alt


Malaysiakini dengan tanpa rasa bersalah, cuba bertindak angkuh dan bongkak dengan memuatkan satu artikel menghentam pihak-pihak yang mempersoalkan kewajaran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berpakaian ketat ketika menyertai senamrobik di perkarangan sebuah masjid baru-baru.

Dalam artikel itu, seorang aktivis Empower, Maria Chin Abdullah menyifatkan kecaman terhadap Nie Ching lebih kepada ‘diskriminasi gender terhadap wakil rakyat wanita’.

Begitu juga bila mereka menemubual Presiden Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Meera Samanther

Meera dalam artikel tersebut melemparkan persoalan – “ Adakah isu ini timbul kerana beliau (Nie Ching) seorang wanita, lantang dan ada kuasa?

Amboi bukan main lagi Maria, Meera dan Malaysiakini mempolemikkan isu Nie Cheng ini.

Setahu saya ini bukan isu gender atau politik, ini adalah isu agama Islam yang kita cintai ini.

Persoalannya, mengapa Malaysiakini, Maria dan Meera bersungguh-sungguh hendak ‘mewajarkan’ pemakaian seksi si Nie Ching ini?

Adakah mereka hendak beritahu yang mereka lebih faham mengenai Islam daripada kita?

Adakah mereka hendak beritahu yang agama kita ni ‘cukup lekeh’ hingga berpakaian ketat seperti itu pun boleh menjadi isu?

Maaf, isu ini bukan sukar untuk difahami jadi jangan cuba untuk menjadi jaguh tak tentu pasal.

Dalam Islam, etika berpakaian sangat dititikberatkan

Ulama termasyhur, Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi, berkata, Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat, nipis atau boleh menggambarkan bentuk badan selain menampakkan apa di sebalik pakaian itu.

Menurutnya, Islam juga mengharamkan pakaian yang menelanjangkan setengah badan, khususnya tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki asing.

Beliau memetik hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya (iaitu penguasa yang kejam) dan wanita-wanita berpakaian separuh bogel, yang menarik orang melakukan maksiat, di samping dia sendiri melakukan maksiat pula, kepalanya meninggi lonjong seperti bonjol unta, mereka ini tidak dapat memasuki syurga, tidak dapat mencium syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jauh perjalanan sekian dan sekian…” (Riwayat Muslim).

Al-Qardawi dalam bukunya, Halal dan Haram Dalam Islam menghuraikan hadis berkenaan: “Dikatakan kepadanya berpakaian bogel kerana pakaian yang dipakainya tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis dan jarang, sehingga pakaian itu menampakkan bentuk tubuh di sebalik pakaian itu, sebagaimana kebanyakan pakaian wanita pada zaman ini

Dalam hubungan ini al-Quran ada menerangkannya, seperti pada surah an-Nur, ayat 31, antara lain bermaksud: “Dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

Itu etika berpakaian khususnya bagi wanita dalam Islam.

Berbalik pada Nie Ching, benar dia bukan Islam jadi terpulanglah dia nak pakai apapun.

Tetapi sebagai seorang yang berpelajaran, waras dan mampu berfikir, dia sepatutnya sedar yang pakaian ketat yang dipakainya itu sudah tentu tidak sesuai jika berada di rumah ibadat orang Islam.

Takkan dia tak pernah tengok bagaimana pelancong bukan Islam melawat masjid kita?

Ratu Elizabeth yang terkenal itu pun mengenakan jubah ketika melawat masjid di Shah Alam suatu ketika dulu.

Jadi adakah dia nak bagitahu kita semua yang dia lebih hebat dari Ratu Elizabeth sehingga tak perlu mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan?

Okey, dari satu sudut saya boleh terima sekiranya Nie Ching memberi alasan yang dia tidak tahu wujudnya peraturan sedemikian, tetapi mengapa dia boleh memberi pelbagai alasan bila kita menegurnya mengenai perkara itu?

Begitu juga Malaysiakini, Maria dan Meera.

Kenapa nak mengecam pihak yang menegur Nie Ching?

Ini agama kami, bab agama jangan dibuat main-main. Kami sendiri tak pernah berkata apa-apa mengenai agama lain, kenapa mereka pula nak mempertikaikan peraturan dalam agama kita?

Saya ingin tegaskan, ini bukan agenda Utusan Malaysia, ini bukan agenda UMNO, ini adalah agenda Islam!

Islam telah mengajar kami mengenai apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Jadi Malaysiakini, Maria dan Meera tak ada hak untuk mempertikaikan apa yang kami sembah dan apa yang kami percaya!

Sebelum saya mengakhiri artikel ini, ‘sekalung tahniah’ juga kepada wartawan Malaysiakini yang bernama Aidila Razak kerana berjaya menulis berita yang sangat menjengkelkan itu.

Kepada Maria dan Meera, anda berdua bebas menafsir mengikut apa yang anda berdua rasa…tetapi kami tidak risau kerana kami bercakap mengikut Al-Quran yang kami junjung dan hadis yang kami percaya.

Ada masalah

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...