Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara berkenaan. 

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.
Pada 2008, memo diplomatik AS yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman internet WikiLeaks melaporkan, David Hacham, penasihat kepada Kementerian Pertahanan Israel memberitahu pegawai AS bahawa Israel mengjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai pengganti Presiden.
“Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu. 

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya.


Ahli dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mulai sedar siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mereka berasa beban dan malu untuk membawa nama Penasihat parti itu bagi berhadapan dengan rakyat.

Merujuk kepada apa yang berlaku di Sabah, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Sd. Johari Md. Yasin berkata, peletakan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) PKR Sabah, Pajudin Nordin yang dilantik Anwar memperlihatkan Ketua Pembangkang itu sudah tidak dihormati ahli.

Anwar katanya, gagal memahami politik pribumi di Sabah yang unik apabila sering memaksa supaya setiap keputusannya diterima tanpa mendengar suara pimpinan parti di negeri tersebut terlebih dahulu.

"Membawa nama Anwar adalah suatu beban dan memalukan pemimpin yang perlu berdepan dengan rakyat, " katanya

Tidak sampai sebulan dilantik sebagai PPN PKR Sabah, Pajudin kelmarin mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Pengumuman yang menyaksikan PKR Sabah semakin parah itu dibuat di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Anuar Shaari berkata, apa yang berlaku di Sabah adalah manifestasi ahli dan pimpinan PKR menolak kepimpinan 3A iaitu Anwar, Wan Azizah  dan Azmin Ali.

Beliau berkata, perkara itu juga berlaku kerana Anwar selaku ketua gagal mendengar suara hati ahli PKR terutama di Sabah yang mahukan lebih perhatian, bukan hanya didekati ketika waktu pilihan raya sahaja.

"Wan Azizah pula selaku Presiden gagal menunjukkan kepimpinan yang berkualiti dalam PKR dan hanya bertindak sebagai 'rubber stamp' kepada semua skrip yang ditentukan Anwar.

"Azmin sebagai timbalan presiden pula hanyalah 'pendamping' setia Anwar. Pakatan Anwar-Azmin ini telah banyak memecahbelahkan PKR kerana mereka mengutamakan agenda peribadi dalam menerajui parti," katanya.

Menurut Anuar lagi, apa yang berlaku di Sabah hanya beberapa contoh bagaimana Anwar cuba memanipulasi pengikut dengan meletakkan beban yang dicipta Ketua Pembangkang itu semasa pemilihan PKR dan janji Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi kepada PPN Sabah.

Sementara itu, bekas Naib Ketua AMK, Hamdan Taha berkata, masalah dalam PKR bukan saja berlaku di Sabah tetapi melibatkan seluruh negara.

"Saya fikir masalah yang berlaku di Perak ada persamaan dengan Sabah iaitu masalah pelantikan PPN. Di Perak, majoriti mahukan Mustafa Kamil Ayub tapi kerana Anwar sudah hilang kepercayaan kepadanya maka Dr. Muhammad Nor Manuty yang dipilih.

"Belum pernah ada parti politik dalam negara ini yang mana pertukaran pengerusi negeri terlalu kerap dilakukan, keadaan ini hanya berlaku dalam PKR terutama di Sabah," katanya.



ASAJAYA: “Nyawa kami ibarat telur di hujung tanduk ketika kereta dinaiki terkena tiga tembakan,” demikian detik cemas yang terpaksa dilalui seorang pelajar Universiti Al-Azhar, Zuliyarana Fauzi, 23, ketika dia dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari Iskandariah, Mesir pada 29 Januari lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika dia bersama dua lagi rakan, Siti Sara Dahari, 23, dan Shahida Rashidi, 25, serta empat kakitangan Petronas termasuk sepasang suami isteri dalam perjalanan pulang ke Kaherah selepas mengunjungi rakan dan perpustakaan Universiti Iskandariah.

“Sebaik kenderaan kami ditembak, pemandu yang juga kakitangan Petronas dan isterinya menjerit kepada kami supaya tunduk sebelum mencari tempat perlindungan. Saya tidak tahu siapa yang melepaskan tembakan itu tetapi kenderaan kami mempunyai tiga kesan peluru.

“Beberapa minit kemudian, seorang askar menghampiri sambil bertanya destinasi kami dan apabila dimaklumkan mahu pulang ke tempat penginapan di Kaherah, dia memberi kata dua kepada kami sama ada nyawa akan melayang jika meneruskan perjalanan atau berpatah semula ke Iskandariah.

