YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa gagasan 1 Malaysia berjaya diterapkan oleh kerajaan Malaysia dalam operasi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia dari Kaherah Mesir. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah sama sekali mengamalkan dasar 'pilih kasih' dalam menjayakan operasi ini. Tidak terlintas langsung nak memilih siapa yang sokong kerajaan atau tidak, yang kita fikirkan bahawa bagaimana hendak membawa pulang semua pelajar Malaysia yang sejumlah 11,000 orang dalam masa yang singkat.

Katanya lagi, "saya juga bersyukur dan rasa terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi terutama kepada Putera Faisal dan jemaah menterinya kerana sudi membenarkan kita menggunakan bukan setakat ruang udara malah menyediakan penginapan semasa pelajar ditempatkan di Jeddah ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kalau diikutkan kerajaan hendak membawa pulang dari Kaherah  terus ke Kuala Lumpur tetapi  jika ini dilakukan kita hanya dapat menyelamat 500 hingga ke 800 sahaja adalah tidak adil membiarkan hampir 10,000 lebih lagi pelajar kita terdedah kepada bahaya yang menanti.

Dalam majlis menyambut kepulangan pelajar Malaysia dari Mesir Datuk Seri Najib mengumumkan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, inilah komitmen kerajaan kepada pelajar dan keluarga demi meringankan beban yang akan ditanggung oleh keluarga mereka.

Turut hadir semasa menyambut kepulangan pelajar dari Mesir adalah Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kabinet dan kebetulan pada pagi ini ada mesyuarat berkenaan ekonomi tetapi Perdana Menteri sanggup menangguhkan mesyuarat itu demi ingin berkongsi kegembiraan bersama keluarga pelajar-pelajar.

Seramai 778 rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya merupakan penuntut di Mesir selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin.

Dua pesawat yang membawa kumpulan tersebut dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH8029 yang membawa seramai 459 penumpang tiba pada pukul 10 pagi dan pesawat AirAsia yang tiba 20 minit kemudian dengan 319 penumpang.


Merujuk kepada entry MP semalam, rujuk SINI, ternyatalah LGE musibat seorang pembohong besar. Ternyatalah YB Farid sedikitpun tak gentar dengan ugutan dari LGE musibat kepadanya yang menyuruh memohon maaf dala
 tunjuk eksyen saja. Lawan tetap lawan YB Farid! Jangan bagi muka ini apek pijak kita punya kepala.


m tempoh 7 hari dan akan diambil tindakan sekiranya YB Farid tak melakukannya.

Syabas MP ucapkan kepada YB farid kerana berani menunjukkan penipuan LGE secara berfakta. LGE musbat cina melaka mari mana tau apa, mai jadi CM di Penang tau nak
LGE Musibat! MP semalam bagi 7 hari jugak pada lu buktikan yang sumber risalah My Balik Pulau ni dibiayai oleh UMNO! Kenapa sekarang masih membisu? Buktikanlah cepat! Dari sini kita dapat lihat LGE mempunyai niat jahat memesongkan fakta sebenar terhadap generasi baru. Apatah lagi penyelidik risalah ni dikatakan ada 'masalah' seperti yang dibongkar oleh blog MIM dan Empayar Pemuda..

ADUN Betong Muhammad Farid Saad tetap enggan memohon atau menarik balik kenyataannya berhubung risalah yang diedarkan sekitar Balik Pulau kerana menjadi tanggungjawabnya menunjukkan kesalahan secara berfakta.

Muhammad Farid (kanan) berkata beliau tidak berniat menimbulkan ketegangan kaum menimbulkan kebencian antara pelbagai komuniti di Balik Pulau dengan menuding jari kepada risalah itu, seperti didakwa ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pemimpin Umno itu berkata beliau sendiri membesar dan bersekolah antara kawan-kawan berbilang bangsa - Cina dan India - di kawasannya.

