Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Buku Jingga yang dilancarkan oleh pembangkang mengandungi beberapa janji jika mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu umpan politik.

Beliau berkata pembangkang mampu membuat pelbagai janji untuk memancing undi rakyat kerana mereka bukan kerajaan yang memerintah negara pada masa ini.

"Bila tak ada kuasa memanglah boleh buat janji macam-macam, kalau dia menang pun bukan dia nak jadi kerajaan pusat. Kalau tak jadi kerajaan pusat dia tidak boleh buat apapun, jadi bolehlah janji," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Rabu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang menggunakan Buku Jingga dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.

Buku Jingga yang yang diperkenalkan pada tahun lepas mengandungi tawaran termasuk menaikkan elaun guru, menghapuskan sistem tol dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

[pilihanraya]


Datuk Seri Najib Razak berkata, kekalahan pihak pembangkang bukan kerana tekanan Barisan Nasional (BN), sebaliknya disebabkan pelbagai pendekatan dan dakyah yang disebarkan mereka ditolak rakyat. 

Perdana Menteri berkata, pembangkang seharusnya menerima hakikat itu walaupun sebenarnya mereka lebih awal menjelajah ke seluruh negara untuk mengadakan ceramah, selain menyebarkan pelbagai isu dan menabur janji menerusi blog, emel dan SMS."Jika rakyat tidak sokong mereka dan trend didapati memihak kepada BN, ini bukan disebabkan kita menekan mereka (pembangkang), sebaliknya ini bererti rakyat menolak mereka. "Ia juga bermakna kempen mereka tidak diterima rakyat," katanya pada sidang media pada majlis Mesra Bersama Warga FELDA di Jengka 25 di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan pembangkang yang memohon pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau memberi undi simpati kepada mereka kerana mendakwa ditindas dan mangsa keadaan berikutan tindakan BN. 

Mengenai calon PAS, Hassanuddin Salim yang pernah dua kali kalah dalam pilihan raya, Perdana Menteri berkata, BN tidak akan memandang ringan terhadapnya, tetapi akan terus berusaha untuk meraih sokongan yang banyak. 

"Mereka ada perkiraan, jika letak calon seperti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Pembangkang DUN Kerdau), yang pernah dua kali kalah dan jika kalah kali ketiga, tentunya berat untuk mereka mahu letakkan Tuan Ibrahim dalam hierarki kepimpinan mereka pada masa depan," katanya. 
Ditanya suasana berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kerdau, Najib berkata: 
"Saya nampak mood baik, tetapi kita tidak boleh pandang ringan ancaman mereka yang menentang kita dan pastikan segala usaha yang patut dilakukan serta strategi kita tepat untuk pastikan kemenangan besar kepada BN," katanya. 

Sementara itu, menjelaskan lawatan beliau ke setiap negeri mulai bulan depan, Najib berkata, ia bagi memenuhi janji yang dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu. 

Beliau berkata, peringkat awal sudah bermula apabila mengadakan lawatan ke Kedah dan diteruskan ke pilihan raya kecil DUN Tenang, selain ke Belaga di Sarawak baru-baru ini. 

"Ia adalah siri lawatan ke negeri dan Timbalan Perdana Menteri juga akan melakukan lawatan sama," katanya. 

Mengenai sama ada ia mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum, Najib berkata: 
"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa saja," katanya.

HINDARF HAPRAK!

Posted by redsemut at 9:16 AM 0 Comments


109 diberkas termasuk ketua mereka P Uthayakumar paling awal sekitar jam 8 pagi sewaktu beliau hendak keluar dari rumahnya di Pantai Hill Park. 

Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak yang ditanya wartawan mengenainya sewaktu lawatan sehari ke Kerdau di Pahang menyifatkan puak Hindraf cuba cetuskan publisiti buruk dikaca mata antarabangsa terhadap Malaysia menerusi tindak tanduk ini. 

