Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts


alt
MERLIMAU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan sikap pemimpin pembangkang yang bukan saja tidak rasional apabila enggan mengiktiraf kejayaan dan pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN), malah sering menabur fitnah dan dakyah semata-mata untuk memancing undi pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang juga gemar menokok tambah berita semata-mata untuk mendapatkan sokongan pengundi.
Katanya, dalam suasana pilihan raya kecil, pihak pembangkang langsung tidak menyentuh inisiatif kerajaan atau usaha kerajaan melonjakkan pertumbuhan ekonomi, sekali gus menjana pendapatan rakyat berlipat kali ganda. “Jika pembangkang bersikap rasional mereka mesti iktiraf mana yang betul, mana usaha yang baik, mana pencapaian dicatat oleh negara kita dalam pelbagai bidang dan kemajuan dinikmati oleh rakyat, ini harus diakui.

“Bagaimanapun, kita tahulah 'peel' (perangai) pembangkang, baik PAS, Keadilan (Parti Keadilan Rakyat), DAP, apa saja yang kita lakukan tidak betul, malah ditokok tambah, mereka buat pembohongan.

“Mungkin bagi mereka apa gunanya menyebut kejayaan itu kerana ia secara tidak langsung mengiktiraf apa yang dilakukan oleh kerajaan, sebaliknya mereka lebih suka mencanang berita buruk, fitnah dan pembohongan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum di sini, semalam.
Muhyiddin turut menyampaikan anugerah kepada 34 pelajar cemerlang kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang memperoleh semua A dalam PMR tahun lalu. Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad.

Muhyiddin juga menyifatkan fatwa yang dikeluarkan pembangkang setiap kali berlangsung pilihan raya juga boleh membawa kesan kepada akidah umat Islam di negara ini.


Khabarnya banyak pihak terperanjat pendedahan pasal poster calon PAS di Kerdau yang guna data atau logo rasmi kerajaan negeri Pahang selain pamer logo DAP serta PKR sedangkan Hasanuddin Salim calon PAS.


Agenda Daily Melaporkan Perbuatan itu jelas tunjuk PAS bukan saja terdesak tetapi tidak hormati undang-undang kerajaan negeri serta peraturan ditetapkan SPR melarang penggunaan logo parti tidak bertanding atau logo lain sewenang-wenangnya.Peraturan ini sudah dimaklumkan SPR kepada setiap parti yang bertanding.Tetapi biasalah pembangkang- cakap tak serupa bikin.Sebelum ini,mereka selalu salahkan SPR,tidak adil dan telus, ikut telunjuk kerajaan tetapi alih-alih mereka yang selalu langgar peraturan.


calon PAS ini menggunakan crest yang hanya digunakan oleh istana negeri Pahang 


Timbalan Pengerusi SPR,Datuk Wan Ahmad Wan Omar sendiri mendedahkan,perbuatan PAS di Kerdau bukan pertama kali malah parti itu juga buat perkara serupa ketika PRK Bagan Pinang,Negeri Sembilan.

"Ini bukan kali pertama, teguran dan peringatan sama pernah diberikan kepada PAS di Bagan Pinang dan kali ini, mereka mengulanginya di Kerdau,” katanya mengulas pendedahan tersebut.

Mungkin ramai tidak tahu,PAS sebenarnya bersendirian mengharung ‘perang’ di Kerdau.Sekutu parti itu, PKR dan DAP ibarat lepas batuk di tangga sahaja kerana mereka tahun PAS bakal kecundang sama ada di Kerdau mahupun PRK DUN Merlimau.Sudah masuk hari ke enam, boleh di kira dengan jari pemimpin kedua-dua parti itu yang datang membantu calon PAS.Mungkin pada hari penamaan calon ramai yang hadir termasuk Lim Kit Siang dan PKR hanya hantar Fauziah Salleh.

PAS tiada pilihan lain kecuali buat poster pamer logo DAP dan PKR dengan harapan dapat tarik lebih ramai pengundi.Parti itu juga tiada isu di Kerdau kecuali berkali-kali kata kerajaan Pahang bankrap.Peliknya,kalau benar kerajaan Pahang bankrap, apa perlu PAS letak calon dan mahu pemimpinnya jadi wakil rakyat di negeri itu ???

