Guan Eng marah betul hari ini pasal portfolio baru Hal Ehwal Bukan Islam  yang ditubuhkan oleh kerajaannya di mana beliau sendiri menjadi Pengerusi .  Bila   Muhkriz Tun Mahathir mempertikaikan penubuhan portfolio baru itu sebagai taktik parti itu untuk menarik undi rakyat , khalifah kesayangan puak2 parti cap bulan ini melenting dan menyuruh Muhkriz tanya mengapa di Perak ada portfolio itu juga.

Di Perak , ia berbeza sekali dengan P.Pinang di mana  Dr Mah Hang Soon  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam. Tidak sama seperti di PP di mana Portfolio yang ditubuhkan Guan Eng khas untuk Hal Ehwal Bukan Islam sahaja .

Hari ini juga,  orang yang  arif tentang pentadbiran PP &  ditanya pasal Guan Eng tubuhkan portfolio ini telah pun bersuara.  Tan Sri Dr Koh Tsu Koon  mendakawa  pewujudan portfolio baru oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam  hanya untuk mencari publisiti.

Koh, Presiden Gerakan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ketika beliau memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu “kita sebenarnya telah mengendalikan isu-isu bukan Muslim tanpa mewujudkan porfolio berkenaan.

“Beliau (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) sebenarnya membuat ini sebagai mencari publisiti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini.

Beliau berkata malah ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, kerajaan negeri berjaya menangani isu-isu berkaitan agama bukan Islam dan “sering menghubungi dan membantu badan-badan agama lain dalam apa sahaja bantuan yang mereka perlukan.”

“Bukan kita kata tidak perlu, cuma dia nak buat publisiti dan apa yang saya hendak katakan tanpa portfolio pun kami telah berjaya menjalankan tugas tersebut,” katanya mengulas penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam yang membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu oleh Lim pada Rabu lepas.

Koh berkata, walaupun pewujudan portfolio itu terletak di bawah budi bicara kerajaan Pulau Pinang, penubuhannya masih dilihat sebagai sekadar mencari publisiti kerana ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, kecuali Lim gagal menanganinya.

“Apabila kita menjalankan tugas (mengenai hal ehwal agama) di bawah tugasan sebagai seorang Ketua Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah kita masih perlu membuat publisiti seumpama ini,” katanya. — Bernama

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...