Kepada penyokong Hindraf jika nak tunjukkan poster gambar Mahatma Ghandi bukan di Malaysia tempatnya, tunjuklah di India atau pergi balik India lah...kita dah muak lakonan puak Hindraf ni



Tidak ada apa yang tersembunyi lagi di kalangan anak-anak Sarawak, terutamanya yang berpengkalan di luar negara seperi salah seorang pengguna Facebook di bawah yang menyampaikan api-api ravolusi ke atas negeri yang dipimpin oleh pemimpin paling lama memerintah negeri di Sarawak.

By Charles Santiago We saw images of people in Tahrir Square crying, laughing, kneeling and kissing the ground as news of Egypt’s dictator, Hosni Mubarak’s, resignation spread. Pr...
a few seconds ago ·  ·  · Share



Ini menunjukkan kepada kita bahawa Mesir menjadi medan rujukan puak-puak ini yang telah lama mahukan Taib Mahmud supaya berundur.

Harap mesej yang tersampai tidaklah umpama taufan dan ia ditanggapi tidaklah seperti melayan bayu petang.

Setiap kita mahukan pentadbiran yang lebih baik, maka manifestasi seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah pengguna Facebook yang sebelum ini digunakan di Mesir, kali ini di pergunakan di Sarawak.


Presiden Kita (Kesejahteraan Insan Tanah Air) Datuk Zaid Ibrahim, pada Rabu mengesahkan bahawa parti itu telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Saya diberitahu oleh pegawai saya bahawa mereka telah terima surat kelulusan semalam," katanya kepada mStar Online.

Zaid berkata bagaimanapun beliau belum berkesempatan melihat sendiri surat tersebut.

Kini Melayu telah berpecah kepada 4 kumpulan beerti majoriti Melyu semakin berkurangan jika parti KIT dipilih dalam beberapa kawasan Parlimen dan DUN

Parti KITA yang sebelum ini didaftar sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim).

Menurut Zaid, kelulusan yang diperolehi itu akan membolehkan parti berkenaan bergerak seratus peratus sebagai sebuah entiti yang baru dan sah serta boleh merancang strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Saya rasa lega...Selepas ini Kita akan tumpu ke kawasan-kawasan yang ingin kita tandingi.

"Parti Kita akan buat persiapan dari segi pemilihan calon-calon, dasar-dasar dan isu-isu yang nak diketengahkan kepada rakyat," katanya.

Menurut beliau, Kita akan bertindak sebagai parti yang melihat isu untuk kepentingan rakyat.

"Kalau Barisan Nasional (BN) betul pun kita sokong, kalau tak betul kita akan kritik. Tengoklah yang mana bagus untuk rakyat," ujarnya.

Jelas Zaid lagi, sebagai parti baru yang ingin bertanding dalam pilihan raya, Kita akan lebih menumpukan perhatian kepada soal pemilihan calon yang tepat untuk bertanding berbanding ahli yang ramai.

Bagaimanapun beliau yakin parti itu tidak menghadapi masalah mendapatkan sokongan daripada rakyat.

Zaid berkata, kelulusan itu juga membolehkan Kita mengadakan 'roadshow’ sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.

"Tapi 'roadshow' kita kecil-kecilan sajalah. Taklah macam parti lain," katanya merendah diri.

Mengulas tentang kawasan tumpuan pada PRU akan datang, Zaid tidak menafikan yang partinya akan memberi fokus kepada beberapa negeri termasuklah Selangor.

"Kita mungkin akan banyak bertanding untuk kerusi di Selangor. Kemudian di Perak sikit dan Kedah sikit," katanya.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan itu sebelum ini pernah memberi kenyataan bahawa beliau sendiri akan bertanding di kawasan parlimen dalam Petaling Jaya pada PRU akan datang.

"Saya kata boleh jadi saya bertanding di PJ. Saya cari tempat yang saya sudah biasalah," katanya.

Pada 15 Disember lalu, Zaid dipilih sebagai presiden Akim dalam mesyuarat agung parti itu sebelum dinamakan semula sebagai Kita - sebuah parti politik pelbagai kaum.

Orang Melayu perlu bersatu demi mempertahankan tanahair tetapi dalam keadaan sekarang nampaknya semakin berpecah dengan tertubuhnya parti KITA.