Kalau benar-benar bankrap,tidak dengar pula dua wakil rakyat PAS di Pahang tidak dapat elaun masing-masing.Sebenarnya,PAS yang bankrap.PAS bankrap idea.PAS bankrap pemimpin.Sebab itu mereka tiada isu di Kerdau dan sebab itu mereka letak calon kitar semula bertanding.

Penggunaan logo kerajaan negeri,pamer logo parti tidak bertanding juga bukti PAS bankrap idea untuk berdepan jentera BN. PAS kini tiada pilihan lain kecuali bersedia meratap kekalahan di Kerdau dan Merlimau selepas tumbang mengejut di Galas dan kecundang di Tenang



Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman mendakwa Felda Plantation yang mengawal 367,710 hektar ladang merupakan organisasi haram.

Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa, pemilikannya itu bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 yang didakwa menetapkan pemilikan anya oleh individu dan koperasi sahaja.

Tapi Pakatan Rakyat adakah sebuah pertubuhan Halal?

Mazlan juga menjelaskan, jika pakatan ambilalih  oleh DAP dan PAS Felda akan lebih selesa 



Ronnie Liu kata "Di Kelantan PAS perintah, ada jalan raya ka? (Penonton jawab: Ada)  Fasal di kelantan tak ada Umno. Umno kalah di Kelantan. Sampai Kota Bharu, naik kereta lembu. Di Kelantan ada hospital? Tak ada, kalau sakit panggil bomoh.
Apa lah si Ronnie Liu ini merapu tak tentu arah, yang 'bestnya' orang Melayu Pas sanggup buang masa dok melangut dengar Ronnie Liu merapu macam orang mabuk
"Di Kelantan ada balai polis ka? Tak ada, kalau bergaduh panggil tok penghulu,

Hanya orang bodoh sahaja yang suka dengar orang mabuk DAP ni berceramah


alt
alt
isu pembangunan kg baru semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

seperti biasa pas melalui wakilnya dr lolo melakukan penentangan akan draf pembangunan yang dibentangkan.

mungkin dr lolo mahu mengekalkan mentaliti jumud mainan politik pas. selagi rakyat susah, selagi itu pas boleh mengoptimakan isu demi meraih populariti politik.

pas tidak mahu rakyat cerdik. pas tidak mahu rakyat menerima pembaharuan fizikal dan spiritual.

jika nik ajis mengakui gagal dalam menangani  isu kekotoran tandas masjid di kelantan selama 20 tahun , apa pulak level kemajuan yang hendak dibawa oleh dr lolo yang laklok ?

benarkah dr laklok mendapat sokongan luar biasa penduduk kg baru ? 



PAS meroyan hari ini dalam Harakah bahawa depa tak dapat gunakan pentas masjid untuk berkempen di PRK Kerdau ini .Ini berikutan JAIP akan mengambil alih semua pentadbiran masjid untuk sementara dan dipantai oleh Pegawai Agama Islam Daerah .,

PB menyokong arahan dikeluarkan JAIP ini kerana sudah diketahui umum bahawa setiap PRK , PAS akan cuba menggunakan masjid sebagai pentas politik mereka sehinggakan menimbulkan perpecahan perpaduan dikalangan umat Islam .Arahan JAIP ini adalah untuk  mencegah perbuatan oleh pihak tidak bertanggunjawab memperlatkan masjid sebagai tempat menabur fitnah dan membenci sesama Islam .

Baru-baru ini semasa di PRK Tenang,  Sultan Johor sendiri murka dengan perbuatan sembahyang dua imam di sebuah masjid. 
Sultan Ibrahim bertitah perkara seperti itu harus dihentikan agar tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

“Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.“Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa,”

Jadi , PB melihat tidak salah JAIP mengeluarkan arahan demikian kepada semua masjid di DUN Kerdau bagi menjaga kesucian rumah ibadat ini . Adakah kita mahu puak2 PAS  memperlakukan seperti ini ?



