Guan Eng marah betul hari ini pasal portfolio baru Hal Ehwal Bukan Islam  yang ditubuhkan oleh kerajaannya di mana beliau sendiri menjadi Pengerusi .  Bila   Muhkriz Tun Mahathir mempertikaikan penubuhan portfolio baru itu sebagai taktik parti itu untuk menarik undi rakyat , khalifah kesayangan puak2 parti cap bulan ini melenting dan menyuruh Muhkriz tanya mengapa di Perak ada portfolio itu juga.

Di Perak , ia berbeza sekali dengan P.Pinang di mana  Dr Mah Hang Soon  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam. Tidak sama seperti di PP di mana Portfolio yang ditubuhkan Guan Eng khas untuk Hal Ehwal Bukan Islam sahaja .

Hari ini juga,  orang yang  arif tentang pentadbiran PP &  ditanya pasal Guan Eng tubuhkan portfolio ini telah pun bersuara.  Tan Sri Dr Koh Tsu Koon  mendakawa  pewujudan portfolio baru oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam  hanya untuk mencari publisiti.

Koh, Presiden Gerakan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ketika beliau memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu “kita sebenarnya telah mengendalikan isu-isu bukan Muslim tanpa mewujudkan porfolio berkenaan.

“Beliau (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) sebenarnya membuat ini sebagai mencari publisiti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini.

Beliau berkata malah ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, kerajaan negeri berjaya menangani isu-isu berkaitan agama bukan Islam dan “sering menghubungi dan membantu badan-badan agama lain dalam apa sahaja bantuan yang mereka perlukan.”

“Bukan kita kata tidak perlu, cuma dia nak buat publisiti dan apa yang saya hendak katakan tanpa portfolio pun kami telah berjaya menjalankan tugas tersebut,” katanya mengulas penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam yang membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu oleh Lim pada Rabu lepas.

Koh berkata, walaupun pewujudan portfolio itu terletak di bawah budi bicara kerajaan Pulau Pinang, penubuhannya masih dilihat sebagai sekadar mencari publisiti kerana ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, kecuali Lim gagal menanganinya.

“Apabila kita menjalankan tugas (mengenai hal ehwal agama) di bawah tugasan sebagai seorang Ketua Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah kita masih perlu membuat publisiti seumpama ini,” katanya. — Bernama


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam wakil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung larangan menyamakan Islam dengan agama lain.

Dr Mohd Asri ini, semua pihak tidak kira fahaman politik harus mengambil tindakan itu kerana "soal persamaan nilai adalah soal akidah".

"Kenyataan PM bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan antara Islam dengan agama lain di sudut akidahnya adalah sesuatu yg benar. Sesiapa yang menyanggahi kenyataan itu merosakkan imannya," kata Dr Asri.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Asri berkata, memang benar Islam menghormati agama lain, tetapi tidak mengiktiraf persamaan dengannya di sudut kewahyuan dan kedudukannya di sisi Allah.

Najib semalam dilaporkan berkata beliau menghormati agama lain yang diamalkan di negara kerana ia mempunyai hak di segi undang-undang dan Perlembagaan Negara tetapi tidak boleh disamakan dari segi akidahnya.

Meminta supaya tiada salah faham, Najib berkata beliau tidak bermaksud menidakkan atau merendahkan agama lain, cuma membezakannya daripada segi akidah bahawa "kefahaman mengenai pluralisme ini salah dari segi agama Islam".



Tidak ada apa yang tersembunyi lagi di kalangan anak-anak Sarawak, terutamanya yang berpengkalan di luar negara seperi salah seorang pengguna Facebook di bawah yang menyampaikan api-api ravolusi ke atas negeri yang dipimpin oleh pemimpin paling lama memerintah negeri di Sarawak.

By Charles Santiago We saw images of people in Tahrir Square crying, laughing, kneeling and kissing the ground as news of Egypt’s dictator, Hosni Mubarak’s, resignation spread. Pr...
a few seconds ago ·  ·  · Share



Ini menunjukkan kepada kita bahawa Mesir menjadi medan rujukan puak-puak ini yang telah lama mahukan Taib Mahmud supaya berundur.