"Saya faham perasaan dan hati budi pelbagai kaum; saya membesar di Balik Pulau, di mana kawasan majoriti Cina, saya lebih tahu tempat ini daripada Lim yang berasal daripada Melaka, kata Muhammad Farid.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan semua anggota masyarakat hidup dengan aman, saya tidak akan timbulkan isu perkauman atau timbulkan kebencian di sini... Jika diizinkan Allah, saya harap dapat bersara di tempat ini," tambahnya.

Semalam Lim menuntut Muhammad Farid memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab ke atas satu risalah My Balik Pulau yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim juga meminta Muhammad Farid meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri atas "fitnah jahat" itu atau menghadapi tindakan tegas kerana risalah itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan.

Muhammad Farid hari ini bagaimanapun tetap bertegas, My Balik Pulau, yang didakwanya mengandungi fakta yang salah tentang sejarah tempat itu didanai oleh kerajaan negeri, bukan kerajaan pusat.

Dakwanya, risalah 12 halaman itu dicetak pada tahun lalu dan diedarkan di sekolah-sekolah di Balik Pulau pada Januari tahun ini.- mkini



Pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh kerajaan Khalid Ibrahim semakin ketara dan tidak dapat di kawal apabila penderhaka Suhaimi Shafie akan dibiayai kos guamannya oleh kerajaan negeri. Ini tentunya satu lagi salah laku kewangan, penyelewengan dan rasuah kerajaan pakatan, ujar Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.

Kalau seorang penguasa penjenayah derhaka akan dibiayai oleh kerajaan negeri dengan ratusan ribu ringgit, maka rakyat marhaen yang terkena dengan sebarang tuduhan undang-undang dimahkamah juga berhak untuk menerima bantuan kewangan yang sama dari kerajaan negeri.

"Atau sebenarnya kerajaan negeri Selangor hanya berminat untuk mempertahankan pemimpin yang sama kasta dengan mereka sahaja, manakala rakyat berkasta marhaen akan terus teraniaya.

Pentadbiran korup seperti ini sangat dekat dengan sikap dan perangai Hosni Mubarak, pemimpin sombong dan diktator yang sedang digelodak oleh kebangkitan api perjuangan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Rakyat berpandangan pembiayaan kewangan guaman ini juga adalah satu lagi bukti sahih bagaimana pentadbiran Khalid Ibrahim sebenarnya adalah juga bersubahat menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dengan bersekongkol bersama Shuhaimi adun derhaka Selangor.


Lim Kit Siang sudah bersuara begitu juga Anwar Ibrahim dan pencacai-pencacai parti pembangkang yang lain. Mereka akan putarbelit dan kaitkan apa sahaja tentang kerajaan UMNO/BN dengan krisis politik Mesir, walau pun ada kalanya tidak masuk akal dan menyerlahkan kekontangan otak mereka.

Baru-baru ini, Lim Kit Siang telah cuba mengaitkan Krisis Mesir dengan Suhaimi Shafie dengan DS Najib Razak walau pun ianya tidak masuk akal dan tangkap muat sahaja. KLIK SINI

Seperti yang kita tahu, Lim Kit Siang adalah merangkap bapa Lim Guan Eng merangkap Penasihat DAP merangkap orang penting mempermudahkan anak beliau sendiri naik di dalam politik DAP, 

Jika benar Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan lain-lain begitu seronok sangat mengaitkan krisis Mesir, apa pula yang mereka akan katakan tentang perletakan jawatan Gamal Mubarak, anak Presiden Hosin Mubarak?

Difahamkan bahawa perletakan jawatan beliau semalam dianggap sebagai satu langkah positif Presiden Hosni Mubarak untuk meredakan kemarahan Rakyatnya.

Selain daripada kenaikan harga barangan di Mesir, nepotisme dan kronisme di negara Teluk itu telah menjadi barah yang sangat merbahaya. Rata-ratanya, rakyat Mesir menolak terang-terangan konsep nepotisme iaitu cubaan Presiden Hosni Mubarak untuk mempermudahkan anak beliau mengetuai dan memerintah Mesir.

