Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts



BN sedia berhadapan dengan pakatan rakyat  yang dijangka akan menggerakkan jenteranya habis-habisan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Selepas beberapa siri kekalahan PAS menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil sebelum ini, parti yang terkenal dengan sikap ekstrimnya itu pastinya akan bertindak 'luar biasa' untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini.

"Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan berbuat apa saja dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang bersetuju agar PAS akan mewakili pakatan pembangkang itu di Merlimau.

Keputusan itu sekaligus menenggelamkan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menawarkan diri bertanding di kawasan berkenaan yang kononnya mampu menurunkan 'Budak ketot' sebagai calon

Umno optimis untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau yang menjadi kubu kuat parti itu.

Bagaimanapun Umno tidak boleh memandang rendah kekuatan jentera parti pembangkang terutamanya dalam setiap pilihan raya kecil kerana yang menggerakkan strategi  mereka adalah DAP.

Kita yakin rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memperjuangkan nasib mereka... sebab itu saya katakan peluang kita amat baik namun kita tidak akan berasa terlalu yakin, kita perlu kerja keras.


Merujuk kepada entry MP semalam, rujuk SINI, ternyatalah LGE musibat seorang pembohong besar. Ternyatalah YB Farid sedikitpun tak gentar dengan ugutan dari LGE musibat kepadanya yang menyuruh memohon maaf dala
 tunjuk eksyen saja. Lawan tetap lawan YB Farid! Jangan bagi muka ini apek pijak kita punya kepala.


m tempoh 7 hari dan akan diambil tindakan sekiranya YB Farid tak melakukannya.

Syabas MP ucapkan kepada YB farid kerana berani menunjukkan penipuan LGE secara berfakta. LGE musbat cina melaka mari mana tau apa, mai jadi CM di Penang tau nak
LGE Musibat! MP semalam bagi 7 hari jugak pada lu buktikan yang sumber risalah My Balik Pulau ni dibiayai oleh UMNO! Kenapa sekarang masih membisu? Buktikanlah cepat! Dari sini kita dapat lihat LGE mempunyai niat jahat memesongkan fakta sebenar terhadap generasi baru. Apatah lagi penyelidik risalah ni dikatakan ada 'masalah' seperti yang dibongkar oleh blog MIM dan Empayar Pemuda..

ADUN Betong Muhammad Farid Saad tetap enggan memohon atau menarik balik kenyataannya berhubung risalah yang diedarkan sekitar Balik Pulau kerana menjadi tanggungjawabnya menunjukkan kesalahan secara berfakta.

Muhammad Farid (kanan) berkata beliau tidak berniat menimbulkan ketegangan kaum menimbulkan kebencian antara pelbagai komuniti di Balik Pulau dengan menuding jari kepada risalah itu, seperti didakwa ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pemimpin Umno itu berkata beliau sendiri membesar dan bersekolah antara kawan-kawan berbilang bangsa - Cina dan India - di kawasannya.

"Saya faham perasaan dan hati budi pelbagai kaum; saya membesar di Balik Pulau, di mana kawasan majoriti Cina, saya lebih tahu tempat ini daripada Lim yang berasal daripada Melaka, kata Muhammad Farid.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan semua anggota masyarakat hidup dengan aman, saya tidak akan timbulkan isu perkauman atau timbulkan kebencian di sini... Jika diizinkan Allah, saya harap dapat bersara di tempat ini," tambahnya.

Semalam Lim menuntut Muhammad Farid memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab ke atas satu risalah My Balik Pulau yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim juga meminta Muhammad Farid meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri atas "fitnah jahat" itu atau menghadapi tindakan tegas kerana risalah itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan.

Muhammad Farid hari ini bagaimanapun tetap bertegas, My Balik Pulau, yang didakwanya mengandungi fakta yang salah tentang sejarah tempat itu didanai oleh kerajaan negeri, bukan kerajaan pusat.

Dakwanya, risalah 12 halaman itu dicetak pada tahun lalu dan diedarkan di sekolah-sekolah di Balik Pulau pada Januari tahun ini.- mkini

c

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kepimpinan baru UMNO Kedah yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu merampas kembali negeri ini, jika tiada amalan cantas mencantas dalam parti itu.

Beliau berkata, hanya satu masalah yang akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal dalam pilihan raya iaitu sabotaj dalaman di kalangan ahli serta pimpinan parti itu sendiri seperti sebelum ini.

“Saya yakin (BN) boleh rampas kembali Kedah...boleh memang boleh, tapi jika tidak ada cantas mencantas, kalau tidak sampai bila-bila pun kita tidak akan menang.