Harap mesej yang tersampai tidaklah umpama taufan dan ia ditanggapi tidaklah seperti melayan bayu petang.

Setiap kita mahukan pentadbiran yang lebih baik, maka manifestasi seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah pengguna Facebook yang sebelum ini digunakan di Mesir, kali ini di pergunakan di Sarawak.


Rabu, peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo tarik diri daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Di Raja yang sedang menyiasat punca kematian Teoh.
Alasan kedua-dua beranak itu serta keluarga mendiang berbuat demikian kerana permohonan mereka supaya Tan Sri James Fong digugurkan sebagai Pengerusi suruhanjaya itu tidak berjaya.
Pada Khamis, Kerajaan negeri Selangor serta peguamnya turut menarik diri.
Alasannya pula kononnya pendirian tidak konsisten Peguam Negara yang menyediakan kakitangannya sebagai pegawai pengendali sedangkan pada masa yang sama membuat permohonan semakan terhadap keputusan terbuka inkues awal bulan lalu.
Pening juga melihat sesetengan pihak cuba mengaut kepentingan politik daripada Teoh yang meninggal dunia selepas ditemui ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Sebelum ini, inkues mencari punca kematian setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, itu juga samar-samar sehingga memaksa kerajaan menubuhkan suruhajaya berkenaan.
Semua orang tahu sejak awal lagi pembangkang khususnya cukup suka dengan idea penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes-kes tertentu yang didedahkan mereka kononnya untuk menegakkan keadilan.
Malangnya, apabila kerajaan bersetuju menubuhkan suruhanjaya dalam kes Teoh, ada pula yang sengaja tarik diri dan tidak mahu terbabit padahal mereka juga sebelum ini beria-ia mahukan suruhanjaya berkenaan.
Nampak sangat kes Teoh sudah hampir sampai ke penghujungnya apabila suruhanjaya itu kelak akan mengemukakan keputusan prosiding mencari punca kematian Teh kepada kerajaan.
Barangkali Karpal, Gobind dan kerajaan Selangor sudah tahu mereka tidak dapat apa-apa keuntungan lagi daripada kes tersebut.
Ibarat 'menghabiskan boreh' saja, lebih baik tarikh diri awal-awal daripada malu dan kecewa dengan keputusan suruhanjaya itu nanti.
Inilah yang rakyat masih belum sedar betapa banyak isu sengaja dipolitikkan pembangkang dan pihak tertentu termasuk mengaitkan orang yang sudah mati.
Paling kasihan keluarga mendiang Teoh kerana mereka akhirnya jadi mangsa keadaan.
Memang kes kematian Teoh dalam keadaan misteri perlukan jawapan tetapi mereka tidak wajar membiarkan diri mereka dijadikan mainan politik semata-mata.
Kerajaan juga mahukan keadilan tetapi perlu ikut lunas undang-undang.
Lagipun kerajaan Malaysia sudah melayan keluarga mendiang dengan adil termasuk meluluskan permohonan berhubung penggunaan nama Teoh bagi anak yang dilahirkan tunang mendiang, Sioh Cher Wai pada 22 Februari tahun lalu.
Lepas ini tidak tahu apa lagi nak dikatakan puak-puak ini setelah selesai prosiding suruhanjaya nanti.
Yang pasti, mereka tentu tidak menerima bulat-bulat apa diputuskan suruhanjaya tersebut.

Mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tun Hanif Omar mengakui beliau yang mendesak mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohammad supaya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang 1987.
Hanif juga berkata, Mahathir dan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyuarakan cadangan untuk menghapuskan ISA, tetapi beliau yang menghalang mereka.
“Saya yang menghalang mereka (Mahathir dan Anwar) daripada menghapuskan ISA,” kata Tun Hanif ketika bercakap sebagai salah seorang ahli panel forum Cabaran Semasa sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan parlimen, Khamis.
Menurut Hanif, cadangan memansuhkan ISA itu dikemukakan oleh Anwar dalam mesyuarat keselamatan sebelum beliau bersara sebagai Ketua Polis Negara.
“Anwar kata kita patut mansuhkan ISA dan Tun Mahathir kata okay. Tetapi saya menasihatkan kedua-duanya supaya menimbang semula keputusan itu demi keselamatan negara.
“Tun Mahathir sejak awal sentiasa konsisten membantah ISA. Sebaik Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, saya diingatkan oleh Tun Musa Hitam (yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri) supaya jangan bangkitkan isu ISA kerana Dr Mahathir tak suka,” kata Hanif.
Baru-baru ini pembangkang mempersalahkan Mahathir dalam Operasi Lalang 1987 di mana 104 orang, termasuk Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng ditahan di bawah ISA.


