Jika DUN Tenang tidak hujan, statistik pilihanraya di sini tentu berbeza dan bertambah sengit. Jika merujuk kepada kawasan-kawasan yang majoritinya kaum Cina seperti Labis, Bandar Labis Tengah dan Bandar Labis Timor, peratusan yang mengundi sangat rendah (Labis 53.0%, Labis Tengah 30.0%, Labis Timor 51.4%) jika dibandingkan dengan dengan peti-peti undi yang lain.
Beberapa andaian yang boleh dikemukakan. 1. Hujan 2. Kaum Cina boikot.
Jika tidak hujan, peratusan yang turun mengundi tentu lebih tinggi di kawasan-kawasan orang Cina ini. Dan jika merujuk kepada politik kaum Cina, parti BN kalah dek kaum Cina!
Apakah jawapan Chua Soi Lek selepas ini? Dan apakah strategi parti BN selepas ini apabila terbukti bahawa majoriti kaum Cina sudah menjauhi parti BN?
Alasan mereka mudah dan logik. Harga barang naik, minyak naik, semuanya naik! Pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Teo 'aerobik' Nie Chin mengapi-apikan isu tersebut di dalam kempen mereka di sini. Apakah itu alasan mereka sebenarnya atau ada yang lain?
Realitnya, BN tidak bertindak populis seperti parti pembangkang. Memang benar kita perlu berdasarkan kepada fakta dan kenyataan tetapi apakah sehingga tahap menggugat kekuasaan politik di negara ini?
Pembangkang menjanjikan bulan dan bintang tetapi apakah rakyat peduli tentang detail bagaimana bulan dan bintang itu bolah didapati?
BN perlu berbuat sesuatu. MCA mesti digerakkan dari tidur mereka. Mereka mesti buat sesuatu yang ajaib atau pun miracle. Bertindak populis tetapi logik!
Dan hati-hati kepada klinik-klinik di sekitar Labis dan Segamat. Ada orang yang akan mencari MC sehari dua ini!
Syabas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun dikritik beliau tentu tidak akan marah dan pasti jawapan daripada beliau adalah “depa ada mulut biak pi (biarkan) apa depa nak kata”.
Tetapi warga Singapura tentu tersilap orang untuk dikritik. Mereka kritik negarawan ulung yang telah menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pencetus idea Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar F1 Sepang, Menara Berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, kereta nasional, LIMA Langkawi, Le Tour de Langkawi, hingga menjadikan Malaysia disegani khususnya oleh negara-negara Islam di Asia Barat. Itulah satu-satunya anak Melayu di dunia yang hanya ada di Malaysia.
Benar kata Dr. Mahathir bahawa ada Melayu yang mudah lupa, lebih-lebih lagi Melayu yang tidak tinggal di Malaysia. Mereka lupa bahawa ‘rumah’ yang mereka diami yang pada asalnya mereka punya tetapi akhirnya mereka jadi penyewa.
Tidak dinafikan bahawa memang rakyat Melayu Singapura hidup mewah, tetapi kesenangan dan kemewahan mereka adalah disebabkan pertama, nilai mata wang mereka tinggi. Kedua, mereka mempunyai jiran yang menjual komuniti dengan harga yang murah. Sekiranya nilai mata wang mereka sama dengan ringgit Malaysia, hidup mereka mungkin lebih papa daripada rakyat Malaysia.
Kebanyakan mereka seronok berbelanja di Johor Bahru dan Melaka. Ada juga sehingga ke Padang Besar, Langkawi atau Golok. Tidak ketinggalan ke Batam atau Jakarta. Lebih teruk lagi, mereka lupa yang mereka juga mendapat tempias daripada barangan bersubsidi yang sepatutnya hak rakyat Malaysia sahaja. Nak berbangga biarlah bertempat.
Mereka berani mengutuk Tun tetapi tidak berani mengutuk pemimpin mereka kerana mahkamah akan menunggu. Mereka tidak boleh buat silap dan perlu akur terhadap segala peraturan. Kadang-kala, ada peraturan yang tidak diredai tetapi terpaksa dipendamkan sahaja.