Maka, MP menyarankan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Nik Aziz dan yang lain supaya cermin diri mereka. Lim Guan Eng, Wan Azizah, Nurul Izzah dan yang lain mesti letak jawatan dahulu. Beranikah? Atau buat-buat tak tahu?

Jangan sampai ludah terpalik ke mudah sendiri yang sudah penuh dengan air ludah!

Ini kisah benar yang menyebabkan kami para media yang buat liputan di Mesir terkejut beruk. Bukan apa, bila dapat tahu, pelajar Malaysia berdemo sama.
Tambah mengejutkan kami apabila diberitahu yang berdemo itu 14 orang yang berumur 19 tahun. Cerita dari mulut ke mulut itu menyebabkan kami yang baru tiba dengan pesawat misi bantuan Air Asia kira-kira jam 4 petang waktu Mesir (10 malam Malaysia) jenuh cari mana budak-budak berani tu.
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah semasa kami sampai itu ratusan pelajar Malaysia tengah duduk santai atas jalan. Berkumpul berdasarkan negeri masing-masing.
Cari punya cari jumpalah budak-budak pengajian perubatan dari Universiti Alexandria, Mansoura dan Al Azhar itu, kami mula temubual seorang-seorang.
Mereka mengaku, mereka demo, ramai-ramai, lelaki dan perempuan.


Tapi bukan nak suruh siapa-siapa letak jawatan, sebaliknya geram dengan pengurusan syarikat penerbangan EgyptAir yang asyik tangguhkan penerbangan pulang ke Malaysia.
Menurut Zulaika Zamri, 19, mereka sudah tidur di lapangan terbang itu sejak 27 Januari lagi.
“Kami datang ke sini untuk hantar kawan balik, tiba-tiba kami terperangkap, jadi rusuhan dan sebagainya.
“Kami pun risau, nak balik sama, masa itu masih boleh hubungi keluarga, keluarga di Malaysia kumpulkan duit beli tiket dan bagi kod pada kami, satu tiket harga lebih RM2,000.


“Masalahnya apabila asyik tangguh saja, sampailah pada 1 haribulan, kami ramai-ramai buat playcardtanda bantahan,” kata dia ceria.
Rupa-rupanya mereka bukanlah berdemo melalak menjerit macam yang selalu kita tengok dalam TV. Sebaliknya lebih kepada protes diam.
Nasib mereka baik, kerana sebaik kami tiba, sewaktu pelajar-pelajar Malaysia sedang dipindahkan ke Jeddah dalam penerbangan kedua, mereka ‘diselit’ sama.
Sebanyak 14 orang pelajar yang berani dan terkandas di lapangan terbang selama seminggu.


“Kami dah jadi macam Tom Hanks dalam filem The Terminal, duduk menunggu tak tahu nak buat apa, selepas kedutaan tahu kami di sini mereka mula hantar makanan,” kata Ahmad Hasif Rusdi penuh semangat.
Memang jelas, mereka ini bukan budak jenis penakut, pada troli beg diletakkan lukisan bendera Malaysia penuh bangga.
Apabila sah mereka dibawa pulang, seorang daripada mereka bercakap penuh bangga kepada pihak media.
“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha hantar pesawat bawa kami pulang.


“Kepada ibu bapa kami dan rakyat Malaysia, jangan bimbang, walaupun susah kami bersatu hati di sini,” katanya.
Semua mereka adalah, Zulaika Zamri, Muhamad Hafizie Syahman Ruslin, Nurul Ain Abdul Khani, Aiman Amalina Noor Aminuddin, Zaherin Zamri, Siri Aisyah Ahmad Faizal, Nadia Farhana Mohamad Zahari, Syed Yahya Almahdaly Syed Ahmad.
Muhamad Zyazani Dzani, Muhamad Hudzaifah Kamaruzaman, Muhammad Hazim Zaharuddin, Mohamad Arif Mohamad Zahari Ahmad Hasif Rusdi dan Faez Rasyad Amli.
Mereka masing-masing dari Selangor, Johor, Kedah dan Pahang.