Hanif menjelaskan peristiwa berdarah yang berlaku apabila prebet Adam Jaafar mengamuk pada 1987, mendorong beliau mempertahankan Akta ISA kerana situasi ketika itu di luar kawalan.
“Dr Mahathir pada mulanya membantah. Tetapi dia mengalah apabila saya menegaskan, sekiranya kita tidak bertindak tegas, peristiwa lebih serius daripada 13 Mei 1969 boleh berlaku.
“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ketua Polis Negara ketika itu untuk menjamin keselamatan negara. Sebagai Ketua Polis saya patut menurut arahan Perdana Menteri, tetapi kesetiaan saya bukan kepada Perdana Menteri tetapi kepada undang-undang,” katanya.
Terdahulu, Mahathir yang juga salah seorang panel forum berkenaan, berkata, beliau memang pernah menyokong supaya ISA dihapuskan, tetapi setelah mendapat nasihat daripada KPN dia yakin akta itu perlu demi keselamatan negara. Bagaimanapun dia bersetuju supaya beberapa perubahan dibuat.
“ISA perlu dalam keadaan tertentu, tapi jangan disalahguna dan jangan tangkap orang tanpa sebab,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mahathir berkata, perlembagaan negara adalah adil dan tidak memihak kepada sesiapa tetapi ada kalanya perlu dipinda untuk permudah perlaksanaan majukan negara.
“Tapi ada perlembagaan yang tak boleh dipinda, terutama hak rakyat. Oleh itu kita kena bijak elak halangan-halangan yang ada dalam perlembagaan untuk menjayakan Wawasan 2020,” katanya.
Tun menganggap tuduhan bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi, sebagai tidak berasas. Katanya perubahan lanskap politik membuktikan sistem demokrasi di negara ini adil.
“Apakah sepanjang 53 tahun kerajaan kita tak demokratik? Pada pilihanraya umum PRU 2004 kita menang lebih 90% dan pada 2008 rakyat berpendapat mempunyai parti lawan itu penting maka pada ada 2008 kita tak dapat satu pertiga kerusi Dewan Rakyat.
“Ini menunjukkan rakyat mempunyai pilihan. Sistem demokrasi kita tepat, iaitu kuasa diberi kepada rakyat memilih siapa mereka nak. Tetapi demokrasi bukan sistem yang sempurna kerana kita memberi rakyat hak memilih.
“Tetapi kadangkala rakyat tidak cekap memilih atau dipengaruhi sentimen dan putar-belit,” katanya.
Tun berkata, salah satu kecacatan sistem demokrasi ialah disebabkan rakyat merasakan mereka berhak memilih, mereka juga rasa berhak membuat demonstrasi dan menjejaskan ekonomi.
Menjawab cadangan Ahli Parlimen Pasir Pas, Datuk Ibrahim Ali, ketika sesi soal balas, Mahathir berkata dia bersetuju supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada antara lapan hingga 10 tahun.
“Tahun pertama baru nak belajar. Pemimpin baru nak mula mempelajari selok belok pemerintahan. Tahun kedua pula dia merangka dan menyusun program manakala tahun ketiga untuk melaksanakan apa yang dirancang.
“Manakala tahun keempat sudah nak kena bersedia untuk pillihanraya akan datang pula. Jadi mana nak sempat nak lakukan apa yang dirancang.
“Mungkin halangan kita untuk majukan negara ialah kerana kita terlalu tumpukan perhatian kepada politik untuk mengekalkan kepimpinan,” katanya dalam nada berseloroh.
Katanya cadangan mengehadkan perkhidmatan Perdana Menteri itu boleh dipertimbangkan kerana jika tempoh kuasa Perdana Menteri dihadkan, contohnya cuma untuk satu penggal, ia tidak membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang,” katanya


Presiden Kita (Kesejahteraan Insan Tanah Air) Datuk Zaid Ibrahim, pada Rabu mengesahkan bahawa parti itu telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Saya diberitahu oleh pegawai saya bahawa mereka telah terima surat kelulusan semalam," katanya kepada mStar Online.