“Dalam ketakutan, kami kemudian terpaksa berpatah balik ke Iskandariah dan berlindung sementara di rumah kakitangan Petronas. Ketika itu, kami tidak dapat membayangkan suasana ketika itu dan hanya berdoa sepanjang perjalanan semoga selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Asajaya Tengah di sini, semalam.

Katanya, dia dan rakannya terpaksa tinggal di rumah berkenaan beberapa hari sebelum dihantar ke Rumah Sabah yang terletak tidak jauh dari kawasan itu.

“Tiga hari kami berada di Rumah Sabah, baru perasaan kembali tenang sebelum kami diarahkan mengikut penuntut Sabah pulang ke Malaysia.” kata pelajar tahun dua Pengajian Syariah itu.

Menurutnya, dia bersama Siti Sara dan Shahida baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester dan merancang ke Iskandariah melawat isteri rakannya yang bekerja dengan Petronas.

Sebelum itu, katanya, mereka bertolak dari Kaherah ke Iskandariah menaiki van dan tiba tengah hari Khamis, namun pada malam hari sama, mereka menerima khabar rusuhan tercetus sekali gus memaksa perintah berkurung dikeluarkan.

“Kami memang ada mendengar rusuhan berlaku terutama di Suez, namun menyangka tunjuk perasaan membabitkan kenaikan harga barang. Ini kerana semua barang di Iskandariah naik mendadak.

“Keesokan hari iaitu pada 28 Januari, kami dimaklumkan rusuhan semakin teruk menyebabkan kami terperangkap,” katanya yang selamat kembali ke pangkuan keluarga, kelmarin.

Sementara itu, Siti Sara berkata, ketika dia terperangkap bersama rakannya, dia juga terputus hubungan dengan abangnya, Abdul Salam, 25, di Kaherah.


Apa lagi yang hendak kita perkatakan dengan Cikgu Mala dan suami, adakah Cikgu Mala merupakan bahan eksperimen Pas di Johor untuk menggugat kedudukan Umno. Pas melihatkan ketrampilan Cikgu Mala mampu menggugat calon BN yang kini sudah bergelar Yang Berhormat. Oleh itu kemana sudahnya Cikgu Mala ketika dia tewas dengan majoriti yang bertambah. Cikgu Mala hanya dibantu oleh pengundi Cina yang tak seberapa. Yang pastinya Cikgu Mala sudah tidak bergelar guru lagi bukan kerana sudah bergelar Yang Berhormat tetapi dia sudah jadi penganggur terhormat

Manakala suaminya pula mengalami sakit kemurungan yang melampau hingga sukar untuk pergi ke sekolah, mana perginya pemimpin Pas yang lain, yang atas pentas lantang mempertahankan dan membela Cikgu Mala, kini siapakah yang akan membela Cikgu Mala dan keluarganya. 

Inilah hasil kerja Pas suka menjahanam periuk nasi orang sebagaimana Nik Aziz juga suka menjahanam kesejahteraan Islam di Malaysia.



Pembangkang mahu Kerajaan Malaysia memperbaharui sistem perundangan negara dengan menghapuskan Akta Hasutan yang kononnya peninggalan penjajah kerana ternyata tidak memberikan keadilan kepada mereka.

Salah seorang peguam yang dilantik mewakili Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, berkata, sudah sampai masanya Akta Hasutan dihapuskan supaya senang pembangkang menghasut rakyat untuk membenci Raja-Raja Melayu.

Shuhaimi didakwa di bawah Akta Hasutan mengikut Seksyen 4 (1) berikutan siaran pandangan peribadinya di blog beliau pada 31 Disember lepas.

Shuhaimi menulis tentang pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi dan dalam masa yang sama menjemput rakyat supaya membenci Sultan Selangor yang tidak menyebelahi mereka.

Hakim Latifah Mohd Tahar berkata, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama namun membenarkan Shuhaimi diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kerajaan DAP Selangor melantik melantik tujuh peguam terdiri daripada Latheefa Koya, Yusmadi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir diketuai peguam hak asasi manusia terkenal, Edmund Bon.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof dan mahkamah menetapkan kes itu akan disebut semula 28 Mac depan.

Ramai pimpinan Pakatan Rakyat Selangor hadir termasuk Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali, Exco Dr Haji Yaakob Sapari, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Kapar, Manickavsagam dan Bos pakatan Selangor , Teresa Kok serta Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Kenapa kerajaan Selangor tidak mengambil 20 orang peguam, apa nak kisah duit rakyat Selangor banyak, hentam saja selagi boleh sebelum Pakatan Rakyat di Selango jatuh lebih baik habiskan duit rakyat Selangor.



BUTTERWORTH 7 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini mencemar duli menaiki pesawat tempur tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU- 30MKM.

Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10.40 pagi menuju Pulau Langkawi dan akan berpatah balik ke Pulau Pinang yang dijangka mengambil masa 45 minit.

Baginda menaiki pesawat tersebut bersama Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohd. Ashgar Khan Gauriman Khan


Guan Eng pada minggu lepas  telah menafikan risalah My Balik Pulau adalah  daripada kerajaan negeri DAP PP tetapi sebenarnya itu semua hanyalah  satu pembohongan . Bukan main berlagak dan angkuh apek dari Melaka ini memperlekehkan YB Farid Saad yang juga  anak jati Balik Pulau dengan menuduh beliau bersikap  rasis dan melakukan fitnah terhadap kerajaan negeri . Siap lagi mengata YB  Farid ini yang meludah ke langit dan perlu minta maaf secara terbuka.

Kelmarin YB Farid Saad telah mengeluarkan kenyataan medianya mengenai isu dan tidak akan memohon maaf terhadap Guan Eng . KLIK DI SINI

 Guan Eng cakap risalah ini dikeluarkan kerajaan Persekutuan  kerana  berpandukan logo rasmi  Pejabat Kementerian Pelancongan P.Pinang  . Tetapi dikhabarkan pihak terbabit menafikan menaja risalah berkenaan . Malah mereka juga kesal  risalah ini menggunakan logo rasmi itu tanpa kebenaran .

Di sini PB akan bongkarkan siapa disebalik tabir Art ED @ Persatuan Pendidikan Seni PP ini  iaitu penerbit risalah ini ? Sebelum itu kita kenal dahulu penyelidik bangang yang kurang ajar ini dan gambarnya pun  sudah tersebar di laman facebook . KLIK DI SINI

Namanya  Janet Pillay iaitu  pensyarah Pusat Seni USM.  Pelik kan orang seni yang aktif teater & drama  tetapi buat penyelidikan tentang sejarah Balik Pulau  . hahaha .. Patut la haprak punya kajian sehinggakan ia  berbaur perkauman & menghina bangsa Melayu je. Ini..dia punya profilehttp://web.usm.my/art/html/fcl_janet.htm

 macam inikah gaya  seorang intelektual & pendidik ? 

boleh tengok sendiri nama orang yang bikin itu .tak tahu la orang DAP ini 
kenal tak Jannet Pillai . Kalau kenal pun depa akan cakap tak kenal 


Apa itu Arts Ed ini ?  Apa keja depa buat ? Siapa yang fund depa duit disebalik tabirnya  ? Senang saja terus saja masuk ke laman web mereka ini .KLIK DI SINI



Inilah kerja depa dok buat selain bikin risalah My Balik Pulau . Nampak hebat betul lawan web ini malah  setanding dengan laman web jabatan kerajaan .Mesti la banyak peruntukan disalurkan !  

Tengok kepada apa yang tertera dalam bulatan merah itu . Itu lah Secretariat Socio Economic @ Environmental Reseacrh Institute ( SERI ) .  Nampak jelas  Arts Ed ini mempunyai  kaitan kuat  dengan SERI ini . Tak mustahil sumber peruntukan risalah ini adalah daripada mereka

" We are lead by an Executive Committeee under the Secretariat Socio Economic @ Environmental Reseacrh Institute ( SERI ) Penang . "

Apa itu SERI , Penang ? Adakah ia mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri ditadbir DAP ? Jawapannya adalah YA !   Boleh lihat sendiri gambar di bawah ini ...

Siapa yang jadi Board Of Director SERI ? Kebanyakkannya adalah pemimpin Pakatan ..






Persoalannya di sini , mengapa Guan Eng berbohong dengan media dan menafikan langsung pembabitan kerajaan negeri ?  Sepatutnya kalau Guan Eng cakap tidak tahu langsung mengenai risalah ini serta mengamalkan pemerintahan cekap & telus  , beliau hendaklah siasat terlebih  dahulu  risalah berbaur perkauman ini bukannya menuduh terus orang Balik Pulau seperti YB Farid  yang membangkitkan tentang penyebaran risalah ini . 

Selain itu , melalui maklumat2  di atas   kita dapat lihat dengan jelas sekali   kaitan antara Arts Ed iaitu penerbit risalah ini dengan SERI Penang  iaitu sebuah Think Thank Kerajaan Negeri PP . 

Sekarang siapa sebenarnya  yang meludah ke langit ??  Akhirnya ludah itu semua terpalit semula ke mukanya .  Tuduhan Guan Eng yang menuduh risalah ini dari kerajaan persekutuan hanya berdasarkan logo rasmi tidak boleh diterima pakai  .  Jadi, kita tunggu la pulak  apa pulak cakap SERI Penang ? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...