Aktiviti perniagaan dan pejabat milik Anwar Ibrahim yang beroperasi sebanyak US 2 juta setahun di Washington terus menjadi tandatanya. KLIK SINI

Jika kita rujuk web UserInstinct KLIK SINI, Anwar Ibrahim memiliki business di namakan Anwar Ibrahim Associates Llc. Selain Washington, pejabat milik Anwar Ibrahim juga ditempat di Dubai dan Kuala Lumpur. 


Pejabat Anwar Ibrahim terletak di 585, Grove Street, Herndon, Virgina, Amerika Syarikat. Bandar Herndon pula terletak 2 batu ke timur LApangan terbang Internasional Washington Dulles dan 22 batu ke barat bandar Washington, DC. 



Aset dan aktiviti perniagaan Anwar Ibrahim di Washington turut menjadi tandatanya.

Jika merujuk kepada web The Global Network Of Interpreneur, terdapat seorang Charter Member yang bernama Mirza Braig yang sekarang merupakan Chief Executive Officer of Legal Advantage, LLC.
 

Yang menariknya ialah Mirza Braig pernah bekerja sebagai Managing Director di dalam Anwar Ibrahim and Associates (AI&A's). Mirza terlibat di dalam mencari peluang perlaburan di Turki dan Asia Selatan.



He leveraged deep networks in the media, technology, business services and VC/PE communities in the region to locate, vet and evaluate opportunities consistent with AI&A’s risk-return profile.
Miraza Baig turut menjadi Koordinator Global AI&A's dengan memainkan peranan sebagai penasihat kepada pemilikan syarikat pembekal telekomunikasi yang bernilai $4 bilion.
At AI&A, Baig led a number of investment opportunities including being the global coordinator for AI&A’s buy-side advisory role for the $4bn+ acquisition of a telecom operator.
Penglibatan aktif Anwar Ibrahim di dalam perniagaan di luar negeri bukannya datang menggolek. Dan kita tidak pasti dari mana datangnya segala wang untuk pelaburan yang mencecah jutaan US dollars.

Tetapi semuanya dipercayai terbuka luas tatkala Anwar Ibrahim memegang jawatan penting di dalam kerajaan BN sebelum ini. Beliau adalah kroni BN dan UMNO. Dan hari ini, beliau berlagak kononnya tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme. Sungguh memualkan!

Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.
"Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat.
Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.

"Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.”katanya.

Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.
Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.
Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.
"Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.
Agendadaily difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.
"Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya



MELAKA: Satu pengalaman dahsyat apabila seorang remaja bermasalah mati setelah terjatuh dari tingkat dua sekolahnya – beberapa hari selepas menulis di Facebooknya tentang keinginan mengambil nyawa sendiri.

Dalam tragedi 9.15 pagi Selasa, Sally Lee Qian Chun, pelajar Tingkatan Lima berjalan keluar sewaktu menghadiri kelas Kimia di makmal tingkat satu dan pergi ke bilik darjahnya di tingkat atas.

Saksi di SMK Seri Kota, Ayer Leleh terkejut mendapati Lee, 17, duduk dalam keadaan berbahaya di koridor yang menghadap bilik darjah kosongnya sebelum terjatuh ke belakang. Dia mengalami kecederaan di kepala yang membawa maut.

Seorang ahli keluarga terdekat yang enggan dikenali berkata keluarga Lee dari Taman Bukit Katil, Bukit Katil, keliru mengapa dia akan mahu ambil hidupnya sendiri.

“Dia kelihatan gembira semasa Tahun Baru Cina.

“Malah saya melihat dia pada Isnin dan dia kelihatan baik dan gembira,” katanya ketika ditemui pada bilik mayat Hospital Melaka di sini, pada Selasa.

Bagaimanapun terdapat cerita lain dalam Facebook Lee. Sejak 17 Jan, dia telah menghantar beberapa komen-komen kurang menyenangkan, malah mengatakan ini akan menjadi Tahun Baru Cina terakhirnya.

Apa yang ditulis menjadi lebih teruk pada Jumaat lepas apabila dia menulis yang dia telah merancang untuk mengambil nyawanya sendiri pada bulan lepas.