Krisis keyakinan ahli terhadap PKR dijangka berpanjangan dan tiada tanda akan berakhir biarpun proses pemilihan kontroversi parti itu sudah lama berlalu.
Seperti rumah yang sedang dimakan anai-anai, masalah dalam parti itu bukan hanya melibatkan satu dua cabang bahkan kata sumber kepada Agendadaily lebih 50 cabang di seluruh negara.
“PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang, dan selepas ini lebih banyak kritikan terbuka, ahli dan pemimpin keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada PKR,” kata sumber tersebut.
Agendadaily sendiri menerima banyak email dari ahli dan penyokong parti itu yang tak puas hati dan minta ‘suara’ mereka diangkat.
Ini termasuk email terus-terang dari Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hassnar Hj Ebrahim yang melampirkan surat beliau kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Febuari lalu.
Surat lapan muka surat itu ‘Fuziah Saleh jahanamkan PKR Sabah’ itu antara lain menceritakan kronologi yang membawa kepada pergolokan politik parti itu di sana dari kaca mata penulis.
“PKR Sabah dah tak dapat diselamatkan lagi, kalau pengerusi majlis pimpinan negeri yang tidak sampai sebulan dilantik boleh sertai UMNO, bayangkanlah betapa teruknya masalah dalaman parti itu,” kata sumber tadi.
Sebelum ini, Pajudin Nordin menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 5 Febuari lalu.
“Kes Pajudin adalah contoh klasik cara urus tadbir buruk yang diamalkan oleh pucuk kepimpinan PKR, mereka lantik Pajudin yang bukan pun ketua cabang, dan apabila dibantah keras oleh ketua-ketua cabang maka Pajudin cuba digantikan.
“Tapi dalam kes ini, belum sempat hendak ganti, Pajudin angkat kaki dan sertai UMNO, dengan jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri, PKR malu, sampai terpaksa tubuh Majlis Presiden untuk tangani masalah di Sabah,”kata beliau.
Menurutnya lagi, pergolakan di Sabah termasuk yang terbaru bila cabang Kalabakan dibubarkan membuktikan PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang-cabang.
“Sabah hanya permulaan, selepas ini kita akan dengar masalah di Sarawak pulak, dan jangan terkejut ia lebih panas dari cerita di Sabah,” katanya.
Sarawak yang sudah bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya negeri dijangka akan menambahkan ‘bahang’ perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan negeri.
“Antara yang paling panas adalah pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR, di mana, sudah pasti berlaku perang antara fraksi yang mewakili kaum Melayu, Cina dan Iban di dalam PKR,”.
“Saya tidak terkejut nanti, sepanjang tempoh berkempen ada saja pemimpin PKR umum keluar parti dan cabang bubar,” jelasnya.
Sementara itu, Agendadaily turut dimaklumkan berlaku bantahan ‘senyap’ dikalangan ketua-ketua cabang PKR Perak selepas Dr Muhd Nur Manuty diumumkan pengerusi majlis pimpinan negeri yang baru.
“PKR Pusat suruh buat undian pilih pengerusi, ketika undian, 23 dari 24 ketua cabang hadir, 13 undi Mustapa Kamil Ayub dan 10 undi Muhd Nur Manuty, tapi sudahnya Muhd Nur Manuty juga diumumkan sebagai pengerusi, tak ke pelik?” soal beliau.
“Baik dari awal tak payah buat undian, lantik terus siapa yang pemimpin pusat hendak,”tambah beliau.
Selain itu, blogger popular pro pembangkang, Mat Saman Kati juga buat kenyataan di blognya (ureka.asia) ucap selamat jalan PKR.
Mat Saman Kati yang terkenal kerana anjurkan forum temukan calon-calon ketua AMK dalam pemilihan PKR sebelum ini tulis “Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR.
“Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.”
Lagi lawak, di blognya, siap ada borang pra-pendaftaran ahli parti KITA yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.
Selain, Sabah, Sarawak, Perak turut bermasalah adalah PKR Johor yang mana pengerusinya bekas Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Jung Meng.
“Perlantikan yang tak mencerminkan realiti politik negeri, di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti, dan dibantah oleh cabang-cabang yang ada,”kata sumber itu.
Sementara bagi ahli-ahli yang pro calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terus mendesak parti menunaikan janji untuk membentangkan laporan siasatan mengenai penyelewengan dalam pemilihan PKR tahun lepas.
Sebelum ini, SUA PKR, Saifudin Nasution dilaporkan berkata setiap aduan yang dibuat akan disiasat dan hasilnya diketahui dalam tempoh dua minggu dari tarikh kongres nasional diadakan hujung November lalu.
Sebaliknya, sehingga kini tidak ada apa-apa laporan dibentangkan dan Chegu Bard kemudiannya ditawarkan jawatan timbalan setiausaha agung tetapi ditolak olehnya.
Masej twitter tat_lee dan AidilSMM antara contohnya, “Bukti penipuan pemilihan di cabang Parit Sulung… bukti dah ada tak kan DSAI hendak tengok saja,”tweetnya pada Isnin berserta gambar buku senarai pendaftaran pemilih yang hadir mengundi.
Melihat semua senario ini, tidak mustahil, ‘bara dalam sekam’ akan bertukar jadi api tidak lama lagi. Jangan terkejut kalau Anwar akan di ‘Mubarak-kan” oleh ahli parti sendiri.



