Presiden Kita (Kesejahteraan Insan Tanah Air) Datuk Zaid Ibrahim, pada Rabu mengesahkan bahawa parti itu telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Saya diberitahu oleh pegawai saya bahawa mereka telah terima surat kelulusan semalam," katanya kepada mStar Online.

Zaid berkata bagaimanapun beliau belum berkesempatan melihat sendiri surat tersebut.

Kini Melayu telah berpecah kepada 4 kumpulan beerti majoriti Melyu semakin berkurangan jika parti KIT dipilih dalam beberapa kawasan Parlimen dan DUN

Parti KITA yang sebelum ini didaftar sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim).

Menurut Zaid, kelulusan yang diperolehi itu akan membolehkan parti berkenaan bergerak seratus peratus sebagai sebuah entiti yang baru dan sah serta boleh merancang strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Saya rasa lega...Selepas ini Kita akan tumpu ke kawasan-kawasan yang ingin kita tandingi.

"Parti Kita akan buat persiapan dari segi pemilihan calon-calon, dasar-dasar dan isu-isu yang nak diketengahkan kepada rakyat," katanya.

Menurut beliau, Kita akan bertindak sebagai parti yang melihat isu untuk kepentingan rakyat.

"Kalau Barisan Nasional (BN) betul pun kita sokong, kalau tak betul kita akan kritik. Tengoklah yang mana bagus untuk rakyat," ujarnya.

Jelas Zaid lagi, sebagai parti baru yang ingin bertanding dalam pilihan raya, Kita akan lebih menumpukan perhatian kepada soal pemilihan calon yang tepat untuk bertanding berbanding ahli yang ramai.

Bagaimanapun beliau yakin parti itu tidak menghadapi masalah mendapatkan sokongan daripada rakyat.

Zaid berkata, kelulusan itu juga membolehkan Kita mengadakan 'roadshow’ sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.

"Tapi 'roadshow' kita kecil-kecilan sajalah. Taklah macam parti lain," katanya merendah diri.

Mengulas tentang kawasan tumpuan pada PRU akan datang, Zaid tidak menafikan yang partinya akan memberi fokus kepada beberapa negeri termasuklah Selangor.

"Kita mungkin akan banyak bertanding untuk kerusi di Selangor. Kemudian di Perak sikit dan Kedah sikit," katanya.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan itu sebelum ini pernah memberi kenyataan bahawa beliau sendiri akan bertanding di kawasan parlimen dalam Petaling Jaya pada PRU akan datang.

"Saya kata boleh jadi saya bertanding di PJ. Saya cari tempat yang saya sudah biasalah," katanya.

Pada 15 Disember lalu, Zaid dipilih sebagai presiden Akim dalam mesyuarat agung parti itu sebelum dinamakan semula sebagai Kita - sebuah parti politik pelbagai kaum.

Orang Melayu perlu bersatu demi mempertahankan tanahair tetapi dalam keadaan sekarang nampaknya semakin berpecah dengan tertubuhnya parti KITA.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...