Pada malam Ahad, pada sekitar 11.07 malam, Lee mengadu di Facebooknya tentang satu hubungan yang gagal dan janji-janji yang tidak dikotakan ketika mengulangi keinginannya untuk ambil hidupnya sendiri.

Komen beraninya mendapat cemuhan dari rakan-rakan dalam talian. Malah beberapa rakannya menyuruh dia bertindak seperti mana yang dia mahu lakukan.

Dalam pengeposan terakhirnya pada 3.45 petang Isnin, Lee mengingatkan rakan-rakannya supaya mengotakan janji mereka membelikan sebuah patung beruang dan keranda. Dia juga memberitahu mereka supaya tidak merinduinya apabila dia telah tiada dan menjaga diri mereka.

Lee, anak sulung dan satu-satunya gadis daripada dua adik lelaki, digambarkan guru sebagai pelajar bijak dan berkelakuan baik. Ibu bapanya masih sedih dan enggan untuk ditemubual.

Pengerusi MCA, Datuk Gan Tian Loo menyusun satu pertemuan di sekolah itu untuk saudara-mara Lee bertemu dengan beberapa rakan sekelasnya.

“Keluarga masih terkejut dan tidak mampu menerima yang Lee mengambil nyawa sendiri.

“Mereka mahu untuk mengetahui dari rakan-rakannya tentang apa telah berlaku,” katanya ketika ditemui di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Salehhudin Abd Rahman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Disember lalu, seorang lelaki berumur 22 tahun membunuh diri kerana hubungannya gagal. Dia juga telah menyatakannya di Facebook, 45 minit sebelum membunuh diri.



KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.

Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit. 


Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa. 

“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.

Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.

“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya. 

Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit. 

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini. 

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.


Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara berkenaan. 

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.
Pada 2008, memo diplomatik AS yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman internet WikiLeaks melaporkan, David Hacham, penasihat kepada Kementerian Pertahanan Israel memberitahu pegawai AS bahawa Israel mengjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai pengganti Presiden.
“Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu. 

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya.



ASAJAYA: “Nyawa kami ibarat telur di hujung tanduk ketika kereta dinaiki terkena tiga tembakan,” demikian detik cemas yang terpaksa dilalui seorang pelajar Universiti Al-Azhar, Zuliyarana Fauzi, 23, ketika dia dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari Iskandariah, Mesir pada 29 Januari lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika dia bersama dua lagi rakan, Siti Sara Dahari, 23, dan Shahida Rashidi, 25, serta empat kakitangan Petronas termasuk sepasang suami isteri dalam perjalanan pulang ke Kaherah selepas mengunjungi rakan dan perpustakaan Universiti Iskandariah.

“Sebaik kenderaan kami ditembak, pemandu yang juga kakitangan Petronas dan isterinya menjerit kepada kami supaya tunduk sebelum mencari tempat perlindungan. Saya tidak tahu siapa yang melepaskan tembakan itu tetapi kenderaan kami mempunyai tiga kesan peluru.

“Beberapa minit kemudian, seorang askar menghampiri sambil bertanya destinasi kami dan apabila dimaklumkan mahu pulang ke tempat penginapan di Kaherah, dia memberi kata dua kepada kami sama ada nyawa akan melayang jika meneruskan perjalanan atau berpatah semula ke Iskandariah.

“Dalam ketakutan, kami kemudian terpaksa berpatah balik ke Iskandariah dan berlindung sementara di rumah kakitangan Petronas. Ketika itu, kami tidak dapat membayangkan suasana ketika itu dan hanya berdoa sepanjang perjalanan semoga selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Asajaya Tengah di sini, semalam.

Katanya, dia dan rakannya terpaksa tinggal di rumah berkenaan beberapa hari sebelum dihantar ke Rumah Sabah yang terletak tidak jauh dari kawasan itu.

“Tiga hari kami berada di Rumah Sabah, baru perasaan kembali tenang sebelum kami diarahkan mengikut penuntut Sabah pulang ke Malaysia.” kata pelajar tahun dua Pengajian Syariah itu.

