c

Sepuluh tahun dahulu, ketika parti PAS akhirnya berjaya meningkatkan kekuatan mereka di dalam politik melalui faktor Anwar Ibrahim, antara modal yang paling kuat dimainkan untuk menghentam UMNO ialah kewujudan kilang arak, kedai-kedai yang menjual arak, pusat-pusat hiburan serta penglibatan umat Islam dalam rangkaian yang berkaitan arak di Malaysia.

UMNO dituduh kafir, seolah-olah jauh  lebih kafir dari DAP kerana tidak menutup rangkaian arak dan menghentikan penglibatan umat Islam di dalamnya.   Tidak ada perdebatan mahupun jalan tengah dalam hal ini melainkan seratus peratus salah, haram, kafir dan laknatlah hukumnya terhadap UMNO akibat kelalaian ini.

Tidak semena-mena pada tahun 2008, ditakdirkan pakatan pembangkang iaitu termasuklah parti PAS, telah berjaya menjadi kerajaan di Selangor di mana terletaknya Kilang Carlsberg yang begitu kontroversi itu.   Maka, seluruh rakyat Malaysia pun menantikan tindakan segera serta ekstrem dari PAS bagi menekan kerajaan PKR dan rakan subahat mereka, DAP di dalam pakatan pembangkang, untuk menutup kilang tersebut.

Namun, itu tidak berlaku.

Secara tiba-tiba saja, kilang arak dan premis hiburan adalah tidak apa bagi PAS kerana ia adalah hak bagi bukan Islam, iaitu alasan yang sama yang diberi oleh UMNO selama ini.

Di bawah pakatan pembangkang, kilang  arak tersebut terus berdiri teguh malah lebih hebat lagi dari era UMNO di mana rumah-rumah urut serta pusat-pusat hiburan juga tumbuh segar dan subur sekali secara mendadak di seluruh negeri.

Maka jelaslah sekali, apa yang dicemuh PAS terhadap UMNO sebelum ini hanyalah sekadar mainan politik.   PAS hanya berpura-pura memperjuangkan Islam demi untuk meraih sokongan orang-orang Melayu yang jumud dan cetek pemikiran yang mudah percaya kepada retorik mereka.  

Apabila JAIS hendak melaksanakan undang-undang melarang umat islam bekerja di premis menjual arak, Ronnie Liu, Exco DAP yang dikatakan punya hubungan dengan kumpulan gelap atau samseng di sekitar Selangor, serta Teresa Kok, juga Exco DAP telah menyanggah keras hasrat tersebut.  PAS juga nampaknya akur dengan kehendak DAP sepertimana biasa.

Maka, terbuktilah lagi bahawa hakikatnya PAS adalah  jauh lebih terbuka dari UMNO dalam soal Islam.

Ronnie Liu memberi alasan bahawa dia bimbang andainya undang-undang itu dilaksanakan, ia akan menyebabkan umat Islam kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Mahu tidak mahu, kita harus juga mengakui bahawa inilah contoh Exco DAP yang  begitu prihatin tanpa mengira kaum dan agama.

Ronnie begitu gusar andainya ada GRO-GRO Melayu terpaksa berhenti kerja dan menjadi tukang cuci atau pekerja kilang yang pendapatannya tak seberapa berbanding di pusat-pusat hiburan miliknya.

Ronnie juga bimbang kalau-kalau para gadis tukang urut dan pelayan bar berbangsa Melayu tidak dapat lagi menghantar wang pulang kepada keluarga mereka yang miskin di kampung jika terpaksa berhenti kerja.

Selain itu, aktiviti perniagaannya yang berkaitan dengan hiburan gelap seperti samseng, cetak rompak, lumba haram dan lain-lain sedikit sebanyak akan terjejas juga bila kekurangan peserta di kalangan kaum Melayu yang bergantung secara langsung dan tidak langsung dengan pusat-pusat hiburan miliknya.

Sekaligus ini akan menjejaskan pendapatannya dan mungkin juga negeri Selangor yang banyak bergantung kepada sumber hiburan.

Ini menunjukkan yang Ronnie bukan sahaja Exco yang prihatin tetapi juga berfikiran jauh dari segi ekonomi.   Rakyat seharusnya memuji sikap Ronnie Liu dan Teresa Kok dan seluruh kepimpinan DAP Selangor atas sifat tanggungjawab dan sumbangan mereka dalam membela rakyat serta mentadbir Selangor.   

Tidak wajar umat Islam merasa marah dengan mereka sedangkan pemimpin PAS yang terkenal alim dan warak juga tidak punya masalah dengan pendirian dan keputusan DAP.

Umum tahu bahawa pemimpin-pemimpin PAS adalah jauh lebih tinggi pengetahuan agamanya berbanding mana-mana ulama yang tidak menjadi ahli PAS, maka seharusnyalah tindakan pemimpin PAS yang tidak menyanggah kehendak pemimpin DAP adalah tindakan yang benar dan tepat.

Justeru, rakyat Selangor yang beragama Islam juga seharusnya akur dan tidak memberontak, malah berterima kasih kepada Ronnie Liu dan Teresa Kok dalam isu arak ini.   Lagipun, betul juga alasan mereka, iaitu kalau diadakan undang-undang pun akan tetap ada juga umat Islam yang terlibat dengan arak, bukan begitu?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...