Akibat terlalu taksub dengan perkara khurafat, sekumpulan kaki ekor yang ingin cepat kaya sanggup membawa tebu dan pisang untuk menjamu dua ekor gajah hiasan yang terletak di pintu masuk Wat Siam, di Kampung Baru Padang Sanai, dekat sini.

Tindakan kaki ekor berkenaan yang membawa tebu dan pisang untuk menjamu gajah hiasan di Watthai Pradit Tharam itu menimbulkan rasa kurang senang masyarakat keturunan Siam di kampung berkenaan.Gajah diperbuat daripada simen setinggi kira-kira 2.5 meter itu dikatakan menjadi tumpuan kaki judi selepas mendakwa seorang kaki ekor mendapat habuan RM100,000 apabila kononnya mendapat mimpi nombor bertuah selepas mengunjungi gajah itu kira-kira lima tahun lalu.

Satu lagi cerita akibat terlalu hendakkan undi Cina,  Nizar dan rakan-rakannya sanggup pegang lilin dan sembah gambar Teo Beng Hock lepas tu dia kata antara sedar dengan tidak. kemudian dia pergi serata kampung mengatakan dia tak bersalah dan pada ketika pula dia bertaubat di atas kerja-kerja kurafat yang dilakukannya

Apa yang pentingnya kedua-dua itu adalah syirik(menyekutu Allah) wajar bertaubat nasuha




Saya mengaku saya kafir sekejap sebelum saya diingatkan oleh orang Umno supaya bertaubat, akhirnya saya bertaubat nasuha", itulah kata-kata yang telah dirakamkan semasa ceramah Pas di Kampung Seri Jaya. Bab ini memang Nizar patut dipuji kerana sedar dari melakukan kurafat bersama Nga Kor Meng dan Ngeh Khor Ham. Tetapi itu hanyalah sementara sahaja Nizar kembali berbohong kepada warga tua yang pencen di Kampung Seri Jaya mengatakan Umno mengharamkan tulisan Jawi. Dia juga mengatakan bahawa pihak British telah mengarahkan Umno mengharamkan tulisan Jawi. Lihatlah gambar dibawah siapakah yang cuba mengharamkan tulisan jawi.

Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008

Jom kita lihat pulak gambar ini

Teresa Kok bersama dengan tiga orang lagi ahli parlimen DAP menunjukkan cadangan nama jalan dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India dan diserahkan kepada En Shaari (PA kepada Datuk Bandar KL). Tiada lagi tulisan jawi). Mengapa mereka tidak suka sangat pada tulisan jawi?

Di sini Nizar sudah berbohong kepada warga tua yang tidak tahu apa-apa kononya kerajaan BN lah yang mengharamkan tulisan Jawi. Nizar juga berkata haram syarie menyokong Umno. kesian warga tuan Kg. Seri Jaya di hari maulud Nabi Nizar sanggup berbohong kepada mereka. Lihat fakta dibawah:

Akhirnya pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008 janji bukan tulisan jawi.
Nizar juga mengatakan dia berjumpa dengan dengan Duli Tuanku Sultan Perak sebanyak 2 kali bagi mengadu kepada Tuanku bahawa, "Kerajaan patik telah diganggu oleh umno" katanya kemudian dikatanya "Tuanku murka"kepada warga tua Kg Seri Jaya.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian Nizar berjumpa dengan Sultan Perak setelah 3 Adun sudah tidak mempercayai kepadanya yang lebih menyebelahi DAP. Nizar berjumpa dengan Tuanku setelah beratus-ratus ekar kayu balak telah diserah kepada DAP, beratus-ratus ekar tanah kampung Baharu telah diberi geran 999 tahun yang tidak pernah dibuat oleh Menteri Besar lain. Nizar jumpa Tuanku setelah beribu-ribu ekar lagi tanah bakal diserahkan kepada pengusaha haram Cina dari Seri Iskandar hinggalah ke Manjung. 