Sepatutnya mereka berbangga masih ada Melayu yang berjaya walaupun bukan warga negara mereka. Jika terdapat apa-apa teguran sepatutnya jadikanlah iktibar atau pembakar semangat untuk maju, bukannya menangkis dengan mengutuk yang akhirnya terpercik ke muka sendiri.
Rakyat Melayu Malaysia perlu bersyukur mempunyai ramai usahawan Melayu yang tidak hanya berniaga di pasar-pasar tetapi menjadi usahawan bertaraf dunia, di samping jawatan tertinggi dalam angkatan tentera dan jabatan kerajaan.
Orang nak bertanding, dia nak bertanding. Orang bersedia berkhidmat tanpa halangan tetapi dia baru berkempen pun dah penuh dengan halangan.
Nak bersalam dengan lelaki tak boleh, nak meredah banjir tak boleh dan nak berenggang dengan suami pun tak boleh. Ke hulu ke hilir si Normala Sudirman mengheret suaminya berkempen.
Tidak pasti sama ada suaminya yang cemburu atau Normala yang manja dan mengada-ngada ingin suami sentiasa bersama atau PAS yang menyuruh mereka berbuat begitu konon untuk menonjolkan imej wanita solehah yang sentiasa ditemani suami bimbang menjadi bahan fitnah.
Maklumlah, PAS memang suka memfitnah jadi mereka gusar kalau-kalau orang lain juga suka memfitnah seperti mereka.
Kemuncak kisah Normala tak boleh berenggang dengan suami ini ialah apabila suami sanggup menipu untuk mendapatkan cuti sakit semata-mata untuk menemaninya berkempen. Bukan tiga hari tetapi 21 hari sepanjang bulan ini sahaja!
Untung sisuami bekerja dengan kerajaan iaitu sebagai guru. Kalau pekerja swasta harus sudah dibuang kerja kerana menipu. Mana tidaknya, walaupun kononnya sakit, seluruh negara melihat bagaimana dia mengiringi isterinya ke sana sini.
Alasan yang tertulis di sijil cuti sakit pula ialah kemurungan. Kemurungan adalah satu penyakit yang berkaitan dengan jiwa. Jika benar suami Normala mengalami kemurungan, ini adalah petanda awal bahawa Normala tidak mungkin akan dapat memberi khidmat dengan baik kepada rakyat Tenang nanti kerana terpaksa menjaga suaminya.
Ini kerana kemurungan dikenalpasti sebagai penyakit yang mampu membawa kepada tragedi tidak diingini seperti bunuh diri atau bertukar menjadi ganas. Akhir-akhir ini kita sering mendengar tragedi ngeri berlaku semata-mata kerana masyarakat dan ahli keluarga gagal mengenalpasti atau mengubati masalah kemurungan di peringkat awal.
Jika kemurungan suami Normala adalah berpunca dari cemburu yang keterlaluan maka kita bimbang andainya Normala ditakdirkan menang dan perlu ke sana ke mari menghadiri majlis atau menangani masalah rakyat seorang diri, suaminya tidak dapat menerima dan akan bertindak melakukan sesuatu yang diluar dugaan pula nanti.
Justeru, Normala harus tampil menjelaskan bagaimana dan kenapa suaminya mendapat cuti sakit. Jika benar suaminya mengalami masalah jiwa, maka dia harus memikirkan dengan serius untuk menarik diri dari bertanding.
Tetapi jika ini tidak benar, maka suaminya dan juga doktor yang terlibat wajib dikenakan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Walaubagaimanapun, mungkin juga cemburu suaminya itu berasas kerana sejarah perkahwinan mereka juga adalah bermula dari kecurangan Normala terhadap suami pertama. Dia tahu Normala adalah seorang isteri yang mampu dan sanggup berlaku curang. Perkahwinan mereka berdua adalah buktinya.
Suami Normala juga tahu bagaimana Normala sedia memberi lebih dari sekadar cinta andainya tersangkut dengan lelaki lain pula. Dan dia sendiri menjadi saksinya.
Gara-gara ingin berpolitik melalui parti yang suka mengaibkan orang lain, maka kini Normala terpaksa menerima hakikat bila aibnya pula dibuka. Tak fasal-fasal kisah hitam silam 13 tahun dahulu ketika di maktab perguruan kini timbul kembali.
