Akhbar China Press bertarikh 14 Januari pada halaman C15 berkongsi pandangan mengenai budaya berpuak-puak yang wujud di kalangan kepimpinan DAP dan menyifatkan parti itu kini berada di persimpangan jalan yang kritikal jika perkara itu tidak diatasi. 

Penulis yang menggunakan nama samaran Au Shi dalam artikel bertajuk ‘Isu berpuak-puak: DAP perlu susun semula parti’ berpendapat perpecahan dalam parti itu akan menyebabkan pakatan pembangkang tidak dapat mengalahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Situasi itu juga akan menyebabkan negeri-negeri yang dikuasai pakatan berkenaan akan terlepas ke tangan BN.
 

‘‘Sebelum ini, banyak pihak menganggap tuduhan berlaku perebutan kuasa dalam DAP sebagai melucukan kerana tidak ramai pemimpin parti yang sanggup keluarkan wang dan tenaga untuk berbuat demikian.



Calon tertinggi DAP Pulau Pinang dari kaum India tetapi pengerusi diserahkan kepada kaum Cina!

‘‘Tetapi sekarang berikutan mereka sudah ada sedikit kuasa, budaya berpuak-puak dan merebut kuasa sudah mula berlaku dalam parti ini. Ini adalah malang bagi DAP.


‘‘Jika penyatuan di kalangan pemimpin DAP gagal, parti ini akan mengharungi zaman susah, kerana ia hanya mengharapkan orang bawahan untuk meluaskan pengaruh parti,” katanya. 

Menurut beliau, perbalahan di kalangan pemimpin DAP adalah sama seperti yang sering dialami PKR dan jika itu berterusan, impian pakatan pembangkang untuk ke Putrajaya mungkin akan tercalar dengan bintik-bintik hitam berkenaan.
 

Kata penulis, perpecahan dalam DAP itu masih berlaku walaupun Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng telah memberikan peringatan kepada semua pemimpin parti itu supaya menghentikan sengketa dan bersatu-padu.
 

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mahukan segala kekuatan ditumpukan bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.
 ‘‘Semua orang menganggap pilihan raya umum sudah semakin hampir.



Ramai berpendapat ia akan diadakan pada Mac ini dan BN akan tentukan tarikh yang paling baik untuk mereka.

‘‘Walaupun kuasa menentukan tarikh terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi parti pembangkang sudah terhidu kuat bau berkenaan,” katanya - Utusan Malaysia

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...