Pelik tapi benar. Kesongsangan Pakatan Rakyat semakin jelas. Tambahan lagi apabila melibatkan orang bukan Islam dan orang-orang Islam liberal. Sama ada kebetulan atau sengaja disongsangkan itu kena lah tanya Anwar Ibrahim yang menghadapi pertuduhan seks songsang.

Lim Guan Eng mahu menyaman Utusan Malaysia kerana menyampai kebenaran kepada umum. Tetapi penyampai fitnah dusta Harakah dan Malaysiakini tidak pula ditempelak berikutan menggembar gembur fitnah. Antara fitnah-fitnah Harakah :

1. Mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya.
2. Mengutuk sumpah laknat Saiful Bukhari dan menafikannya.
3. Membawa isu Felda muflis dengan lantangnya.
4. Menuduh Menteri senior merogol bekas pembantu rumahnya.

Mengikut Islam, angka empat merupakan jumlah kesaksian yang sudah mencukupi. Sebab itu jugalah Anwar mahu mengikut saranan rakan-rakannya dari Indonesia agar kes liwatnya dibicara di Mahkamah Syariah tetapi pada masa yang sama mengutuk hukuman rotan ke atas Kartika.

Tindakan saman tutup mulut media

PULAU PINANG 7 Jan. – Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyaman Utusan Malaysia dilihat seolah-olah menafikan hak akhbar itu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, tindakan Guan Eng dilihat bercanggah dengan sikapnya yang memperjuangkan kebebasan media sewaktu menjadi pembangkang dahulu.

“Dulu sewaktu menjadi pembangkang, beliau (Guan Eng) adalah antara orang yang paling lantang memperjuangkan kebebasan media.

“Namun kini, sikapnya yang kerap menggunakan medium mahkamah dilihat bercanggah dengan sikapnya dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...