Selepas macam-macam alasan termasuk bimbang keselamatannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei akhirnya ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam memberi keterangan berhubung tulisan di blog beliau yang dianggap menghina Sultan Selangor.

Namun Suhaimi yang juga timbalan Ketua PKR Kota Raja bukan datang seorang sebaliknya bawa tiga peguam dan beberapa puluh penyokongnya.

Beliau tiba di IPD Shah Alam jam 4 petang dengan ditemani peguam R. Sivarasa, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Amer Hamzah Arshad untuk memberikan keterangan dan keluar kira-kira 6.30 petang.

Bercakap kepada media selepas itu, Suhami berkata beliau sedang merangka surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan secara terperinci mengenai tulisan dalam blognya yang didakwa menghina baginda.

“Saya masih lagi membuat draf ... nak tulis surat kepada Sultan kena tulis elok-elok. Nanti salah pula,” katanya.

Peliknya selepas 25 laporan polis, baru sekarang Suhami terfikir kena tulis elok-elok sedangkan ketika memblog isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, beliau macam tidak fikir panjang bila menghina sultan.

Tambah Shuhaimi, beliau bersedia memohon maaf kepada Sultan Selangor sekiranya baginda tersinggung dengan tulisan dalam blohnya pada 30 Disember lalu.

Ini kali pertama Shuhaimi bercakap kepada media selepas kontroversi tulisannya yang turut dikecam hebat Umno-Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Perkasa dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

“Sekiranya baginda rasa tersinggung sebagai rakyat yang setia, wakil rakyat yang dipilih rakyat dan sebagai orang Melayu saya akan memohon maaf.

“Saya akan minta maaf kalau Sultan rasa tersinggung, saya tengah draf lagi surat itu... nanti saya akan maklumkan.” katanya.

Shuhaimi sekali lagi melahirkan kesetiaan kepada Pakatan Rakyat dan menafikan khabar angin mengatakan beliau mahu meletakkan jawatan sebagai Adun Sri Muda.

Ini ekoran penyebaran SMS memaklumkan beliau akan umum letak jawatan sebagai Adun di pejabatnya jam 10 pagi Rabu.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...