Tun Dr Mahathir Mohamad boleh jadi orang terbaik untuk cerita mengenai kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1990 hingga 1998 semasa dalam kerajaan dahulu.

Sekalipun beliau bukan saja tidak menyerlah langsung sewaktu pegang jawatan itu malah bikin lagi cacamarba semasa kemuncak krisis ekonomi serantau pada hujung kariernya dalam UMNO, Ketua Umum PKR itu tetap nak tunjuk terror.

Selasa beliau cabar Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak berdebat siapa yang hebat kendali ekonomi negara. Anwar memang hebat bercakap dan goreng atas pentas .

Pokok pangkalnya ‘hebat bercakap’ tidak semestinya ‘ hebat berkerja’.

Sebab itu tidak ramai ingat apa peninggalan Anwar yang besar dan menyentuh kalbu sewaktu jadi Menteri Belia dan Sukan,Menteri Pertanian,Menteri Pelajaran,Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu.

Senang cakap habuk pun tarak kecuali statusnya sebagai orang yang ‘ hebat bercakap dan bercakap’ sejak zaman memimpin ABIM sampai sekarang.

Kalau tak percaya tanya sendiri kepada orang-orang kanan dalam PKR sekarang apa special nya Anwar buat masa begitu lama dalam kerajaan dulu...tentu ada yang geleng kepala macam orang blurrrkerana memang tak nampak apa benda pun.

Kata orang kalau nak ukur dari cakapnya yang sentiasa gah sepanjang masa itu...sampai hari kita boleh lihat dan merasai dasar,projek segala macam yang dicetuskan untuk rakyat menerusi kementerian-kementerian yang pernah didudukinya.

Juga cuba tanya petani ada apa-apa yang gempar dan kreatif dibuatnya pada mereka waktu di Kementerian Pertanian.

Hebatnya Anwar sekalipun habuk pun tarak beliau boleh goreng bab pertanian ataupun ekonomi macam seorang pakar sampai orang ternganga mulut mendengarnya.

Cabaran pada Najib mengundang pelbagai reaksi.Yang pasti ramai kalangan pimpinan UMNO minta Perdana Menteri jangan layan.

Kalau mengikut Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Syed Ali Alhabshee sebelum ajak Perdana Menteri berdebat elok Anwar terlebih dahulu bersumpah tidak liwat Saiful Bukhari Azlan.

Senator Ezam Mohd Nor pula berpandangan UMNO tidak perlu melayan perlawaan debat Anwar.

“Negara janganlah sekali lagi dimangsakan dengan gelagat pembohong dan pengkhianat negara yang hanya mahu tutup kesalahan jenayah nafsu peribadi dan kerakusan untuk berkuasa,” kata beliau dalam satu kenyataan bertulis kepada Agendadaily.

Menurutnya, pembohongan 16 September adalah perbuatan khianat terbesar terhadap ekonomi negara hanya kerana ego dan nafsu untuk jadi pemimpin nombor satu negara.

“(Anwar) tipu kononnya kerajaan yang dipilih rakyat secara sah akan tumbang dan ekonomi negara berada dalam keadaan tidak menentu ekoran pelabur mengambil langkah berhati-hati kerana penipuan 16 September itu,”

“Anwar juga jelas berbohong apabila berjanji mahu bawa pelabur arab ke negeri yang ditadbir PR yang kononnya dengan pelaburan ‘berbilion ringgit’ namun perkara itu gagal dilakukan walaupun selepas dilantik jadi penasihat ekonomi Selangor,”kata bekas orang kanan Anwar itu.

Jelas Ezam lagi, penipuan terbuka Anwar bahawa kerajaan membayar firma APCO untuk cipta 1Malaysia di Dewan Rakyat tahun lalu juga usaha untuk sabotaj ekonomi negara.

“Saya berpandangan PM dan negara jangan layan seorang penipu dan pengkhianat yang ada masalah besar dengan nafsu peribadinya,” kata Ezam.

Anwar pernah berentap dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam perdebatan mengenai harga minyak anjuran Agendadaily di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 Julai 2008 yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen.

Kini tidak lama selepas Anwar membuat cabaran itu dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi Selasa,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tampil menawar diri untuk berdepan dengan Anwar dalam perdebatan terbuka..

Katanya kepada Agendadaily tengahari Selasa, Perdana Menteri berusaha menjana ekonomi negara sebaliknya Ketua Umum PKR itu kaki ‘putar alam’.

Khairy dalam mesej di laman sosial twitter beliau kemudiannya menghantar cabaran kepada Anwar mengajak ketua pembangkang itu berdebat secara rasmi.

“Awak dan saya, Dato’ Seri, berhubung ekonomi, mari berdebat,”tulis beliau.

Menurut beliau, kalau Anwar betul hendak berdebat mengenai polisi ekonomi, cukup dengan Ketua Pemuda UMNO sahaja tak perlu sampai ke ‘level’ Perdana Menteri.

Lanjutan dari itu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Datuk Seri Rezal Merican membuat kenyataan mencabar Anwar supaya menerima cabaran Khairy untuk berdebat dengannya.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...