Jangan nanti inipun nak dikata satu konspirasi musuh politik segala macam.Cakap banyak nanti bolehlah panggil orang kuat PAS, Dr. Lolo Ghazali jadi saksi. Semuanya gara-gara babak lanjutan isu pemilihan haru-biru PKR tempoh hari yang nampaknya belum beres sekalipun bos-bos di atas berusaha untuk gambarkan semuanya sudah under control . Kalau sudah beres patutkah apa juga yang diputuskan oleh pimpinan parti ada sahaja yang tak kena. Tak percaya tengok apa jadi tidak lama selepas pengumuman senarai barisan kepimpinan baharu peringkat pusat oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Sabtu. Belumpun para wartawan sempat selesai tulis berita tentang pengumuman itu rasa tak puas hati sesetengah pemimpin PKR diluahkan melalui twitter masing-masing. Antaranya dua orang kuat PKR bergasak secara terbuka dalam twitter iaitu Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N Gobalakrisnan dan Exco PKR Selangor Elizabert Wong. Drama itu bermula apabila Gobalakrisnan tweet persoal “adakah DSAI buat keputusan yang betul untuk orang India di Malaysia?” Ia dipercayai ada kaitan dengan pengumuman Wan Azizah bahawa antara salah seorang daripada tiga orang yang dilantik naib presiden parti itu adalah N Surendran. Perlantikan peguam itu dipercayai atas ‘kuota’ India yang menyebabkan Gobalakrisnan 'angin satu badan’. Beliau yang tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden dikatakan menaruh harapan dilantik ke jawatan itu. Tweet beliau dijawab oleh Elizebert Wong “MPP buat keputusan yang betul untuk rakyat Malaysia,” Gobalakrisnan jawab balik kata “(keputusan) tu bukan untuk MPP atau awak tapi untuk Anwar. Saya tidak tipu atau guna orang lain untuk tipu dengan kertas undi,” tweet beliau. Tunggu punya tunggu Elizebert tak jawab-jawab, Gobalakrisnan tweet lagi, “Aku tunggu awak jawab seperti aku pertahankan awak ketika gambar bogel awak diedarkan,” Tunggu lagi Elizebert Wong tak jawab-jawab, Gobalakrisnan naik ‘syeikh’ gamaknya apabila dia tweet “Elizebert pergi tengok diri engkau di cermin sebelum kau kata pada orang yang Gobala akan sertai ( parti AKIM ) Zaid.” Panas hati Gobalakrisnan bagai tak boleh dibendung lagi apabila dia tweet pula tanya Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar “Surendran ini ahli cabang mana?” Jawab Nurul Izzah, “Surendran ahli cabang Lembah Pantai,” Tak lama kemudian Gobalakrisnan terus serang Anwar sendiri apabila dia tweet pada Anwar “keangkuhan kuasa menafikan pembangunan sesuatu masyarakat melalui kebencian antara pimpinan,” “26 keluarga di ladang Tuan Mee Ijok masih kongsi air minuman dengan itek,” kata Gobalakrisnan. Ladang Tuan Mee adalah kawasan estet di Ijok DUN bawah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Perang twitter yang boleh dibaca ribuan penyokong pembangkang itu turut meresahkan pemimpin PAS. Ini berikutan sebuah portal berita siar semua twitter itu ‘online’ tanpa tapis yang menyebabkan semua orang boleh baca. Buktinya apabila, AJK PAS Pusat Dr Lo Lo’ Ghazali yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa pun ‘join’ tweet sama - yang jelas menegur perbuatan selak kain di khalayak ramai ini. Dia tweet Gobala: “Cakap terus dengan DS (Anwar) apapun masalah dalaman, kenapa tweet kepada umum. Direct message/sms ” kata beliau yang memang selama ini kuat pertahan PKR . Cuma kalau Gobalakrisnan pandai dia patut jawab, “habis kenapa awak pun tweet marah saya pada umum juga?”
Surendran bukanlah pemimpin di kalangan arus perdana parti itu.
Gobala diketahui penyokong Zaid semasa beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Ini baru cerita twitter mereka berdua. Belum lagi lain-lain yang dengar cerita turut adu komplen mengenai lantikan-lantikan yang dibuat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses so far.
Post a Comment