Menurutnya, dia bersama Siti Sara dan Shahida baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester dan merancang ke Iskandariah melawat isteri rakannya yang bekerja dengan Petronas.

Sebelum itu, katanya, mereka bertolak dari Kaherah ke Iskandariah menaiki van dan tiba tengah hari Khamis, namun pada malam hari sama, mereka menerima khabar rusuhan tercetus sekali gus memaksa perintah berkurung dikeluarkan.

“Kami memang ada mendengar rusuhan berlaku terutama di Suez, namun menyangka tunjuk perasaan membabitkan kenaikan harga barang. Ini kerana semua barang di Iskandariah naik mendadak.

“Keesokan hari iaitu pada 28 Januari, kami dimaklumkan rusuhan semakin teruk menyebabkan kami terperangkap,” katanya yang selamat kembali ke pangkuan keluarga, kelmarin.

Sementara itu, Siti Sara berkata, ketika dia terperangkap bersama rakannya, dia juga terputus hubungan dengan abangnya, Abdul Salam, 25, di Kaherah.



BUTTERWORTH 7 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini mencemar duli menaiki pesawat tempur tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU- 30MKM.

Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10.40 pagi menuju Pulau Langkawi dan akan berpatah balik ke Pulau Pinang yang dijangka mengambil masa 45 minit.

Baginda menaiki pesawat tersebut bersama Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohd. Ashgar Khan Gauriman Khan


YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa gagasan 1 Malaysia berjaya diterapkan oleh kerajaan Malaysia dalam operasi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia dari Kaherah Mesir. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah sama sekali mengamalkan dasar 'pilih kasih' dalam menjayakan operasi ini. Tidak terlintas langsung nak memilih siapa yang sokong kerajaan atau tidak, yang kita fikirkan bahawa bagaimana hendak membawa pulang semua pelajar Malaysia yang sejumlah 11,000 orang dalam masa yang singkat.

Katanya lagi, "saya juga bersyukur dan rasa terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi terutama kepada Putera Faisal dan jemaah menterinya kerana sudi membenarkan kita menggunakan bukan setakat ruang udara malah menyediakan penginapan semasa pelajar ditempatkan di Jeddah ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kalau diikutkan kerajaan hendak membawa pulang dari Kaherah  terus ke Kuala Lumpur tetapi  jika ini dilakukan kita hanya dapat menyelamat 500 hingga ke 800 sahaja adalah tidak adil membiarkan hampir 10,000 lebih lagi pelajar kita terdedah kepada bahaya yang menanti.

Dalam majlis menyambut kepulangan pelajar Malaysia dari Mesir Datuk Seri Najib mengumumkan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, inilah komitmen kerajaan kepada pelajar dan keluarga demi meringankan beban yang akan ditanggung oleh keluarga mereka.

Turut hadir semasa menyambut kepulangan pelajar dari Mesir adalah Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kabinet dan kebetulan pada pagi ini ada mesyuarat berkenaan ekonomi tetapi Perdana Menteri sanggup menangguhkan mesyuarat itu demi ingin berkongsi kegembiraan bersama keluarga pelajar-pelajar.

Seramai 778 rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya merupakan penuntut di Mesir selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin.

Dua pesawat yang membawa kumpulan tersebut dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH8029 yang membawa seramai 459 penumpang tiba pada pukul 10 pagi dan pesawat AirAsia yang tiba 20 minit kemudian dengan 319 penumpang.

Ini kisah benar yang menyebabkan kami para media yang buat liputan di Mesir terkejut beruk. Bukan apa, bila dapat tahu, pelajar Malaysia berdemo sama.
Tambah mengejutkan kami apabila diberitahu yang berdemo itu 14 orang yang berumur 19 tahun. Cerita dari mulut ke mulut itu menyebabkan kami yang baru tiba dengan pesawat misi bantuan Air Asia kira-kira jam 4 petang waktu Mesir (10 malam Malaysia) jenuh cari mana budak-budak berani tu.
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah semasa kami sampai itu ratusan pelajar Malaysia tengah duduk santai atas jalan. Berkumpul berdasarkan negeri masing-masing.
Cari punya cari jumpalah budak-budak pengajian perubatan dari Universiti Alexandria, Mansoura dan Al Azhar itu, kami mula temubual seorang-seorang.
Mereka mengaku, mereka demo, ramai-ramai, lelaki dan perempuan.