“Yang ini jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas...bila tak naik ni naik pula yang lain cantas dia, jadi tabiat buruk ini patut dihapuskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jubli Perak GIATMARA di GIATMARA Prima Kubang Pasu, semalam.

Beliau mengulas peluang BN untuk merampas kembali Kedah selepas pelantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang baru iaitu Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta Timbalannya, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, Dr Mahathir menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau terbabit dalam mempengaruhi keputusan pucuk pimpinan UMNO dalam melantik anaknya sendiri, sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Kedah atas tujuan untuk mempersiapkan tokoh muda itu sebagai Menteri Besar pada masa depan.

Katanya, daripada dulu beliau tidak campur tangan kerjaya politik anaknya dan setiap keputusan yang dibuat adalah daripada Perdana Menteri sekarang serta pemimpin UMNO ketika ini.
“Saya tidak pernah campur tangan dengan nasib baik atau buruk anak saya dalam perjalanan politik mereka, tidak sama sekali,” katanya.

"Waktu jadi Perdana Menteri dulu pun saya larang anak saya terbabit politik kerana tidak mahu orang kata kerana dia anak Perdana Menteri. Sekarang bapa dia dah tak jadi Perdana Menteri pun, tapi masih tidak pernah campur tangan.

"Kalau boleh saya nak bagi anak saya jadi Perdana Menteri terus, tapi tidak akan berlaku dan tidak boleh macam itu," katanya.

TERBARU Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak ada hasilnya jika beliau terima pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai program 100 hari Pakatan Rakyatperintah Putrajaya.

"Kalau hendak debat kita mesti ada sesuatu hasil dari debat itu, saya tidak nampak ada hasil.Yang penting ialah penilaian daripada rakyat,"katanya menjawab soalan Agendadaily ketika diserbu wartawan selepas meraikan skuad Harimau Malaya di kediamannya Seri Perdana Putrajaya tengahari Rabu.

Najib bagaimanapun berkata beliau tidak halang orang lain termasuk Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengan Anwar.

"Ia (debat) terpulang kepada diri masing-masing. Saya tidak akan halang,"katanya lagi.

Sementara itu LUKMAN ABDULLAH melaporkan ketika menjawab soalan berkenaan dalam sidang akhbar selepas majlis pengumuman program BN Youth Job Fair 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi Rabu Khairy mengulangi cabarannya untuk berdebat dengan Anwar.

“Ini bukan soal kerajaan...lidah rasmi kerajaan lawan pembangkang...ini adalah antara dua ahli Parlimen, kita bincangkan soal ekonomi dan masa depan ekonomi negara, saya jemput (Datuk Seri) Anwar kalau nak betul-betul serius tentang masa depan ekonomi dan beliau boleh pertahankan janji-janji mereka tanpa membangkrapkan negara Malaysia...maka saya jemput untuk berbahas dan berdebat”, katanya.

Mengulas lanjut mengeni cabaran Anwar ajak Perdana Menteri berdebat, Khairy berkata, “saya kata tak perlu PM debat sebab PM sedang buat kerja…, kita pun buat kerja dengan umumkan 20,000 peluang kerja yang bakal kita tawarkan melalui pesta kerjaya ini nanti”.

“Daripada PM membazir waktu berdebat dengan Anwar, saya tawarkan diri untuk berdebat dengan Anwar mengenai ekonomi.Dia nak cakap soal perancangan ekonomi 100 hari pertama pakatan rakyat dan dasar ekonomi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan BN, saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan selaku Pengerusi Pemuda BN sambut walaupun beliau tidak 'offer' saya tapi saya tawarkan diri, sekarang terpulang pada Anwar samada terima atau tidak”.

Khairy juga mengulas persoalan siapa beliau untuk berdebat dengan Anwar yang ditimbulkan dalam twitter.

Katanya, “saya ahli parlimen dan Anwar pun ahli parlimen, saya menang jawatan dalam UMNO tapi Anwar tidak menang dalam partinya dan dalam parlimen pun saya selalu berbahas dengan beliau, apa salahnya kita 'open debate' pasal ekonomi.”

Sementara itu menjawab satu soalan lain Khairy menggesa Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan PEMANDU bertindak segera memberi penjelasan terperinci dakyah pembangkang yang tidak realistik seperti Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ini untuk elakan rakyat jadi keliru dengan dakyah seumpama itu.


Tun Dr Mahathir Mohamad boleh jadi orang terbaik untuk cerita mengenai kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1990 hingga 1998 semasa dalam kerajaan dahulu.