Barulah kita faham kenapa si suami tidak berani melepaskan isteri sendirian. Apatah lagi ramai di kalangan Ustaz-ustaz PAS sendiri terdiri dari tukang kebas isteri orang.
Melihat dari sikap suami isteri ini, kita tidak dapat membayangkan bagaimanakah agaknya Normala hendak berkhidmat kepada rakyat nanti? Tidak mungkin setiap kali ada mesyuarat atau lawatan maka suaminya perlu mengambil cuti sakit? Tidak mungkin juga segala masalah rakyat hanya boleh ditangani selepas suaminya pulang dari kerja?
Dan, kenapa PAS tak letak suami Normala saja sebagai calon? Tentu hilang segala sakit jiwanya.
Tanggungjawab kerja bukanlah soal remeh apatah lagi sebagai guru yang sepatutnya memberi contoh terbaik kepada murid-muridnya. Dan bagi Normala pula adalah lebih lagi iaitu sebagai ‘bakal’ wakil kepada rakyat yang sepatutnya menonjolkan sifat amanah dan tanggungjawab.
Semua ini hanya menguatkan lagi persepsi ramai bahawa PAS adalah parti hipokrit terulung dan guru-guru yang berpaksikan ajaran PAS kebanyakannya malas, sombong dan tidak amanah.
Menjadi guru saja sudah tidak layak, bagaimana untuk menjadi wakil rakyat?
Teman bukan nak menempelak kreativiti pengarah filem Melayu sekarang. Makin hari makin bagus. Cuma teman benci dengan ekploitasi ayat-ayat Al-Quran di dalam filem hantu Melayu ni. Pendapat teman dipersetujui ramai dalam Facebook peribadi teman.
Bayangkanlah, dewasa ini, anak muda bukan Islam yang mengikuti filem Melayu, contohnya serani Melaka dan bumiputera Sabah dan Sarawak, yang mencari-cari rahsia kebenaran Islam, mula menganggap Al-Quran itu merupakan kitab yang hanya diguna untuk menghalau hantu!
Ini sudah salah! Malah mereka menyebut berasa seram sejuk apabila mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran di masjid-masjid. Astaghfirullahalazim. Salahkah mereka berasa demikian? Mereka bukan orang Islam. Mereka tidak salah. Yang salah ialah kita orang Islam yang sepatutnya mendidik dengan cara yang betul, tetapi memilih untuk mendidik dengan cara yang salah!
Hampir semua cerita hantu Melayu mengeksploitasi ayat Al-Quran. LPF buat apa? Bukankah itu juga unsur yang merosak pemikiran?
Andai kisahnya merupakan gangguan jin yang tidak terlihat riak hantunya kerana ditabir oleh Allah di dalam dunia ghaib, kisah-kisah kerasukan, maka ada ampun jugalah kalau ayat Al-Quran untuk diperlihatkan sebagai perubatan cara Islam. Itu pun bukan dengan bacaan terpekik terlolong!
Tapi kalau hantu yang ditonyoh mukanya oleh jurumekap sampai sehodoh mungkin, mencekik orang sampai mampus, apa kejadahnya tu? Ia sebuah rekaan. Atau kata lain, KEBOHONGAN.
Mengapa kita biarkan ayat Al-Quran dimain-mainkan dengan KEBOHONGAN? Mengapa kita biarkan pembuat filem menyekutukan ayat-ayat suci dengan pembohongan?
Jika hendak membuat cerita bohong, wujudkan pawang pembohong dengan membaca jampi serapah bohong juga. Itukan lebih bagus!
Al-Quran bukan kitab penghalau hantu. Ia adalah kitab panduan umat akhir zaman dalam meningkatkan keimanan dalam mengesakan Allah SWT. Bacaannya dilagukan, bukan dengan terjerit-jerit.
Sebaik-baik ayat untuk mengelak gangguan jin ialah ayat ke 255 Surah Al Baqarah yang dibaca dalam hati dengan iktikad bahawa makhluk tidak mempunyai kuasa. Hanya Allah empunya kekuasaan.