Zaid berkata bagaimanapun beliau belum berkesempatan melihat sendiri surat tersebut.

Kini Melayu telah berpecah kepada 4 kumpulan beerti majoriti Melyu semakin berkurangan jika parti KIT dipilih dalam beberapa kawasan Parlimen dan DUN

Parti KITA yang sebelum ini didaftar sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim).

Menurut Zaid, kelulusan yang diperolehi itu akan membolehkan parti berkenaan bergerak seratus peratus sebagai sebuah entiti yang baru dan sah serta boleh merancang strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Saya rasa lega...Selepas ini Kita akan tumpu ke kawasan-kawasan yang ingin kita tandingi.

"Parti Kita akan buat persiapan dari segi pemilihan calon-calon, dasar-dasar dan isu-isu yang nak diketengahkan kepada rakyat," katanya.

Menurut beliau, Kita akan bertindak sebagai parti yang melihat isu untuk kepentingan rakyat.

"Kalau Barisan Nasional (BN) betul pun kita sokong, kalau tak betul kita akan kritik. Tengoklah yang mana bagus untuk rakyat," ujarnya.

Jelas Zaid lagi, sebagai parti baru yang ingin bertanding dalam pilihan raya, Kita akan lebih menumpukan perhatian kepada soal pemilihan calon yang tepat untuk bertanding berbanding ahli yang ramai.

Bagaimanapun beliau yakin parti itu tidak menghadapi masalah mendapatkan sokongan daripada rakyat.

Zaid berkata, kelulusan itu juga membolehkan Kita mengadakan 'roadshow’ sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.

"Tapi 'roadshow' kita kecil-kecilan sajalah. Taklah macam parti lain," katanya merendah diri.

Mengulas tentang kawasan tumpuan pada PRU akan datang, Zaid tidak menafikan yang partinya akan memberi fokus kepada beberapa negeri termasuklah Selangor.

"Kita mungkin akan banyak bertanding untuk kerusi di Selangor. Kemudian di Perak sikit dan Kedah sikit," katanya.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan itu sebelum ini pernah memberi kenyataan bahawa beliau sendiri akan bertanding di kawasan parlimen dalam Petaling Jaya pada PRU akan datang.

"Saya kata boleh jadi saya bertanding di PJ. Saya cari tempat yang saya sudah biasalah," katanya.

Pada 15 Disember lalu, Zaid dipilih sebagai presiden Akim dalam mesyuarat agung parti itu sebelum dinamakan semula sebagai Kita - sebuah parti politik pelbagai kaum.

Orang Melayu perlu bersatu demi mempertahankan tanahair tetapi dalam keadaan sekarang nampaknya semakin berpecah dengan tertubuhnya parti KITA.