Sekalipun beliau bukan saja tidak menyerlah langsung sewaktu pegang jawatan itu malah bikin lagi cacamarba semasa kemuncak krisis ekonomi serantau pada hujung kariernya dalam UMNO, Ketua Umum PKR itu tetap nak tunjuk terror.

Selasa beliau cabar Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak berdebat siapa yang hebat kendali ekonomi negara. Anwar memang hebat bercakap dan goreng atas pentas .

Pokok pangkalnya ‘hebat bercakap’ tidak semestinya ‘ hebat berkerja’.

Sebab itu tidak ramai ingat apa peninggalan Anwar yang besar dan menyentuh kalbu sewaktu jadi Menteri Belia dan Sukan,Menteri Pertanian,Menteri Pelajaran,Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu.

Senang cakap habuk pun tarak kecuali statusnya sebagai orang yang ‘ hebat bercakap dan bercakap’ sejak zaman memimpin ABIM sampai sekarang.

Kalau tak percaya tanya sendiri kepada orang-orang kanan dalam PKR sekarang apa special nya Anwar buat masa begitu lama dalam kerajaan dulu...tentu ada yang geleng kepala macam orang blurrrkerana memang tak nampak apa benda pun.

Kata orang kalau nak ukur dari cakapnya yang sentiasa gah sepanjang masa itu...sampai hari kita boleh lihat dan merasai dasar,projek segala macam yang dicetuskan untuk rakyat menerusi kementerian-kementerian yang pernah didudukinya.

Juga cuba tanya petani ada apa-apa yang gempar dan kreatif dibuatnya pada mereka waktu di Kementerian Pertanian.

Hebatnya Anwar sekalipun habuk pun tarak beliau boleh goreng bab pertanian ataupun ekonomi macam seorang pakar sampai orang ternganga mulut mendengarnya.

Cabaran pada Najib mengundang pelbagai reaksi.Yang pasti ramai kalangan pimpinan UMNO minta Perdana Menteri jangan layan.

Kalau mengikut Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Syed Ali Alhabshee sebelum ajak Perdana Menteri berdebat elok Anwar terlebih dahulu bersumpah tidak liwat Saiful Bukhari Azlan.

Senator Ezam Mohd Nor pula berpandangan UMNO tidak perlu melayan perlawaan debat Anwar.

“Negara janganlah sekali lagi dimangsakan dengan gelagat pembohong dan pengkhianat negara yang hanya mahu tutup kesalahan jenayah nafsu peribadi dan kerakusan untuk berkuasa,” kata beliau dalam satu kenyataan bertulis kepada Agendadaily.

Menurutnya, pembohongan 16 September adalah perbuatan khianat terbesar terhadap ekonomi negara hanya kerana ego dan nafsu untuk jadi pemimpin nombor satu negara.

“(Anwar) tipu kononnya kerajaan yang dipilih rakyat secara sah akan tumbang dan ekonomi negara berada dalam keadaan tidak menentu ekoran pelabur mengambil langkah berhati-hati kerana penipuan 16 September itu,”

“Anwar juga jelas berbohong apabila berjanji mahu bawa pelabur arab ke negeri yang ditadbir PR yang kononnya dengan pelaburan ‘berbilion ringgit’ namun perkara itu gagal dilakukan walaupun selepas dilantik jadi penasihat ekonomi Selangor,”kata bekas orang kanan Anwar itu.

Jelas Ezam lagi, penipuan terbuka Anwar bahawa kerajaan membayar firma APCO untuk cipta 1Malaysia di Dewan Rakyat tahun lalu juga usaha untuk sabotaj ekonomi negara.

“Saya berpandangan PM dan negara jangan layan seorang penipu dan pengkhianat yang ada masalah besar dengan nafsu peribadinya,” kata Ezam.

Anwar pernah berentap dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam perdebatan mengenai harga minyak anjuran Agendadaily di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 Julai 2008 yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen.

Kini tidak lama selepas Anwar membuat cabaran itu dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi Selasa,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tampil menawar diri untuk berdepan dengan Anwar dalam perdebatan terbuka..

Katanya kepada Agendadaily tengahari Selasa, Perdana Menteri berusaha menjana ekonomi negara sebaliknya Ketua Umum PKR itu kaki ‘putar alam’.

Khairy dalam mesej di laman sosial twitter beliau kemudiannya menghantar cabaran kepada Anwar mengajak ketua pembangkang itu berdebat secara rasmi.

“Awak dan saya, Dato’ Seri, berhubung ekonomi, mari berdebat,”tulis beliau.