Kita jangan lupa bahawa pendakyah anti-Islam sejak dahulu memfitnah bahawa Rasulullah dirasuk syaitan semasa mendapat wahyu dan kononnya Al-Quran itu wahyu dari syaitan. Nauzubillah.
Mengeksploitasi ayat Al-Quran dalam cerita-cerita hantu hanya memburukkan lagi persepsi bukan Islam, malah satu hari nanti, mungkin anak-anak muda yang dilahirkan Islam yang tidak berpendidikan Islam akan berfikiran serupa.
Filem hantu Melayu hari ini benar-benar sesat lagi menyesatkan. Tidak berlebihan untuk menyebut, ia memang memalukan seluruh umat Islam di mata orang bukan Islam.
SHAH ALAM – Seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari.Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun.Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari.“Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya.“Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan,” ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba.
“Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita… kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.“Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat… (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.“Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya. - Blog Anwar Ibrahim
Dato Satim berjaya pada misi pertamanya mempimpin ADUN-ADUN BN untuk tidak menyokong usul pindaan perlembagaan Kerajaan Negeri Selangor. Ini kerana Khalid Ibrahim tidak memperoleh majoriti 2/3 ADUN untuk menyokong pindaan itu. Yang lebih teruk, sidang dewan tadi hanyalah tempat untuk ADUN-ADUN Pakatan Haram berkokok menyalahkan itu ini termasuk Tun Mahathir.
Alahai Normala Sudirman, calon PAS ! Kalau setakat nak berjalan-jalan berpegangan tangan dengan si suami yang dikhabarkan kuat cemburu itu, lebih baik tak usah datang langsung.
MiM respect jika Normala Sudirman boleh tiru usaha gigih Puteri atau pun 'Skuad Sayang' Wanita UMNO seperti di bawah. Barulah orang akan respect. Tapi kalau tiap kali banjir di Tenang dan suami outstation, susahlah rakyat sebab Normala perlu dipimpin oleh suami beliau!
Nampak lembik dan takut-takut pula si Normala tidak seperti wanita-wanita di bawah. Macam mana nak jadi YB ni !
Luahan dari Penduduk Sungai Kechil, DUN Sungai Bakap, Nibong Tebal
Penduduk kesal sikap Ahli Parlimen dan Adun PR yang tidak ambil endah dengan penduduk dibawah kawasan mereka. Ditambah pulak dengan tekanan penduduk selepas kawasan mereka dilanda banjir,banyak barang-barang rumah dan ternakan telah musnah dan terpaksa beli peralatan rumah yang baru,kini sudah seminggu berlalu selepas banjir besar melanda kampung Sungai Kecil batang hidung wakil rakyat pon tak nampak datang menjenguk.kemana perginya slogan pakatan kononnnya CAT?
Sepatutnya masa sebegini lah wakil rakyat dari PKR ini perlu mengambil kesempatan dekatkan diri dengan penduduk disini. Rata-rata masyarakat kampong sangat kesal dgn wakil rakyat yg diwakili oleh parti PKR ini. Pemerintahan sangat berbeza ketika kawasan ini diwakili oleh parti (UMNO)Barisan Nasional. Dulu jika ada sesuatu bencana yang melanda kampung.wakil rakyat barisan nasional yg banyak membantu dari mula hingga akhir. Banyak bantuan dihulurkan dari segi Makanan,wang ringgit dan berbagai-bagai bentuk lagi. Hanya tuhan yang tahu kesedihan yg dialami oleh penduduk kampong sungai kechil ketika ini.
Kini tiada lagi tempat penduduk mengadu selain dari wakil kadun yang dilantik daripada parti (UMNO)Barisan Nasional iaitu Tuan Haji Mohd Foad(Naib Ketua UMNO Bahagian NT dan juga Dato Zainal Abidin apabila mereka ada masa lapang mereka akan datang ke kampung bertemu dengan penduduk dengan dibantu oleh Pengerusi JKKKP iaitu Tuan Haji Edaruddin.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana masih ada lagi pejuang yang sentiasa membela nasib rakyat khususnya bangsa melayu dikawasan Kampung Sungai Kechil ini. Kepada pihak yg masih dibuai mimpi pembangkang sedarlah tuhan telah tunjukkan kita pemimpin yg sebenar yg boleh meminpin kita.