Krisis keyakinan ahli terhadap PKR dijangka berpanjangan dan tiada tanda akan berakhir biarpun proses pemilihan kontroversi parti itu sudah lama berlalu.
Seperti rumah yang sedang dimakan anai-anai, masalah dalam parti itu bukan hanya melibatkan satu dua cabang bahkan kata sumber kepada Agendadaily lebih 50 cabang di seluruh negara.
“PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang, dan selepas ini lebih banyak kritikan terbuka, ahli dan pemimpin keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada PKR,” kata sumber tersebut.
Agendadaily sendiri menerima banyak email dari ahli dan penyokong parti itu yang tak puas hati dan minta ‘suara’ mereka diangkat.
Ini termasuk email terus-terang dari Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hassnar Hj Ebrahim yang melampirkan surat beliau kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Febuari lalu.
Surat lapan muka surat itu ‘Fuziah Saleh jahanamkan PKR Sabah’ itu antara lain menceritakan kronologi yang membawa kepada pergolokan politik parti itu di sana dari kaca mata penulis.
“PKR Sabah dah tak dapat diselamatkan lagi, kalau pengerusi majlis pimpinan negeri yang tidak sampai sebulan dilantik boleh sertai UMNO, bayangkanlah betapa teruknya masalah dalaman parti itu,” kata sumber tadi.
Sebelum ini, Pajudin Nordin menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 5 Febuari lalu.
“Kes Pajudin adalah contoh klasik cara urus tadbir buruk yang diamalkan oleh pucuk kepimpinan PKR, mereka lantik Pajudin yang bukan pun ketua cabang, dan apabila dibantah keras oleh ketua-ketua cabang maka Pajudin cuba digantikan.
“Tapi dalam kes ini, belum sempat hendak ganti, Pajudin angkat kaki dan sertai UMNO, dengan jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri, PKR malu, sampai terpaksa tubuh Majlis Presiden untuk tangani masalah di Sabah,”kata beliau.
Menurutnya lagi, pergolakan di Sabah termasuk yang terbaru bila cabang Kalabakan dibubarkan membuktikan PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang-cabang.
“Sabah hanya permulaan, selepas ini kita akan dengar masalah di Sarawak pulak, dan jangan terkejut ia lebih panas dari cerita di Sabah,” katanya.
Sarawak yang sudah bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya negeri dijangka akan menambahkan ‘bahang’ perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan negeri.
“Antara yang paling panas adalah pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR, di mana, sudah pasti berlaku perang antara fraksi yang mewakili kaum Melayu, Cina dan Iban di dalam PKR,”.
“Saya tidak terkejut nanti, sepanjang tempoh berkempen ada saja pemimpin PKR umum keluar parti dan cabang bubar,” jelasnya.
Sementara itu, Agendadaily turut dimaklumkan berlaku bantahan ‘senyap’ dikalangan ketua-ketua cabang PKR Perak selepas Dr Muhd Nur Manuty diumumkan pengerusi majlis pimpinan negeri yang baru.
“PKR Pusat suruh buat undian pilih pengerusi, ketika undian, 23 dari 24 ketua cabang hadir, 13 undi Mustapa Kamil Ayub dan 10 undi Muhd Nur Manuty, tapi sudahnya Muhd Nur Manuty juga diumumkan sebagai pengerusi, tak ke pelik?” soal beliau.
“Baik dari awal tak payah buat undian, lantik terus siapa yang pemimpin pusat hendak,”tambah beliau.
Selain itu, blogger popular pro pembangkang, Mat Saman Kati juga buat kenyataan di blognya (ureka.asia) ucap selamat jalan PKR.
Mat Saman Kati yang terkenal kerana anjurkan forum temukan calon-calon ketua AMK dalam pemilihan PKR sebelum ini tulis “Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR.
“Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.”
Lagi lawak, di blognya, siap ada borang pra-pendaftaran ahli parti KITA yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.
Selain, Sabah, Sarawak, Perak turut bermasalah adalah PKR Johor yang mana pengerusinya bekas Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Jung Meng.
“Perlantikan yang tak mencerminkan realiti politik negeri, di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti, dan dibantah oleh cabang-cabang yang ada,”kata sumber itu.
Sementara bagi ahli-ahli yang pro calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terus mendesak parti menunaikan janji untuk membentangkan laporan siasatan mengenai penyelewengan dalam pemilihan PKR tahun lepas.
Sebelum ini, SUA PKR, Saifudin Nasution dilaporkan berkata setiap aduan yang dibuat akan disiasat dan hasilnya diketahui dalam tempoh dua minggu dari tarikh kongres nasional diadakan hujung November lalu.
Sebaliknya, sehingga kini tidak ada apa-apa laporan dibentangkan dan Chegu Bard kemudiannya ditawarkan jawatan timbalan setiausaha agung tetapi ditolak olehnya.
Masej twitter tat_lee dan AidilSMM antara contohnya, “Bukti penipuan pemilihan di cabang Parit Sulung… bukti dah ada tak kan DSAI hendak tengok saja,”tweetnya pada Isnin berserta gambar buku senarai pendaftaran pemilih yang hadir mengundi.
Melihat semua senario ini, tidak mustahil, ‘bara dalam sekam’ akan bertukar jadi api tidak lama lagi. Jangan terkejut kalau Anwar akan di ‘Mubarak-kan” oleh ahli parti sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...