pembangkang, hanya berdusta belaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...