Menurut beliau, kalau Anwar betul hendak berdebat mengenai polisi ekonomi, cukup dengan Ketua Pemuda UMNO sahaja tak perlu sampai ke ‘level’ Perdana Menteri.

Lanjutan dari itu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Datuk Seri Rezal Merican membuat kenyataan mencabar Anwar supaya menerima cabaran Khairy untuk berdebat dengannya.

1. Perhubungan UMNO Negeri selangor hari ini melantik Dato' Satim Diman bagi menggantikan Dato' Seri Dr. Khir Toyo sebagai Ketua Pembangkang bagi menghadapi Pakatan Rakyat di dalam Dewan Negeri. Perlantikan ini dibuat setelah Khir Toyo baru-baru ini mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang bagi memberi tumpuan terhadap kes hartanah yang sedang dihadapinya.


2. Dato' Satim merupakan setiausaha Perhubungan Negeri sebelum ini dan kini digantikan oleh ahli Parlimen Sepang yang juga merupakan bekas Menteri KerjaRaya. Selain dari perubahan ini, tidak ada lagi rombakan yang berlaku membabitkan semua jawatankuasa Perhubungan Umno Selangor.

3. SMB memuji sikap dan tindakan yang diambil oleh Khir Toyo yang mahu memberi tumpuan khusus terhadap kesnya dan berundur buat sementara waktu dari beberapa jawatan dalam politik. Ini menunjukkan komitmen beliau yang tidak mahu mencampur adukkan politik dan hal peribadinya. Ia juga menggambarkan rasa tanggungjawab Khir Toyo yang tidak mahu kedudukan UMNO di Selangor tercalar gara-gara kes yang dihadapinya. Apapun SMB mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato' Satim dan berharap agar pembangkang Selangor akan menjadi satu barisan yang berkualiti demi memajukan rakyat dan negeri Selangor.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Datuk Satim Diman dinamakan sebagai ketua pembangkang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Badan Perhubungan UMNO Selangor membuat perubahan di dalam barisan ahli jawatankuasa pengurusannya dengan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed dilantik sebagai Setiausaha.

Umno Selangor memilih Satim, yang sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri, pada mesyuaratnya malam tadi.

Tempat Satim digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.
Rombakan kecil ini dibuat ekoran keputusan Khir melepaskan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Perubahan itu tidak melibatkan lain-lain jawatan dan ia berkuat kuasa serta merta." - Politik Harian.


Datuk Mohd Khusrin Munawi selesai angkat sumpah taat setia di depan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Cuma tinggal majlis ikrar simpan rahsia depan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim saja bagi melengkap proses jawatan dan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru yang sudah jadi kontorversi sejak 27 Disember lalu.

Kerajaan Pakatan Rakyat melalui mesyuarat Exco pada Rabu memutuskan, majlis itu tidak akan diadakan kecuali selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang dirancang akhir bulan ini.

Persoalan yang ramai inginkan jawapan adakah sidang yang kononnya atas nama mengembalikan kuasa Sultan Selangor itu mendapat perkenan baginda dan bolehkah dipinda tanpa majoriti dua pertiga?

Kerajaan PR Selangor sudah merancang pembentangan pindaan itu melalui Penasihat Undang-undang Negeri Datin Paduka Zauyah Be T.Loth Khan, peguam Datuk Param Cumaraswamy dan pensyarah undang-undang Prof Datuk Abdul Aziz Bari.

Cadangan pindaan juga akan dipersembah kepada Sultan Selangor kemudiannya.

Soal perkenan tuanku Sultan, itu hak baginda dan tidak perlu diulas.

Mengenai majoriti dua pertiga ini, ramai yang tunggu dan lihat.

Malah, ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, Khalid sendiri berkata: "Kita tunggu dan lihat."

DUN Selangor ada 56 kerusi dengan 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Ini bermakna kerajaan PR Selangor ada 35 kerusi, kurang dua bagi kuasa majoriti dua pertiga.

Itu belum ambil kira Speaker Dewan, Datuk Teng Chang Khim, yang tidak boleh mengundi.

Bagaimanapun, ada satu perkara lain yang boleh “kita tunggu dan lihat” akan berlaku pada persidangan DUN kelak.

Apa kata tiba-tiba ada usul undi tidak percaya kepada Khalid – sebagai Menteri Besar?

Ini boleh berlaku jika wakil rakyat BN tahu menggunakan ruang dan peraturan DUN.

Silap haribulan boleh jadi kes senjata makan tuan.

Dengan mengemukakan usul tergempar, Speaker boleh menolak dan sebaliknya.

