JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog adukataruna.blogspot.com itu.
“Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah,” katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.
Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
Sumber : Berita Harian
Apa sudah jadi dengan anak bangsa kita yang telah berani menghina Sultan/ Raja-Raja Melayu....buta sejarah betoi mamat blog adukakataruna tak baca sejarah. Mudahlah diperkudakan oleh bangsa lain...tak der maruah ke?
0 Responses so far.
Post a Comment