Penulis terkejut apabila membaca laporan berita MalaysiaKini yang mengenengahkan 2 kenyataan daripada badan NGO tentang Teo Nie Ching.

Terkejut kerana salah satu daripada kenyataan tersebut tidak sepatutnya keluar daripada seorang Muslim yang bernama Maria Chin Abdullah yang sepatutnya lebih arif tentang adab berada di dalam masjid.


Saranan kepada Maria : Anda Mesti ingat...Islam first Gender second !

Maria Chin Abdullah, pengarah eksekutif Empower, mungkin seorang Mualaf tetapi ianya tidak bermakna beliau menjadi dengkel di dalam penilaian beliau sebagai seorang Muslim terutamanya isu-isu seperti adab berada di dalam masjid.

Tetapi kenyataan beliau yang mengatakan bahawa isu Teo Nie Ching sebagai bukti diskriminasi gender terhadap wakil rakyat wanita, adalah merupakan tuduhan melulu, tidak cerdik dan tidak bertanggungjawab. Ianya juga menunjukkan seorang aktivitis wanita yang takut pada bayang-bayang gender beliau sendiri.

Sungguh memalukan apabila di zaman maju ini, masih ada aktivis wanita bernama Maria Chin Abdullah yang masih berfikiran was-was dan curiga serta tidak mahu mendalami isu seperti Teo Nie Ching. Dan ianya tidak ada kena mengena dengan isu gender tetapi isu menghormati agama Islam, agama Maria Chin Abdullah itu sendiri.

Kecualilah jika Maria Chin Abdullah tidak kisah jika agama beliau diperkotak-katikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin DAP seperti Teo Nie Ching dan Teresa Kok!

Penulis juga ingin menegur keras seorang aktivis wanita bukan Islam yang memandai-mandai mengeluarkan kenyataan yang melulu dan membodohkan diri beliau sendiri. Rujuk di bawah :-


Saranan kepada Meera : Lain kali anda tanya dulu....jangan membodohkan diri sendiri

Presiden Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Meera Samanther bersetuju dengan Chin, dan bertanya mengapa Teo (di bawah) sering menjadi sasaran komen seperti itu.

"Kenapa sasar beliau? Adakah kerana beliau seorang wanita, lantang dan ada kuasa?

"Kami kecewa dengan kenyataan seperti itu tapi saya mahu beritahu Teo bahawa memang ramai orang yang tidak puas hati seperti itu, dan beliau jangan pedulikan mereka dan teruskan jalan tugasnya," kata Samanther.
Kenyataan Meera Samanther itu jelas tidak faham tentang isu Teo Nie Ching. Tidak ada sesiapa pun yang mempersoalkan tugas beliau sebagai wakil rakyat.

Tetapi isunya ialah agar Teo Nie Ching lebih prihatin terhadap sensitiviti dan menghormati agama Islam termasuk adab berada di dalam masjid. Itu sahaja!

Sungguh menghairankan apabila seorang yang berjawatan Presiden di dalam pertubuhan NGO yang berfikiran cetek.
Apakah yang beliau tahu tentang adab berada di dalam rumah Allah swt?

Dan sebagai seorang bukan Islam, Meera Samanther sepatutnya merujuk serta memahami dahulu isu adab di dalam masjid dan bukannya membuat kenyataan yang sehina dan kurang cerdik sedemikian rupa!

Shame on both you !

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...