Namun ambil kira pandangan bahawa Chang Khim disenangi Sultan Selangor hingga memperkenan anugerah gelaran Datuk, wakil rakyat DAP itu boleh buat keputusan mengejut untuk menerima usul itu.

Mungkin ramai sudah tahu, Chang Khim bukan disenangi pemimpin DAP Selangor yang lain termasuk Pengerusi barunya, Teressa Kok dan juga Exco Ronnie Liu.

Selama ini, beliau juga dilihat bukan mesra dengan Dinasti Lim (Kit Sing dan Guan Eng) malah dalam pemilihan pimpinan baru DAP bulan lalu, Chang Khim hanya dalam senarai jawatankuasa.

Cuma bagi menjayakan undi tidak percaya ini memerlukan sokongan wakil rakyat PAS.

Jika kesemua lapan wakil rakyat PAS menyokong usul ini, begitu juga Adun Bebas Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah dicampur 20 undi wakil rakyat BN – Khalid boleh ‘bungkus’.

Apakah mungkin PAS akan berpaling tadah menyokong usul ini?

Jika ini berlaku, PAS yang untung kerana salah seorang daripada mereka terutama Datuk Dr Hasan Ali boleh dicadang dan disokong sebagai Menteri Besar baru.

Baru-baru ini pun, Dr Hasan sudah membawa barisan pimpinan PAS Selangor mengadap Sultan Sharafuddin – bermakna parti itu tiada masalah dengan istana.

Wakil rakyat BN boleh memberi laluan kepada Dr Hasan bagi menubuhkan kerajaan perpaduan kerana dengan sokongan PAS dan Bebas, bermakna 29 undi menyokong usul undi tidak percaya kepada Khalid.

PAS Selangor pun rasanya sudah lama ‘panas’ dalam PR ekoran macam-macam isu membabitkan PKR dan DAP tetapi PAS turut terpalit lumpur.

Dr Hasan pasti pilihan tepat menggantikan Khalid kerana mustahil Menteri Besar baru dari kalangan pemimpin PKR yang sudah melakukan macam-macam onar dan dianggap sesetengah pihak ‘derhaka’ kepada Sultan.

Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali boleh ‘gigit jari’.

Mustahil juga dilantik daripada DAP kerana syarat Menteri Besar mestilah Melayu dan beragama Islam.

Andai ini boleh terjadi, Chang Khim juga boleh jadi wakil rakyat Bebas dan kekal sebagai Speaker.

Tidak guna beliau terus kekal dalam DAP yang tidak menjanjikan apa-apa kedudukan lebih tinggi dalam parti malah mungkin tidak tersenarai sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Apakah ini boleh terjadi? Beranikah Khalid teruskan niat adakan sidang tergempar jika usul tidak percaya terhadapnya akan dibentangkan?

Mungkin ada anggap ini mustahil tapi kata orang, dalam politik tiada yang mustahil.- Apapun, “ Kita tunggu dan lihat.”


Isu Felda Harus Dijelaskan Segera - Isa Samad
PORT DICKSON: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang baru dilantik meneraju Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkata isu berkaitan organisasi itu harus diperjelaskan pada kadar segera.

Langkah itu katanya amat penting bagi mengelak golongan peneroka terus menjadi mangsa kepentingan politik pembangkang.

"Ini kerana mengikut fikiran pembangkang melalui pencetusan keraguan pada kalangan peneroka ini, sedikit demi sedikit akan menghakis kepercayaan peneroka dengan kerajaan," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Karnival Juara Rakyat Ladang Parlimen Teluk Kemang bagaimanapun yakin peneroka Felda tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang hanya membangkitkan isu itu sejak kebelakangan ini.

"Felda tidak ada banyak masalah. Kalau benar fitnah pembangkang itu (tanah rancangan) Felda sudah lama kosong," katanya.

Mohd Isa berkata beliau juga sudah masak dengan taktik pembangkang dan akan menggunakan pengalaman politiknya untuk menangkis tohmahan mereka terhadap organisasi tersebut.

"Dalam pilihan raya umum yang lalu majoriti peneroka Felda menyokong kerajaan ... segelintir saja tidak menyokong," katanya.

Malah katanya, masyarakat di tanah rancangan Felda tidak mempunyai asas untuk menolak kerajaan sedia ada memandangkan ramai yang telah dapat membaiki taraf hidup menerusi program itu.

Hakikatnya kata Mohd Isa, pembangkang tidak menghargai tanah rancangan Felda pada awal penubuhannya namun kini mempolitikkan beberapa isu berkaitan organisasi itu bagi mendapatkan undi. -BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...