Tapi bukan nak suruh siapa-siapa letak jawatan, sebaliknya geram dengan pengurusan syarikat penerbangan EgyptAir yang asyik tangguhkan penerbangan pulang ke Malaysia.
Menurut Zulaika Zamri, 19, mereka sudah tidur di lapangan terbang itu sejak 27 Januari lagi.
“Kami datang ke sini untuk hantar kawan balik, tiba-tiba kami terperangkap, jadi rusuhan dan sebagainya.
“Kami pun risau, nak balik sama, masa itu masih boleh hubungi keluarga, keluarga di Malaysia kumpulkan duit beli tiket dan bagi kod pada kami, satu tiket harga lebih RM2,000.


“Masalahnya apabila asyik tangguh saja, sampailah pada 1 haribulan, kami ramai-ramai buat playcardtanda bantahan,” kata dia ceria.
Rupa-rupanya mereka bukanlah berdemo melalak menjerit macam yang selalu kita tengok dalam TV. Sebaliknya lebih kepada protes diam.
Nasib mereka baik, kerana sebaik kami tiba, sewaktu pelajar-pelajar Malaysia sedang dipindahkan ke Jeddah dalam penerbangan kedua, mereka ‘diselit’ sama.
Sebanyak 14 orang pelajar yang berani dan terkandas di lapangan terbang selama seminggu.


“Kami dah jadi macam Tom Hanks dalam filem The Terminal, duduk menunggu tak tahu nak buat apa, selepas kedutaan tahu kami di sini mereka mula hantar makanan,” kata Ahmad Hasif Rusdi penuh semangat.
Memang jelas, mereka ini bukan budak jenis penakut, pada troli beg diletakkan lukisan bendera Malaysia penuh bangga.
Apabila sah mereka dibawa pulang, seorang daripada mereka bercakap penuh bangga kepada pihak media.
“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha hantar pesawat bawa kami pulang.


“Kepada ibu bapa kami dan rakyat Malaysia, jangan bimbang, walaupun susah kami bersatu hati di sini,” katanya.
Semua mereka adalah, Zulaika Zamri, Muhamad Hafizie Syahman Ruslin, Nurul Ain Abdul Khani, Aiman Amalina Noor Aminuddin, Zaherin Zamri, Siri Aisyah Ahmad Faizal, Nadia Farhana Mohamad Zahari, Syed Yahya Almahdaly Syed Ahmad.
Muhamad Zyazani Dzani, Muhamad Hudzaifah Kamaruzaman, Muhammad Hazim Zaharuddin, Mohamad Arif Mohamad Zahari Ahmad Hasif Rusdi dan Faez Rasyad Amli.
Mereka masing-masing dari Selangor, Johor, Kedah dan Pahang.


Menurut Ketua Kelab Putera 1 Malaysia Datuk Azeez Abdul Rahim, ibu-bapa pelajar, jangan bimbang, semua pelajar akan dibawa pulang.
“Arahan Perdana Menteri pada saya jelas, jangan tinggal seorang pun, kita akan bawa pulang berperingkat-peringkat secepat mungkin,” katanya.
Beliau juga minta keluarga pelajar mendapat maklumat dari sumber rasmi kerana berita khabar angin hanya akan menyusahkan mereka sendiri.
Menjelas lanjut kata Azeez, antara khabar angin yang diberitahu pelajar kepada beliau adalah selepas pelajar dibawa ke Jeddah mereka perlu bayar tambang sendiri jika mahu pulang ke Malaysia.


“Kerajaan akan tanggung semua kos, bahkan duit cukai lapangan terbangpun kita tidak minta pelajar bayar, jangan percaya khabar angin dan takut hendak dipindahkan semata-mata percaya kepada berita bohong itu,” kata beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...