Ini membuktikan dia berbohong kepada penduduk iaitu warga tua Kg. Seri Jaya.

Nizar juga mengatakan Umno menjadi penderhaka kepada Sultan Perak, "geram sungguh aku kepada Umno, Sultan pun dia derhaka" kata seorang warga tua yang teliti mendengar ceramah Nizar . Jom kita lihat siapa yang menjadi penderhaka sebenarnya.

Juak haprak inilah juga yang pernah menyerang dan memecahkan kereta Raja Muda Nazrin ketika konflik negeri Perak.Mereka jugalah berbaring diatas jalan menghalang kenderaan Raja Muda. Dari pemimpin hinggalah kepada penyokong semuanya tidak menghormati institusi raja dan memperlekehkan kesultanan melayu .

Satu lagi pembohongan Nizar kepada warga Tua Kg Seri Jaya.

Ketuanan Melayu, "pergi jahanamlah dengan ketuanan Melayu", kata Nizar "Ketuanan Melayu sudah basi, haprak" disambut tepukan gemuruh oleh orang Melayu Kg Seri Jaya. 

Secara teknikal, konsep ketuanan Melayu merujuk kepada satu bentuk hubungan dan keadaan di mana bangsa Melayu itu seharusnya mendominasi segenap aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama.

Hubungan ini tidak berbentuk feudalisme di mana melalui hak kelahiran, bangsa Melayu menjadi tuan manakala bangsa lain menjadi hamba atau orang suruhan. 
Ringkasnya, ia merujuk kepada satu bentuk manifestasi hubungan simbiosis, walaupun tidak sama rata, tetapi tetap memberikan faedah dua hala.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara, terma ketuanan Melayu - dalam perspektif hubungan pelbagai kaum bermaksud satu keadaan di mana bangsa Melayu merupakan pemegang kuasa dan penerima hak istimewa utama dalam pemerintahan, pentadbiran dan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Akhirnya Nizar mengatakan umno menghalalkan maksiat, mari kita lihat siapa sebenarnya yang menghalal maksiat.

Sebuah negeri yang disebut serambi Mekah diperintah oleh Tuan Guru yang sungguh mulia dihati penyokong Pas telah membiarkan maksiat berleluasa berhampiran dengan pejabat pentadbirannya sila klik di sini untuk mengetahui selanjutnya

Sedarlah wahai Nizar anda berbohong kepada ramai warga tua yang tidak tahu fakta sebenar sekadar sedap dengar Nizar berbohong, maka itulah hasilnya

Ada sebuah hadith yang meriwayatkan tentang larangan jangan berbohong ini:

Hadith dari Ibnu Umar r.a katanya: "Saya dengar nabi SAW bersabda:"Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak." (Bukhari)

Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafiq, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.

Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya:"Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)."

Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.

"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab:”Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina. Pas jangan asyik membohongi rakyat selesaikan pembinaan rumah dibawah
Rumah Oku yang dibina oleh Pas dan PKR


Sebuah blog upahan Pas Batu Gajah Mari sanggup memaki hamun orang Islam dengan perkataan ' haram jadah' kerana kononnya dikatakan 'menyentuh' pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng. Berlanjutan tersiarnya gambar Lim Guan Eng berketayap putih bersama Anuar Ibrahim blogger Batu Gajah Mari yang kononnya telah lulus sekolah pondok cukup berang terus memaki hamun.

Inilah gambaran pengikut Pas yang taksub dan sesat belum pun disiasat sepenuhnya lalu terus memaki hamun orang Islam terutamanya Umno. Gambar itu pun belum diketahui puncanya kemungkinan besar Lim Guan Eng sendiri yang mengedarnya supaya kekecohan risalah My Balik Pulau dapat disembunyi.

Sebagai blogger upahan pas sama juga dengan Cikgu Rahim yang sanggup mati demi Karpal Singh. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...