Semalam penulis bersama beberapa rakan bloggers yang lain telah mengunjungi Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, premis makanan kontroversi yang telah mendapat 'kunjung kurang ajar' daripada Ng Wei Aik DAP, ADUN Komtar baru-baru ini.


Tujuan penulis dan rakan-rakan ialah untuk mengetahui lebih lanjut insiden yang menyebabkan Ng Wei Aik bertindak kasar dan menyemburkan kata-kata kesat yang berbau rasis melampau. Tetapi Syed Kassali Mohamed Aliyar, pengusaha restoran tersebut tidak berada di sana ketika itu.


Jika kita mengikuti laporan berita, Ng Wei Aik dikatakan berlagak 'gangster' dan menggunakan kata-kata kesat yang berbau penghinaan melampau kepada pengusaha restoran tersebut. Ng Wei Aik telah meminta beliau supaya tutup kedai dan balik India, satu remark yang sangat rasis!

Syed Kassali juga mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti dan rakaman tindakan kasar Ng Wei Aik telah dirakam melalui kamera litar tutup (CCTV). Dan memang benar bahawa restoran tersebut mempunyai 3 alat CCTV seperti di bawah :-



Penulis dan rakan-rakan akan pergi balik ke restoran tersebut untuk berjumpa Syed Kassali. Dan diharapkan kami akan dapat melihat rakaman ketika berlakunya insiden tersebut dan berkongsi dengan anda sekalian.

Ironinya, tidak berapa jauh daripada Restoran Nasi Kandar Muhamad Aliyar, terdapat premis makanan milik orang Cina berdekatan dengan Bakau Street yang bukan sahaja meletakkan meja dan kerusi di tepi jalan tetapi turut menutup jalan tersebut !!


Rujuk foto di bawah :-


Jalan masuk ke premis makanan yang dipenuhi dengan meja dan kerusi sehingga menghalang jalan!

Persoalannya, kenapakah Ng Wei Aik DAP tidak menegur atau mengambil tindakan terhadap premis makanan di Bakau Street tersebut walau pun meja dan kerusi mereka jelas menghalang jalanraya?

Dimanakah sikap toleransi dan kesamarataan yang dicanang-canangkan oleh Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain? Apakah mereka mahu berbohong sekali lagi?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...