c
Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran, Dr. Mohamad Khir Toyo semalam telah mengumumkan untuk memulangkan sementara pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri kepadanya oleh Sultan Selangor.

Kata Dr. Khir, beliau tidak mahu darjah kebesaran itu turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan mengenai kesnya di mahkamah.

Beliau kini sedang disiasat atas pertuduhan rasuah berbentuk rumah agam yang dibeli dengan nilai yang terlalu rendah dari harga pasaran.

Tindakan Khir menunjukkan betapa beliau menghormati insititusi raja dan menyanjung tinggi penghargaan yang dikurniakan oleh Tuanku Sultan atas khidmat setianya kepada negeri Selangor.

Adalah bertepatan sekali keputusannya untuk tidak mengheret darjah kebesaran itu dalam kemelut yang belum tentu lagi akan selesai dengan baik bagi pihaknya.

Masyarakat mengagumi kerendahan hati Khir dalam menghadapi dugaan ini.  Inilah sikap pemimpin yang harus dicontohi kerana tidak mementingkan pangkat dan nama.

Ini amatlah berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana walaupun telah bergelar banduan dan disahkan pernah terlibat dalam aktiviti liwat dalam kes liwat 1, dia masih lagi bermegah dengan gelaran Datuk Seri yang ada di pangkal namanya.

Dan kini, setelah didakwa untuk kali kedua, dia masih juga menyimpan gelaran tersebut tanpa segan silu.

Ke hulu ke hilir dia dirujuk oleh penyokongnya sebagai Datuk Seri dan dia juga mengangguk-angguk bangga dengan panggilan tersebut.

Di manakah maruah Anwar yang sanggup bermegah dengan gelaran yang diperolehinya dari Sultan tetapi di masa yang sama berjuang menentang institusi raja?

Tidak ada rahsia lagi bahawa perjuangan parti pembangkang di bawah teraju Anwar jelas menjurus ke arah menubuhkan Negara republik sekaligus menidakkan kuasa Raja.

Selaras dengan panggilan-panggilan yang diberi kepadanya iaitu ‘sesumpah dan talam dua muka’, Anwar tidak pula mengakui hakikat ini secara terang-terangan.   Sebaliknya Anwar masih cuba bermuka-muka konon masih mempertahankan Raja-raja Melayu.

Namun, kemelut perlantikan SUK yang menyaksikan parti PKR berdegil dan terus cuba menentang Tuanku Sultan menyatakan apa sebenarnya yang tersirat dalam perjuangan Anwar.

Sewajarnya, Anwar mengembalikan saja darjah kebesaran dan gelaran Datuk Seri yang ada padanya.  Apa guna ke sana ke mari bermegah dengan gelaran jika di masa yang sama menentang pihak yang memberi gelaran tersebut kepadanya, iaitu Raja-raja Melayu?

Tidak cukup rendah lagikah maruah Anwar?

Gelaran dan pangkat tidak boleh di bawa ke mana-mana pun.  Bila mati nanti, tidak ada yang akan mengukir darjah kebesaran panjang-panjang di batu nisan.  Anwar tetap akan mati sebagai Anwar Ibrahim bukan sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di hari perhitungan kelak, pangkat ‘Datuk Seri’ yang digendongnya, tidak akan membantu atau memberi kelebihan apa-apapun.  Tak mungkin Pak Sheikh Anwar Ibrahim tidak tahu semua  ini?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...