Menurut Ketua Kelab Putera 1 Malaysia Datuk Azeez Abdul Rahim, ibu-bapa pelajar, jangan bimbang, semua pelajar akan dibawa pulang.
“Arahan Perdana Menteri pada saya jelas, jangan tinggal seorang pun, kita akan bawa pulang berperingkat-peringkat secepat mungkin,” katanya.
Beliau juga minta keluarga pelajar mendapat maklumat dari sumber rasmi kerana berita khabar angin hanya akan menyusahkan mereka sendiri.
Menjelas lanjut kata Azeez, antara khabar angin yang diberitahu pelajar kepada beliau adalah selepas pelajar dibawa ke Jeddah mereka perlu bayar tambang sendiri jika mahu pulang ke Malaysia.


“Kerajaan akan tanggung semua kos, bahkan duit cukai lapangan terbangpun kita tidak minta pelajar bayar, jangan percaya khabar angin dan takut hendak dipindahkan semata-mata percaya kepada berita bohong itu,” kata beliau.


Krisis kebangkitan rakyat di Mesir menentang pemimpin zalim Hosni Mubarak berlanjutan ke hari yang ke sepuluh hari ini. Pelbagai kejadian buruk dilaporkan telah berlaku. Pihak Polis dikatakan sudah tidak berada di balai Polis, banyak balai-balai yang dibakar. Banduan-banduan dibebaskan dari penjara, kejadian jenayah berlaku tanpa kawalan kerana tiada lagi pihak berkuasa yang menjalankan tugas. Namun inilah harga yang perlu dibayar oleh rakyat bagi menjatuhkan pemimpin zalim.


berita yang terbaru di perolehi, pihak kerajaan Hosni Mubarak telah menghantar kumpulan-kumpulan pro kerajaan untuk bertempur dengan rakyat Mesir. Berpuluh-puluh bas menurunkan kumpulan pro kerajaan di kawasan majoriti rakyat Mesir yang melakukan demonstrasi. Ada yang menaikki kenderaan seperti motor, kuda dan sebagainya sambil melontarkan bom petrol ke arah rakyat Mesir. Keadaan semakin tidak terkawal.



Di bawah ini beberapa keping gambar para penunjuk perasaan (rakyat Mesir) menjaga keselamatan diri mereka dengan memakai pelindung kepala (helmet) buatan sendiri untuk bertempur dengan kumpulan pro kerajaan yang dihantar oleh pimpinan Hosni Mubarak untuk bertempur dengan orang awam.





Ketegangan yang berterusan di Mesir menyebabkan kerajaan pada Selasa malam memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari republik itu menerusi laut dan udara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi 
Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya.

Keadaan di Mesir tegang berikutan lebih 2 juta rakyat negara itu keluar ke jalan raya mendesak Presiden Hosni Mubarak melatak jawatan.

Kekacauan menyebabkan bekalan makanan terjejas dan berlaku jenayah kerana sistem keselamatan di republik yang mempunyai 80 juta penduduk itu lumpuh sama sekali.

Najib memberitahu rakyat Malaysia di Mesir akan dipindahkan dengan meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

"Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita," katanya.

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

"Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar 
Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.

"Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kita ke Jeddah," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa pada Rabu.

Sementara itu Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.

Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah MARA di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

"Bagi memastikan keselamatan di 
sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain," katanya.

Terdahulu beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar 
Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi.

Sementara itu, Sahlan berkata pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara 
Malaysia yang terkandas.

"Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket," katanya.

Beliau berkata sehingga ini 150 pelajar dan rakyat 
Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.

"Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain," katanya.

Sahlan berkata dalam masa yang sama rakyat 
Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Beliau berkata kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di Mesir serta kepada rakyat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...