Cakap tak serupa bikin, itulah kesimpulan terbaik bila tengok barisan kepimpinan baru PKR yang secara rasminya diumumkan semalam.

Parti yang selalu ‘jual’ nama rakyat ini membariskan pemimpin dikalangan elit dan bangsawan yang hidup sehari-hari jauh dari rakyat jelata.

Sedangkan pemimpin yang selalu bergelumang dengan rakyat macam Ahli Parlimen Padang Serai,Kedah N Gobalakrisnan dan bekas calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin dianak tirikan sebab melawan ‘skrip’.

Ramai yang pelik tengok demokrasi dalam PKR ini, Gobala yang jatuh tempat kelima dari empat naib presiden tak ditawarkan apa-apa jawatan sebaliknya lantik peguam N Surendren yang baru seminggu dua berjinak dengan PKR.

“Anwar Ibrahim hanya hendak orang yang dengar kata dan boleh dia control sahaja dalam barisan kepimpinan PKR, sebab tu dia lantik banyak muka baru yang orang tak kenal pun,”kata bekas ‘orang kuat’ parti itu.

Menurutnya, kalau dilihat pada barisan baru yang dilantik itu ada nama yang langsung orang PKR tak kenal seperti naib presiden Datuk John Tenewi Nuek.

Kononnya orang Sarawak ini bekas duta dan penyokong setia Anwar, langsung tak ada track rekod sebagai ahli politik dan tak tahu apa masalah ahli yang dia perjuangkan sampai boleh jadi naib presiden PKR.

Selain itu, ada juga nama Dr Idris Ahmad, yang jadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, pakar sakit puan di hospital swasta dan ada klinik sendiri di Taman Tun Dr Ismail ini juga kawan lama Anwar.

“Anwar hendak jadikan parti ini parti untuk golongan pertengahan, bukan parti massa seperti UMNO dan PAS, bila lantik golongan elit dan bangsawan ini sedang sikit nak kawal, selain mereka ada sumber kewangan sendiri”katanya.

Selain itu, yang juga lawak dan bukti demokrasi ‘asal boleh’ style Anwar adalah bila dia pindahkan Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail jadi Pengerusi PKR Terengganu.

Ini berikutan ketua cabang PKR Indera Mahkota itu memang diketahui tak sebulu dengan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman.

“Ini kes ‘buang daerah’ lah ini, pemimpin Terengganu yang berkelayakan pula Haji Rosli Abdullah, Anwar lantik jadi timbalan setiausaha agung ganti tempat Badrul Hisham yang berprinsip enggan terima jawatan selagi penyelewengan tak selesai.

Sementara itu, nasib laporan penyelewengan pemilihan parti itu masih belum diketahui hasil siasatannya.

Cuma ikut maklumat, semua laporan itu akan ‘disapu bawah karpet’ dan PKR buat ‘tuli’ dengan keluhan ahli sendiri.

Senarai lengkap ahli MPP adalah seperti berikut:

Ketua Umum : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden : Mohamed Azmin Ali

Setiausaha Agung : Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Setiausaha : Haji Rosli Abdullah, Steven Choong, T Kumar,

Ignatius Darell Leiking

Naib Presiden : Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Fuziah Salleh,

Datuk Mansor Othman, Datuk Chua Jui Meng, N Surendran, Datuk John Tenewi Nuek

Ketua Wanita : Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita : Rodziah Ismail

Ketua AMK : Shamsul Iskandar Mohd Akin

Timbalan Ketua AMK : Khairul Anuar Zainudin

Bendahari Agung : William Leong

Timbalan Bendahari : Low Chee Chong

Ketua Penerangan : Dr Muhammad Nor Manuty

Pengarah Komunikasi : Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengarah Strategi : Rafizi Ramli

Pengarah Latihan : Mustaffa Kamil Ayub

Pengarah Guaman : Latheefa Koya

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin : Tan Kee Kwong

Ahli MPP (dipilih) : Elizabeth Wong, Dr Badrul Amin Bahron ,Hee Loy

Sian, Khalid Jaafar, Abdul Rahman Yusof, Johari Abdul, Haniza Talha, Fariz Musa, Zakaria Abdul Hamid, Roland Chia, Siti Aishah

Ismail Yusop, Latheefa Koya, S Kesavan, Shuhaimi Shafiei, M R Summugam, Yusmadi Yusoff, S Manikumar, Mustafa Kamal Yusoff, Christina Liew

Ahli MPP (Lantikan) : Syed Hamid Ali, S Manickavasagam, Zulrusdi

Mohamad Hol, Mohd Rafie, Abdul Malek, See Chee How, Chang Li Kang.

Ahli MPP (Ex-Officio) : Sivarasa Rasiah, Dr Xavier Jeyakumar, Syed

Husin Syed Ali, Tan Yee Kew, Abdul Khalid Ibrahim

Pengerusi MPN :

Perlis – Johari Shafie

Kedah – Wan Salleh Wan Isa

Perak – Dr Muhammad Nor Manuty

Wilayah Persekutuan – Dr Idris Ahmad

N Sembilan – Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Pahang – Datuk Fauzi Abdul Rahman

Terengganu – Azan Ismail

Kelantan – Abdul Aziz Kadir

Sabah – Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi

Sarawak – Baru Bian

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama : Ahmad Kasim

Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S Manickavasagam

Biro Pelaburan dan Perdagangan : Wong Chen

Biro Integrasi Nasional : Datuk John Tenewi Nuek

Jawatankuasa Dasar : Rafizi Ramli

Biro Sains dan Kesihatan : Dr Lee Boon Chye

Biro Pendidikan : Abbas Awang

Biro Antarabangsa : Yusmadi Yusoff

Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan Dun : Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Biro Masyarakat Felda Orang Asal : Suhaimi Said

Biro Pekerja : Abdullah Sani Abdul Hamid

Biro Kepenggunaan : Yahya Sahri

Biro Kerajaan Tempatan : Hee Loy Sian

Biro Srikandi : Siti Aishah

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...