Terkejut juga apabila mendapat khabaran tentang isu terbaru ADUN Seri Muda akan membuat PC dan mungkin akan meletakkan jawatan ! Tapi yang benar tetap benar, salah tetap salah! Sumber rujuk di bawah :-


Seorang Adun Selangor yang menjadi perhatian dan sasaran golongan redikal dua tiga hari lepas katanya akan membuat kejutan pagi ini dengan mengumumkan perletakan jawatan. Belum dipastikan apakah Adun itu akan melepaskan kerusi yang disandang kini ataupun jawatan dalam kerajaan dan parti.

Katanya pengumuman akan dibuat pagi ini di pejabatnya di Shah Alam.

Sekiranya benar berlaku perletakkan jawatan Adun berkenaan ia akan membuka satu lagi polemik dalam politik Selangor. Peristiwa itu akan dipergunakan oleh UBN untuk terus menyerang Pakatan Rakyat.

Apakah ini sebahagian lagi daripada episod pihak tertentu yang hendak menggoncangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? - MSO

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...