Bernama melaporkan:

PETALING JAYA, 18 Dis (Bernama) -- Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Chua Jui Meng dilantik sebagai Naib Presiden parti itu bersama dua lagi anggotanya iaitu Ketua PKR Sarawak Baru Bian dan peguam N. Surendran.

Mereka merupakan antara beberapa calon, yang kalah dan menarik diri pada pemilihan PKR, dilantik hari ini bagi menganggotai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dengan tiga lagi dilantik ke jawatan itu, jumlah Naib Presiden PKR bertambah sebanyak dua orang berbanding sebelum ini hanya lima orang sahaja memegang jawatan.

Dr Wan Azizah, yang membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat MPP PKR di sini, turut mengumumkan pembentukan dua biro baru iaitu biro politik dan biro guaman.
Bukan Anwar nak dengar rungutan akarumbi PKR Johor, tapi dilantik dictator Chua Jui Meng ke ats lagi jadi Naib presiden.

Pengunduran 20 orang diketuai Ketua Cabang Sembrong, Saiman Marjuki nampaknya tidak diambil endah oleh Anwar. Tak akan dia tidak tahu dia terima 100 borang palsu untuk tutup malu?

Tidak dipeduli pengorbanan akarumbi PKR selama ini. Anwar lagi dengar dalang CIna dalam PKR.

Chua Jui Meng masuk PKR kerana dia kecewa dan gagal dalam MCA. Jimmy Chua sikaki botol tidak sampai setahun diberikan jawatan dan dimandatkan mengetuai PKR Johor. Mana dia semasa aktivis PKR Johor yang kebanyakkan Melayu memperjuangkan Anwar?

ITu Anwar tidak ambilkira kerana dia mahukan Chua Jui Meng untuk tarik pengundi MCA kepada PKR. Ada kata ada rancangan belakang tabir dengan Chua Soi Lek.

Mampukah dilakukan dengan Sultan Johor begitu murka terhadap Chua?Tiada yang boleh kekal di Johor jika dimurkai Sultan.

Bakal tutup ialah 17 Cabang PKR.

Tapi Anwar peduli apa? Dia hanya mahu undi Cina!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...