Penulis tersenyum sinis apabila membaca laporan berita yang memetik kenyataan pemimpin DAP yang lazer mulutnya dan cepat menuduh pihak lain tetapi akhirnya, beliau sendiri nampak bodoh dan memalukan diri sendiri.

Rujuk laporan HaprakDaily :-

9/1/2011 - DAP kesal dengan sikap kebanyakan media berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia yang hanya pandai membuat fitnah terhadap Pakatan Rakyat tetapi takut untuk mendedahkan kebenaran, khususnya apabila ia melibatkan kepentingan orang Melayu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, sebagai bukti terbaru, apabila Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang meminta maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Malaysia diam membisu.

Ini, katanya menunjukkan Utusan yang hanya pandai membuat fitnah dan pembohongan terhadap Lim Guan Eng, DAP serta Pakatan Rakyat tidak berani untuk menyiarkan berita yang benar.
Kelakar pula bila membaca laporan berita di atas. Pemimpin Cina DAP itu yang juga merupakan Setiausaha Biro Antarabangsa DAP Kebangsaan ternyata sudah tersilap dan membuat fitnah pula terhadap Utusan Malaysia.

Kenyataannya, Utusan Malaysia ada menyiarkan laporan berita mengenai kes 'minta maaf' Pengerusi Kontraktor Melayu negeri!

Dan apakah wartawan Utusan Malaysia dijemput oleh Lim Guan Eng ke persidangan berita (PC) beliau selepas berjumpa dengan Persatuan NGO Melayu tersebut? Yang kita tahu, Lim Guan Eng telah melarang wartawan Utusan daripada mengikuti sebarang PC beliau!

Sungguh pelik apabila wartawan tidak dijemput ke PC tetapi dikutuk pula apabila tidak melaporkan berita tersebut! Bodoh betul si DAP ni!

Itulah...terlajak perahu boleh di undur, terlajak mulut buruk padahnya!

Sekarang, apakah ADUN Bukit Bendera mahu meminta maaf pula di atas pembohongan beliau tersebut? Apakah beliau berani atau sekadar salah seorang pemimpin Cina DAP yang bacul mulutnya?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...